Edisi Malam Raya

547 32 17
                                    

"YEAHHHH! KITA BERTEMU LAGI DI RANCANGAN EDISI MALAM RAYA! Hehehee.. puasa dah habis, Raya pun mula. Siapa puasa penuh? Saya setiap hari puasa sebab robot mana boleh makan.. hehehe" Probe terbang ke tengah pentas "Baiklah, sebelum saya panggil tetamu kita pada hari ini, saya ingin mempersilakan Trio Huru Hara untuk persembahan mereka iaitu dengan nyanyian sebuah laju bertajuk SUASANA DI HARI RAYA!"

Tirai pentas di naikkan dan ketiga-tiga gadis sedang bersiap sedia untuk nyanyikan lagu mereka. Pakaian mereka pada hari ini adalah baju kurung moden. Bella berwarna hijau, Faye berwarna pink dan Lily berwarna biru. Suasana di atas pentas penuh dengan pelita berbentuk ketupat dalam pelbagai warna. Ada lemang-lemang palsu di tepi pentas. Api palsu tengah masak lemang pun ada

Bella, Faye & Lily
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bella
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Bella
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Faye
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Lily
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Bella
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Bella, Faye & Lily
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bella
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Faye
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Lily
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Bella
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Para penonton di studio markas kotak berikan tepukan gemuruh kepada kumpulan Trio Huru Hara. Bella, Faye dan Lily sangat berpuas hati dengan persembahan mereka di atas pentas itu

"TERIMA KASIH SEMUA!" Lalu mereka bertiga turun dari pentas sambil melambai-lambai ke arah para penonton. Probe terbang ke tengah pentas semula. Kali ini dia sudah berpakaian baju melaju berwarna hijau dan dia siap memakai songkok di kepala besinya

"Yeahh! Terima kasih Trio Huru Hara dengan persembahan yang cukup buatkan saya rindu dengan kampung halaman saya. Yelah, encik bos saya mana pernah nak bagi saya cuti. Kalau tidak, boleh saya pergi balik kampung, jumpa mak dan ayah sa- ADOI ADOI! JANGAN KETUK SAYA ENCIK BOS!"

"KAU MANA ADA KAMPUNG! KAMPUNG KAU DEKAT SINI SAHAJA! JANGAN NAK BERANGAN KAU AKAN DAPAT CUTI SAKIT KE, CUTI BERSALIN KE, CUTI SEKOLAH KE.. KAU TETAP KERJA DENGAN AKU 24 JAM SEHARI!" Adudu ketuk kepala Probe dengan cawan tin

"Maafkan saya encik bos! maafkan saya!" Menangis Probe di atas pentas

"Kita akan kembali selepas ini!" kata Lily sambil berikan meriam gergasi kepada Adudu "Ketuk Probe sampai kepala dia kemek!"

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Kita sudah kembali!" Kepala Probe kemek sedikit akibat kena ketuk dengan meriam gergasi tadi "Baiklah, saya akan memperkenalkan tetamu kita pada malam ini" Lalu dia terbang ke tepi pentas

Edisi Malam Minggu (Season 2)Where stories live. Discover now