44

7K 186 0
                                    

Aku memerhatikan sahaja Wahyu memasukkkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta Honda Jazz milik Iman. Aku berdiri bersebelahan emak menunggu mereka beredar terlebih dahulu.

"Boleh ke kau nak drive turun ni kak? Bukan kau gayat ke drive kat bukit?"tanya Dhina padaku. Dia setuju untuk menemankan Wahyu dan Iman pergi ke Pulau Pinang.

"In shaa Allah, aku drive perlahan-lahan.."kataku ringkas.

Lega sedikit hatiku bila Dhina turut serta.Lagi-lagi selepas perbualanku dengan Iman sebentar tadi mengesahkan yang Iman bukan main-main mahu menjadi penggantiku dalam hidup Wahyu.

"You balik semula pada Wahyu sebenarnya ada tujuan apa? You nak minta cerai ye? "Iman terus masuk pada isi penting seawal ayat pertamanya padaku. Dia mengengsotkan sedikit punggungnya untuk dekat denganku di sofa.

Aku mengemamkan bibir.Memikirkan ayat apa yang sesuai untuk ku balas soalan mautnya itu. Kami sama-sama menunggu di lobi hotel menantikan Wahyu dan Dhina mengambil kereta dari tempat letak kereta. Emak pula duduk jauh dari kami, sibuk meneliti buku agama yang sentiasa ada dalam tas tangannya.

"Kenapa pula you cakap macam tu..muka I ada macam orang nak mintak cerai ke?"soalku semula.Aku mahu menguji sejauh mana dia hendak mencabarku.

"Taklah..my friend tadi kenal you.Dia terkejut bila tahu you dah kahwin dengan Wahyu. Sebab dia ingat you bakal isteri fashion taicoon tu..Mirza Fadhli.."

Aku terasa mahu menggenyeh mulut Iman dengan cili ketika ini.Apa jenis perempuan yang sengaja mengusik kisah peribadi perempuan lain, lagi-lagi yang tidak pernah bertegur sapa dengannya.

"Itu rasanya urusan I, Cik Iman.Tak ada kena mengena dengan you.So, please back off ftom my personal.."kataku lembut tetapi tegas. Aku mahu bangun tapi tanganku ditarik semula oleh Iman.

Tak mahu menarik perhatian emak, aku melabuhkan semula punggungku. Mata ku beranikan untuk bertentangan dengan perempuan yang kelihatan sangat dominan ini.

"Dhia, you tahu tak selama you tak ada, I yang sentiasa ada di sisi Wahyu. I bagi dia semangat, dari dia give up nak kerja dekat kilang buruk family you tu sampai brand Dhija orang dah kenal satu Malaysia..."

Iman meluahkan perasaannya dengan suara terketar-ketar.Matanya bulat memandangku.Aku terasa takut tiba-tiba.

Aku mendiamkan diri.Mahu mendengar butir selanjutnya yang mahu diluahkan oleh Iman.

"Bila semuanya dah ok, tiba-tiba you muncul balik.Nak buat apa? You nak bagi harapan semula pada Wahyu, lepas tu nak tinggalkan dia semula.Apa jenis isteri you ni?"bentak Iman keras.

Aku menarik nafasku.Aku tahu apa yang dikatakan Iman itu separuhnya betul tetapi aku tidak berniat untuk meninggalkan Wahyu lagi. Malah, aku bagai diberi kekuatan yang datang entah dari mana untuk menebus semula silapku selama ini.

"Iman, I minta maaf sebab susahkan you selama ini.Tapi I balik untuk kembali semula pada suami I, pada family I, pada syarikat arwah ayah I..I harap you dapat accept kewujudan I untuk kerja sama-sama..."

Aku menggunakan pendekatan berlembut.Itulah yang sepatutnya aku lakukan.Sememangnya Iman benar-benar berjasa dan aku tak patut menidakkan kenyataan itu.

