50

7.5K 185 2
                                    

Aku menghampiri mak yang sedang menyiram pokok-pokok bunganya.Nafas ku tarik dan ku hembus berulang kali.Geram sungguh rasa di hati dengan perempuan bernama Iman itu.

Daripada aku hormatkan dia kerana banyak membantu Wahyu dan mak, sekarang gatal sahaja tanganku mahu cilikan mulutnya.

"Kenapa merah padam muka ni?"tanya mak. Aku mengambil getah paip dari mak dan menyambung siraman.

"Mak masuklah sarapan dengan Iman dan Wahyu.Duduk berdua tu entah apa la yang jadi pulak tu.."kataku pada mak.

Mak tersenyum sahaja.Faham sangatlah dia agaknya apa yang aku rasa ketika ini.

"Dhia janganlah marah sangat dengan Iman tu.Dia pun mungkin tak sangka Dhia boleh berbaik semula dengan Wahyu.Dia memang dah lama suka pada suami kamu.Tapi janganlah kamu buruk sangka pada Wahyu pulak.Wahyu memang tak pernah layan Iman lebih dari kawan sepanjang yang mak tengok.."

Panjang mak menjelaskan.Tak faham aku ibu zaman sekarang.Positif sungguh melihat menantu lelaki dikejar perempuan lain.

Aku ini isteri Wahyu wahai mak.Logiklah jika aku cemburu dan menaruh prasangka jika Iman ada bersama Wahyu tidak kira masa.

"Lagipun Iman tu anak yatim Dhia. Tak patut kita layan dia teruk.."

Oh, anak yatim rupanya.Patutlah tak pernah mak atau Wahyu bercerita tentang keluarga Iman.

"Iman layan Dhia teruk boleh pulak ye mak? Anak yatim atau tak bukan lesen dia nak sakitkan hati orang lain lah mak.."kataku lembut meluahkan isi hatiku.

Mak mengeluh perlahan.Belakang ku diusap-usapnya tanda memujuk.

"Mak masuk dulu lah.Jangan risaukan Dhia.."kataku tanpa memandang mak.

Mak berlalu masuk ke dalam rumah.Hati yang terbakar tadi bagai disiram dengan embun.Sejuk tapi dibuai sayu tiba-tiba.

Biasalah, bila berada dengan mak, perkara yang remeh-temeh seperti ini menjadi luka yang besar dalam hatiku.Air mata automatik jadi murah kerana mak memang tempat aku mengadu sejak kecil.

Asyik bermain dengan air menyiram puluhan pokok bunga mak, aku tersedar ada seekor katak puru sedang bersembunyi di tepi pasu bunga ros putih mak.

Idea mula tiba.

*************

Selesai menyiram bunga, aku terus naik ke bilik melalui pintu depan.Malas hendak terserempak lagi dengan Iman.

Telefon yang sejak tadi tidak ku pedulikan ku buka.

Aku terus menaip teks buat Mirza.

Aku : Mirza, are you in KL? Boleh kita jumpa petang ni?

Tak sampai sesaat terus ada balasan darinya.

Mirza : Yes dear.I dah sampai semalam lagi.Kenapa susah sangat nak contact you?Siapa lelaki yang jawab call pagi tadi..

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Memangla susah nak contact aku kerana telefon sentiasa ku matikan. Pagi tadi sahaja ku buka untuk mencari resepi nasi lemak.

Aku : Sorry, memang line tak berapa okay kat kampung i ni. Okay I balik KL hari ini. Petang ni kita jumpa ye dekat ofis.Pukul 4.

Aku membiarkan pertanyaan Mirza tergantung tiada jawapan.Biarlah petang ini aku rungkaikan segala-galanya.

Semua pemberian Mirza ku kumpulkan dalam beg tangan.Kunci kereta, kunci komdominium, cincin..

Eh, di mana pula letaknya cincin pemberian Mirza? Aku mencari-cari lagi di dalam beg tangan yang penuh dengan alatan make up dan resit-resit pembelian.

Suami Bukan PilihanWhere stories live. Discover now