Part 1

2.2K 160 106
                                    

Warning : Fanfic ini mengandungi unsur pembunuhan, pencarutan, kekejaman, tidak berperikemanusiaan kerana wataknya adalah vampire.

"Ampunkan aku! Aku tak bersalah! Betul! Aku bercakap benar!" Rayu seorang vampire yang sedang dibawa ke khalayak ramai. Dia bakal menjalani hukuman mati bersaksikan vampire lain.

Kepalanya ditarik dan diletakkan diatas papan panjang. Gergaji panjang sedang diasah agar lebih tajam. Gergaji yang tumpul pula makin ditumpulkan agar penyeksaan menjadi lebih dasyat. Vampire itu ketakutan.

"Leon! Leon aku tak bersalah! Tolonglah aku! Aku tak buat kerja haram tu!" Jerit vampire itu. Leon memandang vampire hamba itu dengan pandangan sinis. Rambutnya ditarik kasar.

"Pengkhianat akan tetap jadi pengkhianat. Hamba, akan selamanya jadi hamba!" Tutur Leon dengan angkuh. Vampire itu memandang Leon dengan muka marah. Matanya menjadi hitam. Menandakan aras kemarahannya sudah memuncak.

"Sial kau Leon! Selama ni aku percaya kau!"

Vampire-vampire lain mula bercakap sesama sendiri. Berbisik-bisik sehingga menyebabkan keadaan menjadi bising.

"Raja Kim Woobin, raja kepada Vampire Light, raja kepada dunia Lyoxo. Kau tipu kami semua yang kau adalah keturunan diraja. Kau tipu yang kau tak pernah ada anak. Dan sekarang kau nak menipu tentang rancangan kau untuk bekerjasama dengan musuh kita?" Kata Leon sehingga menyebabkan vampire lain mencemuh Woobin.

"Aku..aku bukan hamba! Kau jangan nak manipulasi otak mereka! Aku memang tak ada anak! Sebab aku mati pucuk! EXO hanyalah anak angkat aku dan aku tak pernah nak berurusan dengan kerajaan Star!" Tempik Woobin.

"Dan anak dalam kandungan Hyeri tu memang anak aku! Hyeri berketurunan Dewi Dimeter! Dewi kesuburan dan pertanian! Dia boleh melahirkan anak tanpa memerlukan air mani!" sambung Woobin lagi. Leon ketawa sinis.

"Jangan menipu raja Woobin! Leon tak pernah berbohong!" Jerit salah seorang warga kota Light. Woobin tergamam. Vampire-vampire lain mula menyokong kata-kata itu tadi. Dia tak sangka semudah ini rakyatnya akan terpedaya.

"See? Pengawal! Jalankan hukuman mati terhadap Kim Woobin segera!" Arah Leon. Dia berdiri betul-betul dihadapan Woobin.

Pengawal mula mengangkat kedua-dua gergaji tadi. Woobin menelan liurnya. Dia masih bengang. "Kau takkan dapat kuasai Lyoxo. Adreanna akan kembali! The One akan kembali!" Zapss!! Kedua pengawal itu menggergaji kepala Woobin. Darah memercik ke seluruh tempat.

Kemudian, mereka mula memotong kesemua anggota badan Woobin. Salah seorang daripada mereka menarik usus-usus Woobin dan meregangkannya. Hati Woobin diambil lalu dilapah dengan rakus.

Jantung Woobin dicampak dan diberi makan kepada anjing. Peparunya mula dilenyek sehingga berkecai. Mereka mula mencincang badan Woobin dan mengagihkannya kepada vampire hamba.

Roti Jeon diambil dan diletakkan daging Woobin diatasnya. Leon mula meratah tanpa henti. Roti Jeon berinti daging dicelup ke dalam darah Woobin dan dimakan sekali lagi. Hyeri, permaisuri Lyoxo atau boleh dikatakan bekas permaisuri memandang dari jauh. Air matanya mengalir.

Woobin sanggup menggadaikan nyawa deminya dan anak-anak angkat mereka, EXO. Hyeri berlari meninggalkan tempat itu. Tak sanggup dia melihat anak-anak kecil yang sedang bermain bola sepak dan bolanya adalah kepala Woobin. Jari Woobin pula dibuat sate. Punggungnya digoreng dan dimakan dengan nasi. Paha Woobin digilis dengan penggilis dan dicampur ke dalam tepung dan dibuat kek. Hyeri terasa loya.

Dia sedaya upaya berlari ke dalam hutan larangan yang pernah dimasuki oleh EXO dan YEOGI. Istana lama dituju. Tergopoh-gapah dia berlari ke sana, risau jika dikejar.

"Omma!" Jerit Jongdae dan mendapatkan Hyeri yang sudah lemah. Jongdae mengarahkan Suho agar memberi minum kepada Hyeri menggunakan kuasanya. Perut Hyeri yang masih mengandungi 'adik' mereka diusap oleh Suho.

"La-lari!" Arah Hyeri, dia kini sesak nafas. Yixing yang baru sahaja ingin mengubati Hyeri terkejut dengan kehadiran anak panah yang datang entah dari mana. Mereka memandang ke belakang. Orang-orang Leon sedang menghampiri.

"Shit! Macam mana diorang boleh masuk sini?!" Jerit Jongdae lalu mendukung ibunya itu. Mereka ber-11 orang lari ke dalam hutan yang lebih dalam.

"Cu—Cukup.." ujar Hyeri. Larian Jongdae terjeda.

"Ambil..ni.." Hyeri menyerahkan Batu Mutiara Biru kepada Jongdae. Jongdae terkejut dengan kewujudan Batu Mutiara Biru itu di hadapannya.

"Dashi..Run..run..run.." ucapnya sebelum menghembus nafas yang terakhir. Jongdae blur.

"Omma..omma..omma! Ireona! Jangan tinggalkan kami!"

"Jongdae kita tak ada masa untuk tu!!" Chanyeol menarik Jongdae lari dari situ. Pengawal-pengawal istana makin hampir dengan mereka. Jongdae tidak sanggup membiarkan mayat ibu mereka terdampar di situ.

"Kai! Pusingkan batu tu. Kita kena pergi dari sini!" arah Kyungsoo. Kai menggangguk faham. Dia memusingkan Batu Mutiara Biru dan cahaya birunya mula keluar dan mengelilingi ahli EXO. Satu persatu dari mereka mula menghilang. Keadaan menjadi sepi.

-bersambung

Harap korang suka ❤

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now