Bab 2

23.1K 1.4K 224
                                    

Lelaki yang ditikam berkali-kali tanpa rasa belas kasihan itu akhirnya rebah ke tanah. Ariana menjadi kaku. Kakinya seolah-olah telah digam ke lantai. Tangannya mengigil takut melihat insiden yang sedang berlaku didepan mata.

"Apa kita nak buat dengan pengkhianat ni, bos?" lelaki botak itu mula bersuara. Dipijak tubuh yang sudah tidak bernyawa itu dengan perasaan geram.

"Macam biasa. Kau bawak masuk bangsat ni dalam kereta cepat," balas lelaki berumur 30-an yang dipanggil 'bos' itu.

Ariana memegang dadanya yang berdetak hebat. Lebih baik aku blah sebelum dua orang penjahat tu nampak aku.

Kelam kabut dia hendak beredar sebelum kakinya tiba-tiba terlanggar batu lalu tersungkur jatuh ke lantai.

"Auchh!" automatik Ariana mengaduh kesakitan. Pantas dia menutup kembali mulutnya dengan tangan. Sedar yang dia baru sahaja terlepas suara. Ya tuhan, mati aku.

Cepat-cepat dia bangun semula sebelum rambutnya ditarik dari arah belakang.

"Mana kau nak lari hah?!" jerkah lelaki 'bos' itu. Dia terus memeluk kuat tubuh Ariana dari arah belakang.

"Tolong!" Ariana menjerit meminta bantuan walaupun dia tahu tiada siapa yang akan datang membantunya pada lewat malam begini. Ditambah pula dengan suasana yang lengang.

"Kau fikir kau dapat lari dari aku?" kata lelaki jahat itu tepat ditelinga Ariana. Pisau lipat yang berada di tangan kanannya ditoreh ke lengan kiri milik Ariana.

Ariana menyeringai menahan rasa sakit. Air matanya mula mengalir membasahi pipi. "Tolong lepaskan saya.."

Lelaki tersebut ketawa. "Nampaknya ada dua mayat la aku kena bawak balik malam ni."

Belum sempat dia hendak berbuat apa-apa, mereka dikejutkan dengan bunyi siren polis peronda yang menghampiri.

"Sial. Kau ikut aku sekarang!" lengan Ariana dicengkam dan ditarik agar mengikutinya.

"Tak nak! Lepaskan saya!" Ariana menjerit nyaring. Dia dengan sengaja duduk mencangkung ke lantai yang menyukarkan penjahat itu untuk menariknya.

"Kau jangan buat hal kalau tak nak aku bunuh kau!"

"Bos, cepat!" jerit lelaki botak yang dari tadi berada di dalam kereta.

Serentak itu, kereta polis peronda berhenti dihadapan mereka. Penjahat itu tiada pilihan lain selain melepaskan Ariana.

"Kau tak akan terlepas. Aku akan cari kau!" usai menghabiskan ayatnya, dia pantas berlari dan masuk ke dalam kereta. Ariana sempat memandang nombor plat kereta itu sebelum ia hilang dalam sekelip mata.

***

"Auchh, sakitlah! You ni nurse praktikal ke apa? Buat perlahan sikit boleh tak?" marah Ariana pada jururawat yang sedang mencuci luka pada lengannya. Jadi takut-takut jururawat itu jadinya. Dia meneruskan kerjanya dengan lebih berhati-hati. Bimbang dimarahi Ariana lagi.

Selepas insiden tadi, polis segera membawa Ariana ke hospital berdekatan untuk dirawat. Mujur sahaja lukanya tidak dalam.

"Kau tak akan terlepas. Aku akan cari kau!"

Masih terngiang-ngiang ayat penjahat itu ditelinganya. Nak kata fobia, tidak juga. Malah dia berharap dua orang penjahat tak guna itu cepat-cepat ditangkap polis dan meringkuk terus dalam penjara.

Ariana cuba mengusir hal tersebut daripada fikirannya. Dia membuang pandang ke luar pintu sementara luka di lengannya sedang dibalut. Tengah malam buta macam ni pun masih ramai orang di hospital.

Aryan ArianaWhere stories live. Discover now