♡ Sembilan ♡

6.6K 178 2
                                    

Pagi itu aku tersedar jam 5.30 pagi.Tiba-tiba terasa bagai ada sms dari Wahyu masuk ke bahagian mesejku.

Cepat-cepat ku capai handphone.Hampa.Hanya notification dari Celcom.

Baru aku tersedar sim card lama telah ku buang hari pertama aku tiba di Kuala Lumpur.

Keesokan harinya aku terus membeli nombor baru. Akaun FB dan Instagram serta semua akaun media sosial ku deactivekan serta merta.

Gigihnya aku untuk tidak mahu dijejaki suami sendiri.

Bagaimana agaknya Wahyu menghadapi masalah yang ku timbulkan ini? Bagaimana agaknya dia menenangkan mak dan Dhina? Adakah dia mencari aku?

Pagi ini tiba-tiba aku terasa rindu.Sudah sebulan aku di sini.Pergi dan balik kerja setiap hari.

Pada hari cuti, aku hanya duduk di rumah menonton televisyen.Kak Baiti pula sibuk dengan projek rekaan baju pengantinnya.Jadi aku ketiadaan teman untuk berbual-bual dan memenuhkan aktiviti.

Benar kata Wahyu, tiada apa yang istimewa di kota besi bernama Kuala Lumpur.

"Kau akan pening.."

Terngiang-ngiang kata-kata Wahyu padaku.

Memang pening.Dengan kesesakan lalu lintas yang tak mengira masa, dengan rutin butik yang sibuk, dengan ketiadaan Wahyu, adik dan mak tempat aku meluahkan rasa.

Tak apa Dhia.Alah bisa tegal biasa.

Untuk dapat yang aku hajati, pengorbanan itu adalah sesuatu yang wajib.

"Dhia, keluar jom..Cuti hari ni.."Kak Baiti mengajakku apabila bertembung dengannya di dapur.

"Ke mana kak?"tanyaku.Air suam ku tuang ke dalam gelas. Ku teguk perlahan untuk membasahkan tekak.

"Kita breakfast, tengok wayang dan jalan-jalan kat shopping complex nak..?"

"Set.."kataku terus bersetuju.Mana tahu boleh menghilangkan rinduku pada semua yang ku tinggalkan di kampung .

~~~~~~~~~~♡♡♡~~~~~~♡♡~~~

Kak Baiti membawaku bersiar-siar di Quill City Mall.Betul-betul di tengah Kuala Lumpur.

Terlalu banyak shopping complex agaknya di Kuala Lumpur, tempat ini tidak sesesak yang selalu digembar-gemburkan mengenai shopping mall di Kuala Lumpur.

Kami makan di Manhattan Fish Market. Seterusnya menonton wayang terbaru di panggung TGV.

Selesai menonton, Kak Baiti mengajakku duduk di kerusi yang disediakan berhampiran eskalator. Hampir keseluruhan mall yang berbentuk bulatan dan mempunyai 4 tingkat ini dapat dilihat dari sudut ini.

"Dhia selalu turun ke KL tak sebelum ni?" tanya Kak Baiti.

Aku menggelengkan kepala sambil terus mengunyah popcorn lebihan sewaktu menonton tadi.

"Tak pernah kak, jangan tak percaya.Hahaha.Arwah ayah saya sangat strict orangnya..Tak tahu kenapa dia tak bagi sangat saya datang sini.."jawabku.

Terkenang arwah ayah yang baru pergi. Penuh dengan peraturan dan undang-undang. Tapi sangat lembut bila berkata-kata.Walaupun berprinsip dan mahu kami mengikut peraturannya, ayah tak pernah meninggikan suara atau mengangkat tangan.Mungkin sebab itu menyebabkan kami lebih hormat padanya.

Maafkan Dhia ayah.Dhia tak pernah lawan perintah ayah sewaktu ayah hidup.Sebaik ayah pergi dijemput Illahi, Dhia dah buat kesalahan yang besar.

"Hai, menung nampak?"tegur Kak Baiti.Aku tergelak.

"Cuba Dhia tengok kat bawah tu.Nampak tak siapa?"aku memerhati ke arah yang dimaksudkan oleh Kak Baiti.

"Big Boss".kataku sepatah.

Mirza Fadhli bin Dato' Tarmizi.Pemilik butik tempat kami mencari rezeki.Juga pemilik 6 jenama pakaian terkenal di Malaysia. Cerita Kak Baiti, dia sedang gigih membawa jenama-jenamanya ke seluruh Asia Tenggara.

Jika anak hartawan lain di Malaysia berbangga dengan kekayaan keluarga, Mirza boleh dibanggakan apabila semua titik peluhnya bermula dari bawah dan menjadi. Malah dia juga baru dinobatkan sebagai Asia Young Entrepeneur Award.

"Tak sudah-sudah berkepit dengan model tu.Fadhlina kan nama dia?"tanya Kak Baiti.

Aku mengangguk."Biarlah dia kak.Dah awek dia.Takkan dia nak angkut saya atau akak pulak."kataku.

Ada bunyi pasrah di situ.Hehehe.Kak Baiti turut menyumbang gelak.

Ada beberapa kali aku terserempak dengan Mirza  ketika sedang sibuk mengemaskan butik atau membersihkan cermin di depan, sebelah mata pun tidak dijelingnya aku ini.

Beria-ia Kak Fatin mahu memperkenalkan aku sebagai staf baru dengannya satu pagi, Mirza hanya menjawab.

"Later, I have so many urgent things to look at now.."

Hai lah nasib, konon nak kan jutawan.Jutawan pun tak hairan dengan budak kampung macam aku ni.

Tak apa Dhia, jutawan bukan seekor.

Eh, seorang.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now