Bab 8

4K 117 97
                                    

Aku membiarkan air membasahi seluruh tubuhku. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Kepala ku dongak ke atas. Mata terpejam. Bayangan tadi masih menghantui aku. Hati aku sakit sangat melihat orang yang aku sayang berpelukan dengan orang lain.

Aku pulas paip shower. Capai tuala mandi kemudian lap badan hingga kering. Aku melangkah keluar dari bilik mandi. Lama aku berdiri depan pintu bilik mandi. Aku renung hujung katil aku. Entah kenapa tiba-tiba aku teringat Tirah. Setiap pagi waktu kerja, dia akan sediakan baju aku dan letakkan kat hujung katil ni. Siap mandi je, aku tak payah nak pilih-pilih baju. Dia dah sediakan semua. She knows how to take care of me.

"Err.. Boss.."

Aku berpaling ke arah pintu bilik aku yang terbuka luas. Zirah berdiri kaku di situ.

"Yes Zirah?"

"Since kita dah lewat, I help you iron your clothes and pants. Here.." Zirah menghulurkan kemeja dan seluar slack aku. Mana pulak dia dapat baju aku ni?? "Sorry, tadi I selongkar your closet." Zirah tunduk minta maaf.

Aku tak tahu nak marah or just be okay with it. Ke ni memang kerja personal assistant? Tak mungkin. Hmm.. Takpa lah. I should be bersyukur dia dah save masa aku bersiap. Haha.

"Thank you, Zirah." Aku sambut baju dan seluar aku dari tangan Zirah. Aku nampak dia macam malu-malu kucing. Ala, bukannya aku bogel. Ada singlet ni.. Haha.

"I wait outside ok." Dia cepat-cepat keluar. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya.

Selepas 10 minit, aku pun keluar dari bilik. Qis dah berkurung dalam bilik. Aku pun takda rasa nak bercakap dengan dia. I feel betrayed.

"Boss, minum kopi ni dulu." Kali ni, Zirah menghulurkan segelas kopi pula. Wow! Amazing assistant. Haha..

"Eh, tak payah lah susah-susah, Zirah."

"Takpe. Tak susah pun."

Aku ambil gelas dari tangan Zirah kemudian menghabiskan semuanya dengan satu teguk sahaja. She knows I don't like hot drinks. Good.

"Thank you again. You know you don't have to do that right?"

"I know but that's the least I can do sebab boss tumpangkan I pergi office."

Aku senyum je. Malas nak cakap banyak. Aku tahu aku akan kalah debat jugak. Huhu. Sepanjang perjalanan ke parkir kereta, kami senyap je. Zirah memang jenis tak banyak cakap. Dia cakap bila perlu sahaja. That's good. Kalau banyak cakap, pening juga melayan.

Sepanjang perjalanan, aku dapat rasakan Zirah seperti ingin tahu tentang kejadian kat apartmen aku tadi. Dia seperti tak keruan. Walaupun mata aku focus kat depan, tapi aku boleh rasa dia balik-balik pandang ke arah aku. 

"Curious?" Aku memecahkan kesunyian.

Zirah tidak terus menjawab. Dia diam seketika. Selepas beberapa saat, dia menjawab, "Do you wanna talk about it?"

Aku diam. Hanya lagu di radio kedengaran. Aku tak tahu nak cerita or tak. Aku tak yakin yang Zirah boleh hadam cerita aku ni. Yelah, not everyone can accept people like me. Hmm, maybe next time la.

"Hmmm.. Not today. Kot..."

"It's okay. If you need someone to talk with, I'm here for you."

Aku hanya membalas dengan senyuman. Nasib baik ada assistant yang memahami. Selepas setengah jam memandu, akhirnya kami tiba di perkarangan bangunan syarikat milik 'ibu tiri'ku yang kini diturunkan kepada aku buat sementara waktu. I hope so. Aku parkir di tempat biasa. Sejurus keluar dari kereta, aku disapa dengan satu suara yang amat aku kenal.

Bengkok 2Where stories live. Discover now