Part 47

407 36 7
                                    


Bunyi kilat sambar-menyambar semakin kuat. Namun itu datangnya bukanlah dari langit melainkan Taeyeon yang sedang meluahkan amarahnya kepada Zeus, bapa kandungnya.

Mereka sebenarnya telah memasuki portal ke langit dimana dewa-dewa greek itu tinggal.

Kini mereka berdua puluh lima sedang berhadapan dengan dewa-dewa yang kelihatan seperti Titan.

"Bawak kitorang pulang! Kitorang tak nak ada dekat sini! Jijik!" jerit Taeyeon, seperti histeria. Jimong cuba menenangkan Taeyeon namun disekeliling gadis itu mengalirnya tenaga elektrik. Berkemungkinan hanya Jongdae yang boleh menghentikannya.

"Thalia!! Cukup!" Hebe, ibu kandung Taeyeon menjerit lantang untuk menghentikan pergaduhan itu. Taeyeon menjeling Hebe dengan pandangan benci-sebencinya. Hebe agak terkilan dengan pandangan itu.

"Kau bukan mak aku jadi jangan cuba-cuba nak arahkan aku!" bentak Taeyeon. Hebe terdiam. Hatinya robek mendengar kata-kata anaknya itu.

"Korang boleh tak jangan bergaduh! Hana tengah nazak tu tak ada sesiapa ke nak tolong?!" marah Eunqa. Dia benci dengan keberadaannya disini tetapi dalam masa yang sama dia yakin ada yang boleh menyelamatkan Hana disini.

Dilihat Chanyeol yang sedang merangkul Hana didalam dakapannya itu. Lelaki itu nampaknya seperti sudah kehilangan akal kewarasannya. Rambut Hana disisir olehnya dengan lembut. Ditangisi gadis itu sehingga air matanya sudah kering-kontang. Tiada lagi air yang mampu membasahi pipinya. Chanyeol seperti kehilangan arah.

"Awak.." panggil Athena kepada Poseidon. Cuba untuk memujuk dewa itu untuk menyembuhkan anak kandung mereka itu.

Poseidon diam. Dia hanya menunggu arahan daripada Zeus. Taeyeon semakin bengang. Dia yakin semua ini bergantung kepada keputusan Zeus.

"Korang semua ni memang egois!" tempik Seohyun. Dia melangkah ke depan dan menghamburkan amarahnya. Dia kecewa.

"Inikah pemimpin dunia? Yang manusia banggakan sangat tu? Yang manusia sembah? Sedangkan anak sendiri pun dibuang! Pastilah korang tak ada hati pun nak sembuhkan mereka kalau sakit apatah lagi yang sedang berlawan untuk hidup!" hambur Seohyun.

Dionisos, bapa kandungnya itu dipandang. Dewa kebahagiaan? Itu semua bullshit!

"Kami tak minta banyak. Cuma sembuhkan Hana sahaja. Dan selepas itu kami tak akan ganggu kamu lagi! Kami pun tak mahu diiktiraf sebagai anak dewa. Kami hanya mahu kakak kami kembali! Ada yang sedang menunggu dia untuk pulang dibawah sana. Ibu bapa yang betul-betul sayangkan dia bagai menatang minyak yang penuh." sambung Seohyun lagi.

Dia sudah tidak peduli dengan apa yang dewa-dewa itu fikirkan. Yang pasti, dia hanya mahu Hana dirawat.

"Dia boleh disembuhkan.." ujar Poseidon setelah sekian lam berdiam diri. Kaku sahaja memandang puterinya itu.

"Macam mana?!" desak Taeyeon.

"Tangisan air mata air puteri bersiung." jawab Poseidon.

Sinar harapan mulai muncul dimata ahli YEOGI dan EXO. Tiba-tiba, Zeus berdeham.

"Kalau kamu mahu dia sembuh, ada bayarannya.." Zeus bersuara.

Ahli YEOGI terkejut mendengar akan hal itu.

"Apa?! Korang ni memang tak berhati perut ke?! She's dying!!"

Tempik Taeyeon.

"Kalau mahu dia selamat, kamu perlu serahkan kuasa kamu dan kembali ke dunia sebagai manusia biasa--"

"Deal.." Taeyeon mencelah.

"Bukan kamu sahaja. Termasuklah vampire-vampire ini.." Ahli YEOGI tidak mahu bereaksi. Mereka merenung ahli EXO yang turut sama terkedu.

"Apa-apa sahaja demi kebahagian Chanyeol.." ujar Baekhyun. Dia menapak ke hadapan. Bersedia untuk menyerahkan kuasanya.

"Aku pun.." Junmyeon menyertai Baekhyun. Ahli YEOGI terharu. Satu demi satu ahli EXO bersetuju. Zeus mengangguk.

"Kalau begitu, bawa dia ke belakang." arah Poseidon.

