#3 Keputusan

75 13 0
                                    

L memakai tuksedo yang telah dipilih. Apa apa jelah, asalkan pakai. Malas nak ambil tahu jenama apa, harga berapa. Dia tak kisah langsung apa yang dipilih gadis itu

Dia sendiri pilih, dia kenalah lalui jalan yang dia pilih. L membetulkan tie di lehernya. Bebelan ibunya didengarkan saja.

"Kamu buatlah baik baik. Lupakan Seulgi tu. Tak bahagia kahwin tanpa restu ibu bapa ni tau." Puan Kim membantu membetulkan tali leher L. L hanya mendengar tanpa memberi respons.

"Menantu saya dah siap ke?" "Ya puan, dia di bilik sana."

Dia tak lari? Apa dia fikir sebenarnya?

"Omma. L nak masuk bilik dia dulu." Ujar L. Puan Kim diam kejap sebelum mengangguk. "Jangan lama lama sangat, tak elok orang pandang nanti." Balas puan Kim. L hanya mengangguk

Selesai menguruskan pakaiannya, L berjalan ke bilik persiapan pengantin perempuan. Tak mungkin budak tu tak takut langsung dengan ugutan begitu. Tangannya menolak perlahan pintu itu.

Seolyeon duduk termenung, diam terkaku di atas kerusi. Gaun yang dipakai sesuai dengannya. Tiara kecil tersemat elok di kepalanya.

"Jadi ni pilihan kau?" Tanya L. Seolyeon mengangkat wajahnya. "Saya... Tak rela lukakan perasaan ibu bapa awak." Balas Seolyeon. L mengeluh.

"Yeoja chingu aku datang."

Dia datang sebab nak bagitau semua ni ke? Apa tujuan dia sebenarnya?, bisik hati kecil Seolyeon. "Oh.. Ya?" Seolyeon tergagap. "Tapi sebab nak jaga nama baik omma dengan appa, terpaksalah kan?"

Seolyeon hanya diam.

-

Majlis berjalan lancar tanpa apa apa masalah. Daripada masuk dewan hinggalah makan makan. Dan mereka berdua berpura pura macam bahagia. Dalam hati dua dua nak majlis ni berakhir segera

Seolyeon mula rasa gelisah dengan keputusannya. Rasa tak sedap hati. Tapi dia teruskan saja berjalan di sisi L macam yang dirancang.

"Hi, finally parents you kahwinkan you jugak kan?" "I ikut permintaan parents I, Seulgi."

"Saya Seulgi. Kang Seulgi. Ex girlfriend L." Seulgi menghulur tangan. Seolyeon menyambutnya kekok. "Seolyeon." Balasnya.

"Sayangnya, parents you tak restui kita. Kalau tak, mesti kita bahagia. Janggallah, datang majlis ex boyfriend." Komen Seulgi. "You nak tengok sekeliling kawasan?" Tanya L

Seulgi menggeleng. "I rasa mesti nanti darah omma dengan appa you menggelegak pandang I nanti." Balas Seulgi. L hanya mengangguk.

"I will leave first, dear." Seulgi berlalu. "Take care." L hanya tersenyum senget. Dear? Pfftt

"Nak tak nak, kita kena tegur semua orang kan?" L menarik Seolyeon rapat. Seolyeon diberati rasa serba salah. "Ni pilihan kau sendiri. Kau sendiri yang datang." Bisik L. Seolyeon hanya diam.

"Kau sendiri yang tak lari bila aku suruh."

-

"Kamu berdua nampak bahagia, omma bangga."

Seolyeon dan L hanya tersenyum kelat. Kalaulah puan Kim tahu hakikat sebenarnya, fuhh... Habislah mereka. Perjalanan majlis berjalan macam yang dirancang.

"Kamu jaga L baik baik, ya?" Puan Kim memegang tangan Seolyeon. Rasa bersalah semakin berat menimpa dirinya. "Kamu pun sama, jaga dia."

L hanya pamerkan muka polosnya. Dia tak rasa apa apa pun. Seolyeon semakin dibebani tekanan yang tinggi. "Kau buat pilihan. Kau tanggunglah sendiri." L terpaksa meneruskan juga

Majlis ini sangat panjang. Semuanya ada. Macam macam. Ucapan kawan baiklah, keluargalah, cikgulah. Habis penuh satu dewan. Kecoh betul semua orang bila L berkahwin dengan orang lain, bukannya Seulgi

Tapi Seulgi juga begitu, pamerkan muka tak ada apa apa langsung. Seakan akan dia hanya kenal L sebagai manusia, tak lebih dri tu. Seolyeon rasa tak selesa

"Buka mulut kau tu."

Seolyeon tersentak dari lamunan autometik mulutnya terbuka sedikit untuk bercakap. Tapi L masukan kek ke dalam mulutnya. Saat itu, ada lensa kamera terpancar (?)

"Nice, cantik!" Hoya selaku jurugambar melakukan tugasnya bersungguh sungguh. "Termenung je kerja, fokus lah." Balas L. "Mian." Balas Seolyeon.

"Kau tak sihat ke apa? Termenung je kau daripada tadi. Teringat namja chingu ke?" Usik L. "Mana ada," balas Seolyeon tenang. Suasana majlis meriah, tetamu datang dan balik

Seolyeon masih terasa akan keputusannya. Bagus kah keputusan ni? Tapi dah terlambat untuk dia lari. Dia tak nak orang syak apa apa. Mengikut L ke mana mana, dan dia tak kenal sesiapa pun di majlis ni

Dia cuma kenal kawan baik L, tu pun nama je, dan ahli keluarga L. Tiada orang lain yang dia kena lagi.

-

"I guess I should leave first."

L memandang Seulgi. "You pun tak suka I dekat sini lama lama kan?" Balas Seulgi. "Oh. Okay." Balas L tenang. "Oh yea. I saw your bride, she seems lost." Seulgi menghentikan langkah L

"Tak sangka you ambil peduli." Balas L. "Cara you dah cukup buat I tahu dia takkan bahagia dengan you, right?" Perli Seulgi. "Jangan peduli hal I. Fikir hal you je." Balas L

Seulgi ambil langkah berlalu tapi dihalang L. "Dekat mana you nampak dia?"

-

Alamak, dah sesat. Dekat mana ni? Lepas berbual sedikit dengan kawan kawan ibu mertuanya, dia terus sesat tiba tiba. Dengan orang yang dia tak kenal lagi, aduhh gilanya.

Kenalah berlakon tiada apa apa yang berlaku. Dia hanya berjalan dan menyapa tersenyum di depan orang lain. 'Habislah aku, matilah... Mana omma ni?'

Seolyeon cuba berlagak tenang dan tersenyum. Kedua dua genggaman tangannya digenggam kuat. Gemuruh. Apa yang tetamu mahu sembangkan, dia layan je walaupun rasa nak menangis tersesat dalam dewan kahwin sendiri

Aduhh mana L? Omma? Appa? Boleh gila macam ni, rungutnya dalam hati.

Boleh nak menangis rasanya. Telefon pun takde, kawan pun takde. Boleh gila dia. Dah sesat nampaknya. Dia langsung tak nampak L atau ibu bapa mertuanya.

Dia jadi makin panik. Lengan bajunya digenggam oleh kedua dua lengannya. Dia hanya boleh tersenyum di depan tetamu tetamu tapi hatinya resah. Dia belum jumpa ibu bapa L lagi

"Kau fikir kau nak pergi mana?"

Name Of Love [Malay] [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant