Part 36

571 59 18
                                    

Maaf korang tunggu lama sangat kim nak update. Kim actually tak habis tulis lagi part seterusnya tu yg diamkan je ff ni 😂 Maaf lah eh. Mesti ada yg dah lupa2 sikit sbb lambat sangat update. Maaf sekali lagi 💙

"Betul ke, korang nampak diorang dalam mimpi tu?" Tanya Jaze, bagi mendapatkan kepastian. Kalau dia tahu ada diantara mereka ni menipu, siaplah.

Chanyeol dan yang lain-lain mengangguk. Sejak mereka bangun pagi tadi, mereka sentiasa resah. Tak senang duduk.

Ace mengeluh.

"Aku bukan tak nak lepaskan korang. Tapi skill korang masih perlu dibaiki." Katanya. Nampak sangat dia tak yakin dengan mereka berlima(EXO).

"Kalau mereka boleh lawan Sistar dulu, kenapa sekarang tidak? Lagipun Sistar empat orang dan Leon hanyalah seorang sahaja." Ujar Hana pula. Ace menggeleng.

"Dulu tu, sebab kamu. Darah magis korang bersatu dan membentuk satu tenaga yang lebih kuat daripada Sistar. Dan sekarang ia terkumpul dalam badan Hana. Jadi, korang(Yeogi) dah tak ada apa-apa." Balas Ace.

"Patutlah unnie selau rasa tak selesa." Celah Seohyun.

"Jadi, guna jelah" celah Taeyeon pula. Ace mengetuk kepala Taeyeon dengan kuat.

"Kamu ingat begitu senang nak guna balik? Badan dia tak mampu untuk kawal kuasa tu. Melainkan, kalau kamu dapatkan tongkat sakti di Museum Of God."

"Museum apa?"

Jaze terus memaparkan gambaran muzium tersebut kepada mereka. Ianya tersangatlah usang. Pohon menjalar memenuhi segenap ruang Museum of God.

"Disitulah, terdapat segala maklumat tentang ibu bapa kamu(yeogi). Kalau kamu dapatkan tongkat Zeus, kamu pasti dapat mengawal kuasa tersebut."
Jelas Ace.

"Sejak bila hutan ni ada muzium? Sebelum ni tak pernah terserempak pun." Soal Taeyeon. Mereka sebelum ni berjalan berhari-hari nak sampai dekat Gua apa benda entah semata-mata nak cari Batu Mutiara Biru, tapi tak ada pun ternampak bangun sebesar dinasour tu.

"Memang lah. Sebab ia disembunyikan oleh kuasa magis. Dan hutan ni sebenarnya adalah kota lama yang ditinggalkan. Jadi tak mustahil kalau ada muzium dekat sini." Jawab Ace. Yeogi dan Exo mengangguk faham.

"Macam mana kami nak ke sana?" Tanya Kris.

Ace mengeluarkan satu peta daripada almari gergasi yang berada disebelah kirinya. Kemudian ia diserahkan kepada Kris.

"Ambil ni. Jangan bukak selagi kamu tak jumpa sungai tempat Jungli lemas dulu." Ace memberi amaran.

"Kau tahu?"

"Mestilah. Kitorang sentiasa perhati korang dulu." Jawab Jaze bagi pihak Ace.

Kemudian, Jaze membuka pintu istana.

"Pergilah. Selamatkan mereka." Arah Jaze. EXO dan YEOGI mengangguk.

"Gomawo Jaze, Ace. Sebab selama ni jaga kami." Kata Taeyeon dan menunduk 90 darjah. Jaze dan Ace mengangguk. Mereka beratapi pemergian EXO dan YEOGI.

"Semoga selamat."

×××

"Aku faham kenapa mereka panggil kita Yeogi Z.." kata Shinka kepada Hyoyeon. Hyoyeon menjongketkan dahinya

"Kau masih ingat pasal tu? Aku dah lama lupa. Kalau kau tahu, bagitahu lah.." ujar Hyoyeon.

"Sebab darah kita rupanya. Kan kita semua ni berdarah Z. Mana pernah orang dekat bumi tu ada darah Z. Kita je lain. Dan aku yakin, ada sebab kenapa hanya kita dua belas orang je yang pelik macam ni." Jawab Shinka. Rupanya mereka berdua lah orang yang selama ini selau curious kenapa kumpulan mereka dipanggil Yeogi Z

Hyoyeon mengangguk kecil.

"Shin.. kalau betul kita dah kembali ke Lyoxo. Kau rasa kita akan selamat ke? Kita ada tujuh orang je ni." Kata Hyoyeon, takut. Shinka mengangguk, yakin.

"Percayalah. Kita akan selamat. Aku dan Jungli, sebagai yang paling tua, akan lindungi korang. Dont worry."

"Shinka unnie..Hyoyeon..Korang dah bangun? Kita kat mana?" Tanya Mijoo yang baru sahaja tersedar dari pengsan. Dia memandang pokok-pokok yang tumbuh meninggi sehingga hampir mencecah langit.

"Mollaneun..Mungkin di Lyoxo.." balas Shinka dan mendekati Mijoo. Dia membantu Mijoo untuk duduk bersandar pada salah satu pokok disitu.

"Lyo--apa? Macam mana?"

×××

"Nugu?" Soal Suho setelah kakinya disentuh oleh seseorang. Sakitnya makin terasa. Makhluk berleher panjang dan bertelinga capang itu mendongak.

Wajahnya yang terlalu buruk membuatkan Suho tak sanggup untuk menatap.

"Aku cuma nak menolong kau." Balasnya dan kembali menjilat tempat luka tadi. Suho melarikan kakinya namun dengan keadaannya yang digantung sebegini, menyukarkan pergerakannya.

"Diam. Kau tak boleh banyak bergerak." Arahnya. Tempat luka tadi sembuh. Lidah Suho kelu.

"Kau tolong aku?"

"Aku cuma tolong apa yang patut. Luka kau ni dah sembuh, tapi vampire yang lukakan kau tu tak akan nampak. Dimata dia, kau masih lagi kesakitan. Aku nak ingatkan kau, mereka dah sampai. Rajin-rajinkan lah seru dia. Dia pasti boleh menolong kau." Ujarnya. Dia bangun dan berjalan kearah dinding.

"Kau nak pergi mana? Siapa yang dah sampai? Adik-beradik aku ke?!"

Makhluk itu menggeleng.

"Takdir kau.."

Makhluk itu terus menghilang diri. Meninggalkan Suho dalam tanda tanya.

"Takdir? Minsya?"

-bersambung

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now