#35 Concert

50 9 13
                                    

"Alah ikut jelah, takkan aku nak pergi sorang?"

"Tapi ramai lagi option awak boleh pilih kan?" Tanya Seolyeon. "Seulgi dah pergi luar negara, kawan kawan aku semua busy. Takkan aku nak ajak omma dengan appa? Agak agak la."

"Adik awak kan ada?" Balas Seolyeon. 'Dia ni la, banyak betul alasan.' Rungut L. L menarik nafas panjang. "Dia tu boring, mana la minat muzik macam aku ni." Balas Seolyeon.

"Aku ada 2 tiket je pun, nanti nak tengok aku kena belasah sebab ada lagi 5 kumbang jeles aku bawak sorang je dari 6 member?" L memberi alasan lagi. "Konsert siapa tu?"

"Shinhwa."

"Saya tak tahu pulak awak minat group lelaki." Balas Seolyeon. "Tapi aku tak gay tau." "Bila masa saya cakap awak gay?" Balas Seolyeon. "Aku tafsir otak kau haritu." Jawab L.

"Mana ada." Nafi Seolyeon. "Kau nak ikut ke tak? Tapi kalau kau tak nak pun, aku heret je la kau. Apa susah kan?" Balas L. "Yela yela saya ikut. Puas hati?" Seolyeon bersetuju

-

Mereka sampai tepat pada masanya. L segera menarik Seolyeon. Mereka dapat tempat hampir dengan pentas. Ramai yang dah sampai tapi masih ada lagi tempat yang kosong.

"Tapi sejak bila awak suka tempat macam ni?" Tanya Seolyeon. "Kau jangan tanyalah." Balas L. Seolyeon perasan L memegang sekeping gambar, macam gambar yang diedar di luar tadi.

"Gambar siapa tu?" Tanya Seolyeon. "M - Mana ada siapa." Balas L. "Awak ambil dekat luar tadi ke?" Tanya Seolyeon lagi. "Jangan sibuklah kau, duduk diam diam." Balas L

Seolyeon cuba mengamil gambar itu dari tangan L. "Ehh jangan lah. Aku campak kau dekat stage nanti baru tahu takut." Balas L. "Gambar siapa tu? Bagitahulah saya." Komen Seolyeon

Orang ramai mula memenuhi dewan itu. "Cepatlah. Konsert nak mula kejap lagi." Balas Seolyeon. "Shh diamlah." L menyorokkan gambar tu dalam poket. "Awak ada skandal dengan lelaki ya?"

"Aku peminat dia lah! Kau jeles kenapa?!" L mencubit pipi Seolyeon. "Sakitlah! Peminat siapa?" