Bab 2

6.9K 161 50
                                    

Aku dan Ika berdiri depan balai ketibaan. Sejak kejadian tempoh hari, hubungan kami jadi renggang. Mungkin salah aku sebab tak bersyukur dengan pengorbanan yang Ika buat untuk aku selama ni. Aku ego, sombong, angkuh. Padahal, Ika lah yang aku kejar-kejar. Manusia memang macam gini kan? Bila dah dapat, mulalah bosan. Ke aku je macam ni? Huhu.

"Are you sure?" soal aku. Aku tak mampu nak renung mata Ika. Sambil tanya, sambil tengok tempat lain.

"Yes. Lagipun, you pun nak macam gini kan? Buat apa I nak terhegeh-hegeh lagi bila orang dah tak nak." Ika tunduk. Aku tahu dia sedang berharap untuk aku pujuk dia. Tapi aku tak boleh. Aku tak sanggup buat dia sakit hati lagi.

"I'm sorry, Ika. Bukan I taknak, I nak you dalam hidup I. Maybe I just need some space untuk fikir for awhile. I need to think what I want in life." Aku cuba pegang tangan Ika tapi dia tolak perlahan. Aku tak sangka kejap sangat aku berubah.

"It's okay, Zee. Take your time. I won't bother you anymore. I akan cuba teruskan hidup I tanpa you."

"Noo... I just need some time, Ika. I'm not leaving you."

"Dah lah, Zee. Makin banyak you cakap, makin sakit hati I ni. Just do whatever you need to do."

Ika pergi meninggalkan aku sambil menarik luggage nya. Aku kejar dia, cuba terangkan lagi tapi Ika langsung tak endahkan aku. Dia terus berjalan tanpa memandang wajah aku. Sampai kat luar airport, Ika angkat tangan menahan teksi. Aku cepat-cepat tarik tangan dia turun.

"Ika. Please listen!"

"Nak dengar apa lagi, Zee? Bukan ini ke yang you nak?"

"I don't know what I want, Ika."

Ika ketawa mendengar jawapan aku. "I thought I'm the one yang confuse."

Aku terdiam sekali lagi.

"Dah lah. I'm tired and I want to go home. Take care, Zee."

"Tunggu..."

Ika berpaling ke arah aku. Menunggu aku habiskan ayat aku yang tergantung. Entah kenapa aku tak mampu nak berkata-kata lagi. Ika betul, aku yang salah. Kalau aku cakap banyak lagi, aku umpama menegakkan benang yang basah.

"I'm gonna miss you, Zee."

"I'm gonna miss you too, Ika."

Sebuah teksi berhenti tidak jauh dari tempat kami berdiri. Berat hati aku nak lepaskan Ika tapi ini jalan yang terbaik untuk kami berdua. Aku bantu dia angkat bag masuk but kereta. Kemudian memberi Ika one last hug. Aku peluk dia erat-erat.

Selepas selesai mengucapkan selamat tinggal, Ika pun masuk ke dalam perut teksi. Aku lambai, dia pun lambai kembali. Bila teksi tu dah meluncur laju meninggalkan aku, satu suara menegur dari belakang. Theresa kot. Aku pun pusing.

"Welcome home, Zee." Aku terkejut melihat Ariana berdiri di depan mata aku. Dia nampak berbeza. Rambutnya pendek gaya pixie cut, berkaca mata empat segi frame hitam tebal. Dia pakai mini dress warna krim yang digayakan dengan jaket parka warna hijau tua sambil berkasut Converse warna krim.

"Ariana? Is that you?"

"Yes. Why?"

"You look different. Hmmm... And how come you know I'm back?"

"A little bird told me." Ariana senyum. "Jom?"

"A bird?? Jom?" Aku bingung. Aku memerhati sekeliling aku. Mana la tau nampak orang yang aku kenal tetapi ternyata hanya Ariana seorang yang aku kenal di situ.

"I datang jemput you lah." Ariana rampas luggage dari tangan aku. Aku hanya akur menurut kehendaknya. Sebelum jalan ikut Ariana, aku sempat jeling ke arah teksi yang Ika naik tadi. Aku harap dia tak nampak Ariana datang jemput kat sini. Hmmm.. Tapi bukan salah aku pun. Aku tak tahu Ariana datang jemput. Uhh.. So complicated.

Bengkok 2Where stories live. Discover now