Athena bertukar ke bentuk manusia dan mendekati Chanyeol dan Hana. Sedar akan kehadiran dewi itu, Chanyeol cepat-cepat mengesot dan menjauhkan diri daripada dewi itu.

"Jangan ambil dia dari aku!" marah Chanyeol. Lelaki itu bertukar agresif. Baekhyun datang dan menenangkan Chanyeol.

"Yeol. Kau bawak dia. Kau bawak dia okey? Hana akan balik pada kau kejap lagi. Ye?" pujuk Baekhyun. Pandangan mata Chanyeol redup. Dia mengangguk faham. Perlahan-lahan dia bangun dan mendukung Hana.

Dia mengekori Athena menuju kearah mata air itu.

Poseidon sudah pun berada didalamnya, bersedia menyembuhkan anaknya itu. Badan Hana diletakkan diatas tanah.

Perlahan-lahan, badan itu terapung dan melewati mata air tersebut dan mendekati Poseidon. Dewa itu mula mengeluarkan kuasanya dan mengumpulkan bebola air disekeliling badan Hana.

Poseidon menurunkan Hana ke dasar mata air untuk merawatnya. Cecair hitam mulai keluar dari badan Hana. Cecair itu sebenarnya venom berbahaya yang dimasukkan oleh Leon sewaktu vampire itu menyedut darahnya. Dek kerana itu, Hana hampir mati.

Poseidon mengeluarkan segala racun yang berada dibadan Hana. Dia terhenti saat melihat jantung Hana yang bersinar tanpa henti itu. Cahaya itu datangnya bukanlah dari jantung itu tetapi dari sesuatu yang sukar untuk dia tafsir.

Dia mendongak keatas. Cahaya yang sama bersinar disana. Dan ianya datang daripada seseorang. Seseorang yang merupakan orang yang paling menunggu kembalinya Hana ke dunia.

Dia memegang kepala Hana dan cuba untuk membaca memorinya. Tahulah dia apa yang berlaku sebenarnya. Dia mendongak sekali lagi.

Pandangan mata Poseidon semakin jelas. Ianya datang daripada lelaki bernama Chanyeol itu.. Kuasa cinta sebenarnya lebih kuat daripada segala-galanya.

Poseidon mula mengangkat Hana naik ke daratan. Badan gadis itu sudah semakin membaik. Chanyeol cuba untuk mengambil Hana semula daripada tangan Poseidon.

Dewa itu nampaknya tidak menghalang Chanyeol daripada melakukan hal demikian.

"Hana..bangunlah.." rayu Chanyeol, sebak.

Poseidon memandang kearah Athena. Mereka juga menunggu untuk Hana membuka matanya.

"Chan?" panggil Hana. Suaranya lemah sekali. Chanyeol terbeliak. Hana akhirnya sedar. Gadis itu memegang pipi Chanyeol dan tersenyum manis meskipun dia berada agak lelah.

"Syukurlah! Terima kasih! Terima kasih!" Chanyeol menitiskan air mata. Dia mencium dahi Hana lama. Baru sebentar tadi, hidupnya rasa sia-sia.

"Janganlah nangis. Saya hidup lagi lah." Pujuk Hana, lembut. Dia mengusap pipi Chanyeol dan mengesat air mata kegembiraan lelaki itu. Chanyeol menggeleng. Dia menggenggam tangan Hana dan mengucupnya beberapa kali.

"Saya gembira awak kembali. Jangan tinggalkan saya lagi.. Saya tak mampu hidup tanpa awak, Hana.. Saya cintakan awak.." ujar Chanyeol, jujur. Tidak peduli dengan keberadaan Poseidon dan Athena disitu.

Hana tergelak kecil. Dia memeluk leher Chanyeol dan mengusap belakang kepala lelaki itu.

"Comelnya. Jangan buat saya terkam awak. Cubit kang." usik Hana. Telinga lelaki itu dikucup lembut. Dia kembali memandang wajah Chanyeol. Mereka saling berpandangan. Memberi tatapan cinta yang hangat. Kedua-duanya ketawa.

Mereka menyatukan dahi masing-masing dan menggeselkan hidung mancung mereka.

"Nampaknya, masanya telah tiba.." Suara Poseidon memecahkan suasana romantik mereka. Hana bingung.

"Masa apa?"

Chanyeol menggengam tangan Hana dan menatapnya dengan dalam.

"Walau apa pun kewujudan saya, awak tetap akan cintakan saya kan?" soal Chanyeol. Hana bingung namun masih mengangguk.

"Mestilah. Tak kisah lah awak ni vampire ke serigala ke. Kewujudan awak tak penting. Asal hati awak tetapi rasakan degupan yang sama macam saya. Itulah cinta sejati, Chanyeol."

Pipi Hana diusap. Chanyeol tersenyum. Lelaki itu kembali memandang Poseidon dengan wajah yang serius.

"Kami sedia.."

Bersambung

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now