Bab 5

4.6K 143 56
                                    

Aku berdiri di depan tingkap luas menghadap cafe milik Ariana. Hari ni hari pertama aku masuk office. Kata-kata Qis semalam masih bermain dalam fikiran aku. She's in love with someone like me? Rasa nak marah pun ada. Aku tak expect pun dia bengkok. Hmmm.. Tapi kenapa aku nak marah? Aku ketua bengkok dalam keluarga. I should be the one yang mudah terima. Siapa agaknya orang tu?

Aku tengok jam tangan, dah masuk jam 8 pagi. Mana perginya PA aku dari tadi tak nampak batang hidung? Dia dah masuk office ke belum? Aku keluar dari bilik pejabat aku, melihat sekeliling. Cuba mencari kelibat Zirah namun langsung tak kelihatan. Pelik. Dia quit ke?

"BOSS!"

Aku terkejut. Berhenti kejap jantung aku.

"Boss, sorry I'm late!" Zirah tercungap-cungap menarik nafasnya. Wajahnya sedikit pucat. Peluh membasahi dahi dan lehernya.

"OMG. What happened to you?"

"I tertinggal bas tadi. Sorry, boss." ucapan minta maaf tak henti keluar dari mulutnya. Kesian pulak aku tengok. Ok, tak jadi potong gaji. Haha.

"Hmmm... Dah dah. Go freshen up a lil bit." arahku selepas nampak Zirah cuba membetulkan collar baju kemejanya. Dia hanya mengangguk lalu bergegas ke washroom berdekatan. Aku pula kembali masuk ke dalam office. Aku duduk kat tempat Theresa. Perghh... Best juga fefeeling jadi Big Boss ni. Seperti dunia ini aku yang punya. Haha.

TINGG!!

Huh? Ada WhatsApp. Ika ke? Aku cepat-cepat tengok screen phone. Ariana. Aku sedikit kecewa tapi apakan daya, aku yang pilih jalan ni kan? So kena hadap lah.

> Zee, nanti lunch kat cafe I ok. Pleaseee.. I masak special for you!

Hmmmm.. Patut ke aku pergi? Risau juga. Kang dia letak nasi kangkang, habis aku. Goodbye single life. Huhu.

"Boss.." panggil Zirah sejurus dia menjejakkan kaki ke dalam office aku. Dia nampak lebih kemas selepas berdandan.

"Yes, Zirah?" Mata aku tertumpu pada Zirah yang berdiri di hadapan aku. Di tangannya ada buku nota semalam.

"You have meeting jam 10 with the head departments. Just an introduction meeting. So it won't be long. And....." Zirah membelek-belek bukunya. Mata aku dah terkunci kat muka dia. Hmmm comelnya.. Nyum nyum. HAHAHAHA! Gurauuu..

"I think that's all for today, boss." ujar Zirah lagi, kali ini dia melihat aku. Dia terkejut nampak aku sedang merenungnya dari tempat dudukku. Laju matanya tengok tempat lain.

"Okay, thanks, Zirah." Aku senyum je melihat gelagatnya. Pemalu sangat. I thought PA should be peramah and aggressive. Is it? Or aku je anggap macam tu? Too much porn I guess. HAHAHA!

"Meanwhile, you can study all the reports and papers about this company." Zirah menghulurkan aku satu file. Tebal jugak lah. Aku sambut file tu dari tangannya kemudian belek-belek sikit. Fuhh.. Berpeluh juga nak study semua ni.

"Anything else?"

"Nope. If you need me, I kat line 1 okay." jelas Zirah lagi. Dia keluar meninggalkan aku. Meja kerjanya hanya di luar bilik office aku. Tak jauh. Aku masih boleh nampak dia dari dalam. Kebaikkan office all glass. Senang nak pantau pekerja.

TING!!

Ada WhatsApp lagi masuk. IKA PLEASE!!! Huhh.. Kecewa. It's Ariana again. 

> So?????? Please reply. I saw you online walaupun you hide your bluetick!

Aduhai. Belum lagi jadi girlfriend, dah macam ni. Aku tak tau lah kalau Ariana jadi girlfriend aku. Mesti aku dikurung dalam bilik bawah tanah. Haha.

Bengkok 2Where stories live. Discover now