Bab 4

4.9K 143 44
                                    

"I'm really sorry!"

Aku melihat sahaja telatah gadis kopi tu. Dia nampak menggelabah teruk lepas Theresa cakap yang aku ni akan jadi boss dia. Dia cuba lap baju aku guna kertas-kertas yang ada ditangannya saat itu. Geli hati aku tengok.

"Haha. It's okay." Aku cuba tenangkan dia tapi dia langsung tak dengar. Dah panik sangat kot. Tu yang jadi tak tentu arah.

Aku pegang kedua-dua bahunya, dia terkejut lalu berhenti. Matanya yang berwarna coklat merenung tepat ke dalam mataku. Aku nampak pipinya kemerah-merahan, mungkin tahan malu. Comel jugak dia ni. Keningnya sedikit tebal tapi nampak kemas. Hidungnya tinggi mungkin ada campuran anak mami (?) dan dagunya sedikit berbelah. Rambut lurus paras bahu.

"I'm.. err.. sorry," mulutnya cuba berkata-kata tetapi gagap.

"Takpa. Accidents happen." Aku perlahan-lahan melepaskan tangan aku dari bahunya lalu dia pun menarik nafas lega. Aku senyum je tengok dia. Bukan nak mengorat ke apa, just nak dia relax sikit. Kesian anak orang. Kang ada yang berhenti kerja sebab boss garang sangat. Haha.

"Ehemm.." sampuk Theresa. Masing-masing mengalihkan pandangan ke arahnya. "Btw, I need you guys in my office now." sambung Theresa lagi. Suaranya tegas tetapi terukir satu senyuman nakal di hujung bibirnya. Hmm..

Aku mengekori Theresa, begitu juga gadis kopi tadi. Kami berjalan beriringan. Sekali sekala mataku melirik ke arahnya. Kali ni nak tengok dari tepi pulak. Aku suka tengok hidung dia yang macam Kajol tu. Haha. Gatal juga aku ni kan? Aduh..

Tiba dalam office Theresa, kami duduk di tempat masing-masing. Aku duduk mengadap Theresa, Qis pula duduk bersantai kat sofa di hujung bilik itu. Gadis kopi itu pula berdiri di sebelah aku. Aku mengarahkan dia duduk di kerusi sebelah aku tapi dia menggeleng-geleng. Malu-malu pulak. Bukannya kita nak bersanding. Ehhh.. Haha.

"Have a seat please, Zirah." arah Theresa sambil mengemas mejanya yang penuh dengan kertas kerja dan files.

"What? Tirah??" Aku salah dengar ke?

Semua orang dalam bilik tu terkejut sambil pandang aku dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

"Sorry. I lupa nak kenalkan. Zee, this is ZIRAH. She's new here so please be good, OK?" jelas Theresa. Nama Zirah dia sebut jelas-jelas. Takut aku salah dengar lagi.

Zirah senyum menampakkan pipinya yang bulat macam pau. HAHAHA. Comel macam hamster. Hmm, aku rasa aku dah gila. Btw, yes. She's cute but that's all.

"Oh Zirah. Sorry.. Salah dengar tadi. Nice to meet you, Zirah. I'm Zee." Aku berdiri kemudian bersalaman dengan Zirah selepas memperkenalkan diri aku.

Zirah menyambut tanganku lembut, "Nice to meet you too, boss. Sorry about what happened just now."

"Takpa lah. No worries ok." balasku sambil melepaskan tangannya yang lembut perlahan-lahan. Macam drama Melayu pulak.

"OK, you two. Please have a seat. I don't have much time. I bagi briefing kejap then I'm off."

Aku dan Zirah duduk di kerusi berhadapan Theresa. Theresa jelaskan tugas aku kat office ni sambil menghulurkan beberapa keping kertas. Zirah sibuk mencatat apa yang patut kat atas note book yang dibawanya. Aku pula dengar sambil angguk-angguk. Kejap lagi lupa la ni. Nasib baik ada PA. Haha..

"Alright. I leave everything on you now, Zee. I'll be back after a week."

"Where are you goin anyway?" soalku pula. Persoalan kat dalam telefon tadi masih belum terjawab.

"I'm starting a new business with your dad. I tak boleh nak jaga dua company in one time. This woman ain't getting young. So, I need someone to take over."

Bengkok 2Where stories live. Discover now