Part 13

215 4 0
                                    

Panasnya badan aku ! Demamlah tu , sapa suruh nangis kan dah demam , dah sekarang ni hujan lebat . Sejuk pula dalam bilik . Razman ? Ada kat bawah , tak tahu pula apa yang dia buat . Aku nak turun bawah kejap nak masak . Dah pukul berapa dah ni ?

Sewaktu aku menuruni tangga , ada bau yang agak pelik sikit . Bau seperti batu kemenyan terbakar tetapi aku hanya menghiraukan sahaja . Aku terus berlalu ke dapur dan menjeling mata ke arah ruang tamu . Masih tengok tv rupanya .

Apabila aku memandang ke dapur semula ada tubuh orang yang amat aku kenali . Razman ? Sedang potong bawang lagitu . Lawaknya dia tu ! Tapi yang kat ruang tamu tu sapa ? Imaginasi kau je kot !

"Abang, abang nak masak apa ?" Aku terus meluru ke arah Razman yang sedang memotong bawang itu . Razman memalingkan wajahnya ke arah aku .

"Sayang, dah bangun . Abang masak telur dadar ni . Lambat sayang bangun . Demam ke?" Razman menanya aku selepas itu menyambung aktivitinya memotong bawang .

"Haah, baru bangun tidur ni . Sorry lah bangun lambat . Demam sikit je ni" ujarku lalu menarik bangku dan meletakkan kepalaku ke atas meja dan tidur .

Bau itu ?
Aku segera terbangun dari tidur itu . Kenapa bau itu muncul ? Aku hanya mempedulikan sahaja .

"Kenapa sayang ?" Tanya Razman apabila telur dadar yang sudah dimasak olehnya diletaknya di bawah tudung saji .

"Tak ada apa-apa abang" aku segera kembali duduk Seperti biasa . Aku hanya memandang Razman sedang mencuci kuali yang digunakannya . Nampak comel apabila dia memakai apron . Nampak keserlahan kehenseman dia tu .

"Sayang!"

"Ya Abang!"

"Siapa lelaki yang ikut sayang joging kat stadium haritu?" Siapa eh nama budak lelaki tu ?

"Lelaki mana ni abang?"

"Abang tanya siapa lelaki yang ikut sayang joging kat stadium tu?" Akim ke nama dia ? Aku lupa .

"Ohh, Ijat kenapa?"

"Ijat mana ni?" Kali ini Razman sudah membuka apron dan menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan aku .

"Akim Raizat"

Razman merenung tajam ke arah mata aku .

"Abang, kenapa dengan abang ?" Tanya aku lalu memegang tangan Razman yang dihadapan aku itu . Kenapa perangai dia berubah semenjak balik dari stadium ?

"Abang tak suka sayang bergaul dengan lelaki lain kecuali abang . Abang cemburu tengok sayang lari dengan Ijat haritu . Kenapa tak lari dengan abang aja ? Dah tak ada suami ke ?" Patutlah Razman tak ada mood paduhal dia cemburu . Aku hanya tergelak kecil .

"Abang, abang nak cemburu apa ? Saya dengan Ijat tak ada apa2 pun . Bukannya sayang tak nak panggil abang lari dengan sayang . Cuma...." Aku melepaskan genggaman tangan aku dari tangan Razman

"Cuma apa sayang ?" Tanya Razman

"Cuma saya tak nak ganggu Abang dengan peminat perempuan abang tu!" Ujarku selamber nak tengok dia positif ataupun tak ?

"Buat apa abang nak marah sayang ganggu Abang ? Bukannya apa pun , cakaplah macam ni"

"Abang, jom joging . Macam tu ke ? Ni tak , nak kena ajak dengan orang lain pula . Nasib abang tengok sayang joging dengan laki tu kalau tak dengan laki2 tu sekali abang tumbuk!" Aku menjeling Razman .

"Buat apa abang nak jeles bagai sampai nak tumbuk laki tu ? Bukannya dia salah pun!" Kata aku pula nak back-up si Ijat ni .

"Sapa kata abang tak jeles ? Mestilah abang jeles sebab sayang tu isteri abang bukannya kawan abang . Isteri abang tau tak??!" Marah Razman . Mai sini ceqq bahas Kato hang na ?

"Abang, saya dengan Ijat tak ada hubungan langsung pun . Kenapa Abang nak jeles lebih ni ? " Kali ini aku berdiri tetapi aku tidak meninggikan suara aku .

"Abang sayangkan sayang, abang betul2 marah sebab sayang dekat dengan Ijat . Abang cemburu dengan sayang . Lagipun Ijat tu....playboy !" Kata Razman . Playboy ? Apa kena mengena dengan aku ?

"Abang, saya tak pernah pun marah abang untuk dekat dengan perempuan especially Rachel . Abang tak pernah tahu apa yang terkandung dekat hati lia apabila abang dekat dengan perempuan lain , sedekat-dekat Lia dengan lelaki sekali pun , Lia tetap sayangkan abang aja" tubir mata aku berair menandakan akan terjatuh anytime .

Razman berdiri lalu memeluk aku dan mencium dahiku .

"Abang minta maaf sayang . Abang fikir sayang curang dengan abang rupanya abang yang salah anggap dengan sayang . Abang minta maaf ya sayang ?" Razman lalu mencium dahiku lalu turun di hidung dan last sekali turun ke ... Bibirku !

5 saat ...

10 saat ....

Aku menarik bibirku lalu menyeka air mata .

"Sayang, maafkan abang ya?" Pinta Razman

Aku hanya menggaguk dan Razman mencium pipi kanan ku lalu memelukku erat lalu aku membalasnya perlahan-lahan

Please keeps reading and Voted !!!

Sekuntum Mawar Untukmu (√)Where stories live. Discover now