Bab 1

11.7K 216 36
                                    

Zee...

Aku dengar nama aku disebut. Perlahan-lahan, aku buka mata. Dah pagi rupanya. Mata aku tertumpu pada tingkap yang terbuka luas di tepi katil aku. Langsir melambai-lambai lembut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Hari ni hari berapa? Oh, Ahad. Aku cuti. Sambung tidur 10 minit lagi lah.

"Zee!!" semakin kuat suara tu memanggil aku. Kuat tapi masih lembut. Aku pusing ke belakang. Ika duduk di sebelah aku sambil menggoyangkan-goyangkan badan aku. Awalnya dia ni bangun.

"Awal masih ni, sayang." Aku berguling sampai kepalaku baring di atas ribanya. Dia mengusap-usap rambutku lembut.

"I know. Jom lah kita bersiar-siar. Bosan lah asyik terperap kat apartmen." pujuk Ika manja. Matanya merenung tepat ke dalam mata aku. Kadang-kadang aku hanyut dalam renungannya. She is perfect in every angle. I'm so lucky.

"Hmmm... Tapi I nak stay indoor je today. Netflix and chill with my boo." Aku mencubit mesra dagunya yang sedikit berbelah. Ika tersenyum manis.

"Kalau tengok movie dengan you kat rumah, memang tak pernah habis." Ika bagi aku satu senyuman yang agak nakal. Tiba-tiba mata aku jadi fresh. Aishh... Awal pagi dah menggoda. HAHAHA!

"Haha.. Yelah yelah." Aku bangun, kemudian duduk di tepi katil. Menggeliat sikit. Bengkokkan badan kiri dan kanan. Perghh.. Lega rasanya. Laju Ika memeluk aku dari belakang, dia cium leher aku kemudian pipiku. Aku senyum sikit kemudian cium dahi Ika. Bahagia rasanya. Siapa sangka Ika si gadis yang dikelilingi homophobic, kini berada di depan aku, menyayangi aku dan menerima aku secara terbuka. She's a brave woman.

"I dah bancuh your coffee. Pergi basuh muka dan gosok gigi. Kita breakfast sama-sama." arah Ika seperti seorang ibu. Hmmm.. I wonder if she can be the mother of my children? HAHAHA. Aku selalu fikir benda-benda yang tak masuk akal.

Tanpa banyak songeh, aku pun ikut arahan Ika. Masuk tandas, basuh muka dan gosok gigi. Aku perhatikan muka aku kat depan cermin. Maybe I should shave? Selepas merenung muka aku 2 3 minit, aku pun memutuskan untuk mencukur semua jambang aku yang dah tak terurus tu.

Ahhh.. I feel so fresh without my beard and I look younger and feminine. HAHAHA. Hello Zee from college life. Tak banyak pun perubahan. Cuma sekarang I have flat chest, deeper voice and more hairs. Hmmm... What happen if I stop taking testosterone?

"Zee, kenapa lama sangat?" Ika menjenguk ke dalam tandas. Aku pusing ke arahnya, menunjukkan baby face aku pada Ika. Dia nampak terkejut, kemudian tertawa kecil. Berkerut dahi aku tengok reaksi spontan Ika.

"Why?" soal aku ringkas sambil mengusap-usap daguku yang licin selepas dicukur.

"You remind me of someone." Ika merangkul batang leher aku. Mendekatkan mukanya pada muka aku. Bibirnya hanya beberapa inci dari bibir aku.

"Someone? Who??" laju aku tanya semula. Ex dia ke? Kaget aku dibuatnya.

"Someone I met at the beach in Krabi. She looks just like you." Ika mengunci bibirnya di atas bibir aku. Tak dapat aku nak menjawab. Hanya bibir kami berbicara. Chewah. Haha..

Selepas bibir kami selesai melepaskan rindu antara satu sama lain, Ika tarik aku keluar dari toilet. Bawa aku ke ruang makan.

"What's for breakfast?" soalku.

"Me." Ika mengetap bibirnya sambil menjeling manja. Aduhh lemah aku. Aku menggaru-garu kepala melihat karenah Ika hari ni. Extra manja. Haha.

"Haha.. Gurau. I cook mee goreng mamak." Ika tarik kerusi keluar dan suruh aku duduk di situ. Kemudian dia duduk di tempatnya mengadap aku.

"Rindu kampung halaman ke? Haha." balas aku sambil tanganku sibuk menyuap makanan. Masakan Ika tak pernah lah tak sedap. Untung aku kan? 

Ika bercerita macam-macam. Sambil makan, sambil berborak. Kadang-kadang kami ketawa. Kalau dengan Ika, aku tak pernah rasa bosan. Kehadiran dia dalam hidup aku buat aku rasa bahagia. Sejak Ika tinggal dengan aku kat sini, hidup aku berjalan lancar. Aku dah tak keluar malam, merokok pun dah stop, mabuk-mabuk memang dah tinggalkan selepas Ika move in sini. Aku nak Ika selesa tinggal dengan aku.

Bengkok 2Onde histórias criam vida. Descubra agora