#13 Liar

63 10 0
                                    

"Kenapa dengan muka tu?"

Seolyeon panik. Mekap tak cukup do nak cover lebam. Luka dah ok, lebam pulak. "Ermm haritu... Ada kemalangan sikit." Bohong nya. "Kemalangan? Bila tu? Dengan apa? L tahu tak?"

Seolyeon tak berani pandang L. L sekadar diam tak bersuara seakan akan memang tak tahu apa apa. Memang dia pandai berlakon tak tahu apa apa. Seolyeon tak tahu nak balas apa

"Kemalangan dengan motor je. Motor tu tak sengaja langgar dia." Bohong L. Seolyeon hanya mengiyakan. Ragu ragu kedua orang tua itu percaya tapi mereka hanya mengangguk.

"Kamu... Masih berhubung dengan Seulgi kan?" Tanya tuan Kim. L kekal tenang tapi dalam hatinya panik habis. Ah sudah, bila dah tanya ni confirm dua dua dah siasat habis habisan. "Sebagai kawan je." Bohong L.

"Seolyeon, kita cakap dekat atas? L, cakap dengan appa."

Puan Kim memegang tangan Seolyeon. Seolyeon menurut walaupun rasa agak takut. Tuan Kim memandang L dengan pandangan misteri dan menyeramkan. L tahu apa akan jadi seterusnya.

"Kita cakap dalam bilik kerja appa."

-

"Bagitau appa segalanya."

"Maksud appa?" L menayangkan wajah tak bersalah seolah olah tak tahu apa apa mengenainya. "Takkan lah kemalangan motor ringan sampai muka je yang cedera lebih?"

"Mana ada apa pun." Bohong L. "Walaupun appa memang jarang luangkan masa dengan kamu masa kamu membesar, tak bermakna appa tak kenal kamu." Tuan Kim cuba berlembut dengan anak tunggalnya.

"L tak janji pun nak jaga dia."

"Tapi dalam sumpah perkahwinan ada."

L bangkit. "Kita tengah bercakap." Ujar tuan Kim. L duduk kembali dan mengeluh. "L tak pukul dia." Bohongnya lagi. "Appa takkan maafkan kamu kalau kamu menipu. Kamu bukan budak kecik lagi." Balas tuan Kim.

"Tanyalah dia sendiri."

L hanya tenang sebab dia tahu Seolyeon takkan cakap apa apa. Dia cuma akan kekal cakap dia terjatuh atau terhantuk walaupun ia tak logik. L keluar dari bilik bersama tuan Kim

Nampaknya ayahnya memang tak puas hati dengan jawapan nya. Dan riak kecewa jelas terpampang di wajah tua itu. Dia tahu L menipu tapi dia malas nak layan sebab dia kenal anaknya.

-

"Seolyeon, kamu berdua memang tak apa apa ke?"

Seolyeon tak berani bersuara. "L ada dekat luar sekarang ni. Beritahu apa yang kamu tahu." Balas tuan Kim. "Seulgi masih jumpa L kan?" Tanya puan Kim. Seolyeon mengangguk.

"Tapi mereka hanya berbual biasa, tak lebih dari tu." Bohong Seolyeon. "Tapi kamu tak rasa cemburu ke? Kamu kan isteri dia?" Tanya puan Kim. "Mana ada, omma. Lagipun L kata mereka hanya sebagai kawan je." Bohongnya lagi.

"Kamu yakin kamu tak apa apa?" Tanya tuan Kim. "Omma, appa. Saya ok. Cuma tak berapa sihat je kebelakangan ni, bukannya ada apa sangat pun. Lagipun mereka cuma jumpa sebagai kawan. Seulgi nampak baik orangnya." Balas Seolyeon.

Bohong, bohong, bohong

"Kami... Takkan ada menantu lain selain kamu. Kamu tahu kan?" Tanya puan Kim. Seolyeon hanya tersenyum paksa dan mengangguk. Dia tak nak apa apa merisaukan kedua dua ibu bapa mertuanya. Biarlah hal perkahwinan ni hanya dia dan L laluinya.

"Kami okay omma. Cuma perlukan masa sikit tapi buat masa ni dia memang baik. Omma janganlah risau." Bohongnya lagi. Dalam hati rasa bersalah bertimbun timbun dalam dada.

Sama ada ia akan berterusan atau berakhir

-

"Kau bagitau omma apa apa ke?"

Seolyeon menggeleng. "Kalau kau berani bagitau, tak ada apa akan berubah. Kau cuma tambahkan lagi apa yang dah sedia ada." Balas L. Seolyeon hanya mendiamkan diri

"Sebab tu aku tak suka orang lawan cakap aku. Kesabaran aku ni bukanlah tinggi mana pun." Balas L. Seolyeon mengetap bibir, tak membalas. Malas nak cari gaduh dengan lelaki ni.

"Aku tak rasa nak ceraikan kau."

Seolyeon mengangkat sedikit wajahnya. "Awak kata awak akan tetap ceraikan saya. Tu antara perjanjian kita kan?" Balas Seolyeon. "Kalau kau minta merayu melutut sekalipun, aku takkan sesekali turunkan tandatangan atas surat cerai, takkan. Aku ulang, aku takkan"

Seolyeon memandang L curiga. Kepalanya tengah berserabut sekarang dan pandai pula lelaki ni main teka teki. "Kau nak tau sebabnya ke?" L smirk. Seolyeon diam tak menjawab

Memang dia nak tahu.

Tapi rasanya ia lebih menyakitkan kalau dia tahu. Semuanya penipuan di depan orang lain. Hanya dia dan L tahu kebenarannya. Seolyeon terus membasuh pinggan tanpa menghiraukan L

"Aku akan bagitau kau sebabnya. Hanya sekali."

L mendekati Seolyeon. Seolyeon trus membasuh pinggan. Dia cuba tak ambil tahu supaya L pergi tapi nampaknya L takkan pergi. L semakin dekat dan berhenti di belakang Seolyeon yang sedang tekun membasuh pinggan dalm singki

Tangan L melingkar di pingganya. Rambut panjang beralunnya, disisir ke tepi dan kepala diletak di bahu. Kedudukan mereka rapat. L menutup paip air dan mndekatkan wajahnya ke telinga Seolyeon.

"Sebab... Pertama, Kau dah jadi isteri aku, dan macam yang aku cakap, aku dah bagi kau peluang sekali untuk lari. Kau yang tak gunakan peluang tu."

Tangan nya kaku. Menanti sebab kedua. L memang sengaja. Untuk buatkan dia tertunggu tunggu. "Kedua..." L melepaskan Seolyeon. Rambut panjang gadis itu diselak lembut.

"Aku tak terfikir nak berhenti bercinta dengan Seulgi depan kau. Dan aku tak terfikir untuk ceraikan kau."

Seolyeon menelan kata kata itu. L mencapai tangan Seolyeon yang dah kering sebaik dia selesai mencuci pinggan. Dia hanya tersenyum mengejek dan berbisik di telinga gadis itu sebelum berlalu pergi.

"Aku harap kau tahu nak kawal game ni sementara aku akan jadi pemain lawan kau, Seolyeon. We must lie about being happy."

Seolyeon hanya mendengar dan mendiamkan diri. Seakan akan separuh dari dirinya terbang melayang begitu sahaja. Dia hanya mengeluh, cuba bertenang dan berlalu ke bilik.

Andai boleh putar balik masa
Kenapa tak ditakdirkan
Kita tak bertemu sahaja?

Kenapa harus jadi penipu begini?

Name Of Love [Malay] [C]Where stories live. Discover now