"Tapi i tak nak..."kata Iman dengan senyuman menyindir. Aku memandang sahaja wajahnya dengan tenang.Sebenarnya jauh di dalam hatiku terasa berdebar berlawan bicara dengan perempuan yang karakternya seolah watak antagonis dalam drama-drama televisyen.

Tak sangka, memang betul-betul wujud.

"I nakkan Wahyu.I kejar dia daripada zaman universiti.Who are you nak minta I accept you? Kerja sama-sama? Sorry, Puan Dhia Qaireen..."

Aku menarik nafas sebelum mengeluarkan hujahku pula.Nampaknya orang sebegini tak sesuai pendekatan lembut.Mungkin dia juga perlu disedarkan.

"Tapi Wahyu tak nak you pun Iman. You kejar dia dari zaman universiti tapi dia tunggu I dari zaman kami berhingus lagi.You sedar tak? Lagipun, apa keadaan pun dia tetap suami I..."kataku lembut tapi ada nada mengejek.

Maafkan aku Iman.Aku memang nampak lembik tapi tidaklah terlalu baik.Kau yang minta aku jadi sinis.

"Argh..you memang selfish..Wahyu bodoh sebab tak nampak perangai you yang sebenarnya.."bentaknya kasar dan terus bangun meninggalkanku.

Aku diam sahaja mendengar hujah terakhirnya itu.Nampaknya betullah dia mahukan Wahyu.Jadi, aku harus mempertahankan haklah kiranya kali ini.

Nasiblah Dhia.Waktu kau lari dari Wahyu, rupa-rupanya ada pemburu sudah lama memasang jerat mencuri cinta suamiku.

"Hai, jauh menung sayang...Nak ikut ke? Jomlah.." suara Wahyu menegurku yang asyik terkenang perbualan dengan Iman si pemburu cinta.

"Taklah.."aku tersenyum nipis.Tak mahu menimbulkan kerisauan pada Wahyu.Iman sudah masuk ke dalam kereta.Duduk di bahagian hadapan bersebelahan pemandu.Dhina pula duduk di belakang.

Teringat pula kenangan Wahyu menggenggam tanganku semalam ketika sedang memandu.Adakah dia bakal mengulangi aksi itu dengan Iman pula?

Wahyu bersalaman dengan emak. Aku pula menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suamiku. Tangannya ku kucup lama.Terasa sebak pula di hatiku perpisahan kali ini.

Aku mengangkatkan muka memandang Wahyu.Ada air mata bergenang di kelopak mataku.

"Nak menangis kenapa? Kalau sedih jomlah ikut sekali.."katanya lembut. Kali kedua dia mengulangi perkataan jomlah.Aku tetap menggelengkan kepala.

Wahyu mengusap-usap pipiku.Bibirnya dirapatkan ke dahiku.Dia bagai tak peduli lagi dengan mak di sebelah dan mata-mata lain di sekeliling.

Mak pula bagaikan malu dan terus berjalan menuju ke arah Dhina dan Iman yang sedang leka memerhatikan kami dari cermin kereta.

Aku menolak dada Wahyu perlahan.

"Dahlah..malu orang tengok.."kataku perlahan.Jemariku seka air mata yang laju turun ke pipi.

"Menangis macam ni tak senang hatilah abang nak travel.."keluh Wahyu. Tangannya memegang erat jemariku.

Aku tersenyum dalam paksaan.

"Sorry, Dhia tak tahu kenapa air mata ni tak boleh nak stop.Jangan risau.Drive elok-elok.."pesanku.

Wahyu merenung sahaja wajahku.Tangannya masih cuba untuk memegang pipiku, tak puas hati agaknya tak dapat menghentikan air mataku.

"Ok, sayang pun jaga diri.Jaga mak.Jangan jalan jauh-jauh.Duduk dekat rumah je.Tunggu abang balik.."pesannya panjang berjela.

Aku sedikit terasa dengan kata-kata Wahyu.Sedikit sebanyak dia memberikan pesanan agar aku jangan mengulangi kesilapan bodoh yang dulu.

Aku mengangguk sahaja.

Suami Bukan PilihanTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang