Minggu ke 5

585 31 0
                                    

"HAI SEMUA! Sayalah Probe, host kamu untuk EDISI MALAM MINGGU!" Hari ini Probe berpakaian seperti Tok Aba, atuk kepada Boboiboy! "Kita bertemu kembali dan saya yakin kamu semua sudah tidak sabar lagi untuk para tetamu kita menjawab soalan-soalan dari kamu semua! Tapi sebelum itu, kita terhibur dahulu dengan persembahan dari Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya dan Ying! dengan lagunya bertajuk sahabat"

Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kalaku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatkuSahabat... tetap bersama mu jika
Kau perlu... kan ku... dan ku tak kaku
Tak kekok kalau sampai buntu
Kita belok
yo...yo
Berjangkit sesama seperti mengusik
Si melatar
Kau kau jangan kau melampau dan
Kalau siapa mengusik Najwa tolong
Bagi tau aku tapau

Ku tahu ku kan selalu ada
Ada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu, menjadi

Ohh...ohhh...ohhhh

Menjadi sahabatku...

"Berikan tepukan gemuruh untuk superhero kita!" Para penonton studio markas kotak bertepuk tangan sambil tersenyum melihat mereka semua. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying terus melambai ke arah para penonton sambil turun ke pentas kecuali Fang kerana dia adalah tetamu kita pada hari itu "Sepatutnya lagu ini adalah duet antara Yaya dan Boboiboy tetapi Yaya tidak mahu berduet. Jadi mereka menjemput rakan-rakan dia untuk nyanyi sekali" Probe terbang ke tepi pentas "Mari kita mulakan dengan sesi seksakan Fang! Eh silap... sesi membalas dendam.. eh silap lagi.. sesi soal jawab.. hehehee... maaf yea"

"Cheh, boleh lagi nak buat lawak" bisik Fang yang berada di dalam belakang pentas

"Baiklah, saya akan memperkenalkan tiga tetamu undangan kita pada hari ini. Tetamu kita yang pertama, dia sebelum ini tidak pernah dijemput ke Edisi Malam Minggu. Dia juga mempunyai personality yang sama dengan si landak tetapi dia bukan jenis yang suka mengamuk tak tentu pasal seperti landak. Dia juga adalah salah seorang ahli dari pasukan Trio Huru Hara dan dia adalah BELLA!"

"Hai semua!" Bella melambai-lambai sambil berjaya ke tengah pentas

"Silakan duduk yea cik Bella" Bella duduk di atas kerusi sofa yang ada di tengah pentas

"Tetamu kita yang seterusnya. Dia adalah sepupu kepada si landak tapi dia tidak mempunyai sifat panas baran seperti landak. Dia adalah kawan baik kepada Bella dan Lily, dan juga salah seorang daripada ahili pasukan Trio Huru Hara juga. Dia adalah Faye!"

"Apa khabar semua?" Faye keluar dari pentas belakang dengan senyuman menawan dia

"Saya khabar baik cik Faye ku yang manis" jawab Probe dengan suara ala-ala manja. Faye duduk di sebelah Bella dan ternampak Lily sedang mengigit sehelai sapu tangan sambil menangis-nangis sebab tak dapat nak jadi tetamu pada hari itu

Edisi Malam Minggu (Season 2)Where stories live. Discover now