Bab 3

5.7K 153 35
                                    

Aku berdiri depan pintu rumah sambil melihat kereta Ika yang dipandu keluar dari perkarangan rumah aku. Ika langsung tak pandang aku saat dia pergi. Dah benci giler kot. Haih... Tak sampai sehari kat Malaysia, dah macam-macam jadi. Apalah nasib aku ni?

Aku masuk ke dalam rumah selepas kereta Ika tidak kelihatan lagi. Aku tengok setiap wajah yang ada di ruang tamu tu. Qis dan Ariana. Mereka saling berpandangan, hairan. Tanpa berkata apa-apa, aku pun masuk ke dalam bilik. Tutup pintu.

Sakitnya aku rasa. Aku tak sempat nak terangkan kat Ika tadi. Dia blah macam tu je. Tak cakap apa pun. Tapi muka dia.... Haih.... Tu yang buat aku sakit. Aku baring di atas katil, merenung tembus di sebalik siling rumah aku ni. Aku dah buntu. Aku tak tahu aku nak apa sekarang.

TOK TOK TOK..

Pintu bilik aku diketuk lembut. Aku tak menyahut, tetapi daun pintu tetap dikuak perlahan-lahan. Aku berpaling ke arah pintu. Ariana berdiri sambil melihat aku dengan pandangan yang hiba.

"I'm sorry, Zee. I taktahu Ika ada kat rumah you."

"Dah lah, Ariana. Explain pun tak guna. Dah terlambat." Aku baring membelakangi Ariana dengan harapan dia pergi dari rumah ni.

Tiba-tiba aku rasa badan aku dipeluk dari belakang. Aku terkejut, Ariana menangis teresak-esak di belakang aku. Mukanya dibenamkan pada permukaan belakangku. Aku tak tahu nak buat apa. Kalau perempuan nangis-nangis, aku memang lemah sikit nak handle. Aku mudah simpati.

"Dah lah. Jangan nangis." Aku pusing perlahan-lahan menghadap Ariana. Dia masih menangis tapi semakin surut. Perangai macam budak-budak. Hmmm..

"Please forgive me, Zee." Matanya yang banjir dengan air mata, merenung tepat ke dalam mata aku. Aku tak boleh lah tengok macam ni. Aduhh... Hmm...

"Jangan nangis dah. Benda dah nak jadi." Aku sapu air mata Ariana guna jemariku. Aku nampak Ariana semakin tenang. Matanya langsung tak lari dari merenung muka aku.

"Zee, kenapa you tak pernah bagi I peluang?"

"Peluang apa?"

"Terima I more than just a friend. I sayang you." Ariana tunduk menagih simpati. Aku pula seorang yang mudah cair dengan pujukan perempuan. Itulah kelemahan aku. Huhu.

"I don't know. Maybe I need time?"

Ariana diam. Aku tak tahu apa yang sedang bermain dalam kepalanya. Dia ni unpredictable sikit. Selepas beberapa ketika, dia bangun dari katil. Mata aku hanya mengekori gerak gerinya. Kalau dengan Ariana, kena sentiasa alert. Hahaha..

"I nak balik. See you tomorrow, Zee." Ariana keluar dari bilik aku begitu sahaja. Seperti tiada apa yang berlaku kejap tadi. Ahh tengok lah perangai kau ni. Macam mana aku nak buka hati untuk kau? Aku rasa insecure. Huhu.

Aku keluar dari bilik. Kereta Ariana sudah dipandu keluar dari perkarangan rumahku. Qis yang tadinya berada di dapur, cepat-cepat ke ruang tamu.

"Aik? Balik dah? Langsung tak cakap apa."

"Well.. Macam kau tak biasa. Ariana ni pelik sikit."

"You should stay away from her."

Aku diam je. Tak tahu nak respond macam mana. Masalahnya Ariana tu yang psiko. Stay away macam mana pun, dia tetap dapat cari. Aku balik Malaysia hari ni pun tak tahu dari mana dia dapat tahu. Takkan dia upah spy intip aku? Perghh.. Macam retis pula. Haha.

Aku masuk ke dalam bilik semula. Capai phone atas meja lalu mula check semua text yang masuk. Hmm.. Tak ada nama Ika. Bosan. Aku letak phone atas meja kembali. Aku renung sekeliling bilikku. Entah kenapa aku rasa kosong. Adakah kerana Ika tiada di sisi aku ataupun aku tengah bosan? Hmmm... Nak buat apa ni?

Bengkok 2Where stories live. Discover now