Part 46

461 31 16
                                    

Leon meraung-raung ingin melepaskan dirinya. Matanya penuh dengan api kemarahan meskipun sudah separa buta dek kerana perbuatan Minsya. Kuasanya yang berkurangan menyebabkan dia semakin menggila.

Kepalanya bergerak ke kiri dan kanan dalam keadaan menggeletar. Urat-urat sarafnya mulai menimbul.

Dia perlukan darah sekarang untuk mengembalikan kuasanya. Saat matanya berpinar-pinar seperti hampir meletup itu, dia ternampak satu cahaya kecil yang bersinar-sinar dihadapannya. Pandangan matanya dapat melihat objek itu dengan jelas. Senyuman sinis terukir dibibir.

Sasarannya kini adalah pada the one.

Ternyata cahaya itu datangnya daripada si gadis yang mempunyai jenis darah ajaib itu. Air liur Leon mulai mengalir tanpa henti.

Terkejut ahli YEOGI saat melihat air liur itu mampu memadamkan larva yang dikeluarkan oleh Chanyeol dan Kris tadi. Badan Leon semakin menggeletar.

Hana perasan yang Leon sedari tadi asyik merenungnya seperti seekor predator dan mangsanya.

Dia yang tadinya sibuk mengisi air panas  disekeliling Leon terhenti perbuatannya. Kakinya melangkah ke belakang.

"Jangan berhenti Hana!" pinta Suho. Dia menguatkan lagi kuasanya. Air panas itu semakin menggelegak dibantu dengan kuasa Kris dan Chanyeol.

Krakk!!

Penjara yang dibuatkan daripada tanah itu pecah. Leon berdiri meskipun dirinya tidak segagah sebelumnya. Tangannya diangkat dan dihalakan kearah Hana. Dia tersengih dengan senyuman paling menyeramkan yang pernah Hana lihat.

"Santapanku.." ujar Leon lalu menteleportkan dirinya kearah Hana dalam sekelip mata. Dia mencekik gadis itu tanpa berlengah lagi.

Hana tidak sempat untuk melawan. Dirinya kini diawangan.

Kakinya menggeletar kerana tidak dapat mencapai tanah. Nafasnya hampir habis.

"Jangan kacau kekasih aku!" tempik Chanyeol, histeria.

Dia berlari kearah Leon saat melihat makhluk keji itu mahu menjamah leher Hana.

bung!

Badan Chanyeol melayang. Dia ditumbuk oleh Leon dalam sekelip mata sahaja.

Kyungsoo pula cuba untuk memerangkap kaki Leon namun tanah yang memegang kaki Leon lebur begitu saja seperti terkena air.

Mereka semua diangkat oleh Leon menggunakan kuasa telekinesis. Diri mereka bagaikan diikat oleh satu aliran elektrik yang halimunan. Tidak ada yang mampu bergerak ketika itu untuk menyelamatkan Hana seperti mana yang pernah dilakukan oleh gadis itu. Demi sahabat tercinta, dia korbankan dirinya namun dikembalikan ke dunia oleh Jimong.

Hana tidak mampu melawan lagi. Cekikan Leon terlampau kuat sehingga rahangnya terasa begitu sakit untuk digerakkan. Tenaganya juga sudah berkurangan.

Seohyun sudahpun meraung-raung meminta Leon melepaskan kakak kesayangannya itu. Taeyeon juga beberapa kali menggunakan kuasanya untuk melepaskan diri namun tidak berjaya.

"Sudah tiba masanya. Kau sendiri yang datang menjamu diri kepada aku. Hahahaha! Santapan paling terindah yang pernah dan bakal aku rasa seumur hidup!" Leon ketawa dengan galaknya.

Dia terbang keatas dan menyamakan ketinggian Hana kepada dirinya. Cekikan cengkuk Hana dilonggarkan sedikit. Badan Hana terasa seperti diikat. Matanya sahaja yang berfungsi ketika ini. Melilau dia melihat ahli YEOGI dan EXO untuk meminta bantuan.

Pandangan terhenti pada Chanyeol yang sudah pun bergenang air matanya.

"Mianhae.." ucap lelaki itu didalam hati.

Leon memegang dagu Hana agar dirinya sahaja yang dipandang saat ini. Gigi taring lelaki itu memanjang menyerupai setan.

