Minggu Ke 2

825 36 7
                                    

"Apa khabar semua? Kita bertemu lagi di rancangan EDISI MALAM MINGGU!" Para penonton studio markas kotak memberikan tepukan yang gemuruh kepada Probe. Hari ini Probe berpakaian seperti anak kucing "Minggu lepas ada seorang reader telah requet kan untuk Fang dan Boboiboy nyanyikan lagu Sahabat tapi disebabkan mereka belum bersedia lagi pada minggu lepas, kita akan tunaikan request itu pada hari ini! Dengan tajuk lagu Sahabat, dipersilakan FANG DAN BOBOIBOY!"

Tirai di buka dan keluarlah Fang dan Boboiboy di tengah-tengah pentas. Lagu terus dimainkan

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... selama-lamanya setia...

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami...

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya... selama-lamanya... setia...

"Terima kasih semua! Semoga anda semua berhibur dengan nyanyi duo daripada kami" kata Boboiboy sambil melambai-lambai ke arah para penonton. Lily rasa macam Boboiboy nampak serba kacak dan comel hari ini. Dia mula terbayangkan dia meloncat-loncat di atas pentas sambil peluk Boboiboy. Faye usik-usik bahu kawan baik dia tetapi Lily sudah pun jauh berada di dalam dunia angan-angan dia. Boboiboy dan Fang terus turun dari pentas. Probe terbang ke tengah pentas

"Terima kasih Boboiboy dah Fang. Baiklah, mari kita panggil 3 tetamu kita pada hari ini!" Probe terus terbang ke tepi pentas "Tetamu kita yang pertama, dia adalah seseorang yang suka sangat terlepas cakap sampai buat orang lain marah. Suka sangat makan, makan, makan, makan dan bermain game. Dia juga adalah seorang sahabat yang sangat setia kepada Boboiboy dan saya mempersilakan GOPAL!" Para penonton studio markas kotak berikan tepukan kepada Gopal yang baru sahaja keluar dari belakang pentas

"Hai semua!" Gopal tersengih kepada para penonton. Lalu dia duduk di atas kerusi sofa

"Tetamu kita yang kedua. Dia adalah seorang abang yang sangat tak mihtali, suka sangat buli adik dia tapi tetap sayangkan adik dia walaupun adik dia tu suka sangat buat masalah. Dia adalah seorang Kapten yang sangat di takuti oleh alien lain dan juga saya. Rupa dia sangatlah kacak, sampai semua budak perempuan boleh dikatakan jatuh hati dekat dia tapi dia buat-buat tak tahu sahaja. Saya mempersilakan KAPTEN KAIZO!"

Kaizo keluar dari belakang pentas dengan muka serius dia "Apasal lah aku kena jadi tetamu dari musim lepas lagi" bisik Kaizo. Dia langsung tak berikan senyuman kepada para penonton studio markas kotak ataupun penonton di rumah. Dia terus duduk di sebelah Gopal

"Tetamu kita yang terakhir. Dia bukanlah puteri galaxy tapi ada juga yang panggil dia puteri galaxy. Dia adalah seseorang yang sangat di sayangi oleh si panas baran. Dia sekarang ini selalu sangat datang ke Pulau Rintis dan saya selalu sangat gagal tak dapat nak keluar berjalan-jalan dengan beliau. Berikan tepukan yang gemuruh untuk LYNNA!"

Edisi Malam Minggu (Season 2)Where stories live. Discover now