Tahulah Hana bahawa Leon bukanlah vampire yang biasa. Dia jelas bukan berasal dari Lyoxo.

Kini, taring mengerikan itu hampir menyentuh lehernya. Leon berhenti saat hujung taringnya melekat ditengkuk Hana. Dia memusingkan badan mereka dan menghala kearah Chanyeol.

Matanya bertentangan dengan mata Chanyeol.

"Balasan kerana telah membunuh anak aku! Kau rasakan bagaimana kehilangannya orang tersayang! Tersiksalah!"

Leon menggumam melalui telepatinya kepada ahli YEOGI dan EXO.

ngap!

Taring itu ditekan ke dalam leher Hana. Serentak itu darah Hana disedut dengan begitu rakus oleh makhluk keji itu. Hana hampir kehilangan suara. Badannya kejung. Matanya terbeliak. Mulutnya ternganga.

Leon menyedut darahnya sehingga hampir 50% daripada badannya. Apabila yakin sudah cukup, dia melepaskan Hana menyebabkan badan gadis itu terjatuh ke lantai.

Tiada yang mampu menyambut badan kecil itu saat terjatuh. Lemah longlai sahaja badan Hana kerana kekurangan zat.

Leon melepaskan ikatan pada ahli YEOGI dan EXO. Mereka berlari mendapatkan Hana yang sudah tidak sedarkan diri. Manakala Leon, dia ketawa terbahak-bahak sambil menuju kearah takhta.

Bersedia untuk menjadi raja penjuru alam.

Chanyeol mendekati Hana. Dia jatuh terduduk. Kepala Hana diangkat dan badan kekasihnya itu dipeluk.

"Mianhae.. Mianhae.. Aku dah janji nak jaga kau..Tapi aku gagal.." raung Chanyeol. Dikucup kepala Hana beberapa kali dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta.

Dia tak mahu kehilangan Hana buat kali kedua. Cukuplah saat mereka hilang ingatan suatu ketika dulu. Dia tak mahu kehilangan orang tersayang lagi.

"Kalian tunduk pada aku dan aku bawa perempuan tu kembali kepada aku!" tawar Leon. Ahli yeogi dan exo diam. Tidak menghiraukan kata-kata Leon.

Leon ketawa besar. Kyungsoo sudah pun memberikan jelingan mautnya. Manakala Taeyeon dan Jongdae bersedia untuk membaling halilintar pada Leon.

Tiba-tiba, Leon berhenti dari ketawa. Dia memegang tengkuknya. Peluhnya mengalir lagi. Terasa seperti ada yang terperangkap ditengkuknya. Leon terbatuk-batuk beberapa kali sehingga memuntahkan darah.

Wajahnya meram padam. Dia jatuh dari takhta.

"To....long..." pinta Leon. Ahli YEOGI dan EXO menjauh saat Leon mengesot mendekati mereka.

Badannya dipenuhi dengan bengkak-bengkak bernanah. Dia menggarunya sehingga berdarah. Dirinya kelihatan sadis sekali. Hampir hancur badannya disebabkan oleh kukunya yang menggaru bahagian yang terasa gatal.

Guruh berdentum dengan kuat sekali. Kilat sambar-menyambar. Taufan mengelilingi sekitar istana. Keadaan menjadi huru-hara.

Tanpa ada sebarang amaran, badan Leon disambar oleh petir. Badannya hancur sepenuhnya.

Leon mati dalam keadaan hina. Menyusul anaknya, Mia.

Dari arah takhta, keluar sebuah portal besar. Dari dalam sana, Jimong keluar. Dia tersenyum memandang ahli YEOGI dan EXO. Dia mendekati Chanyeol lantas memegang bahu lelaki itu.

Dia mengarahkan Chanyeol agar mengangkat Hana dan membawanya masuk ke dalam portal tersebut. Tanpa banyak bertanya, Chanyeol mengikut sahaja permintaan Jimong.

Member yang lain mengikuti Jimong dari belakang.

Setelah itu, keadaan di Lyoxo kembali tenang. Istana menjadi sunyi.

Portal juga ditutup setelah orang terakhir melangkah memasukinya. Membawa mereka entah ke mana.

Adakah Hana masih dapat diselamatkan? Bagaimanakah nasib mereka nanti?

Bersambung

(C)Vampire Love 2 : Our KingdomWhere stories live. Discover now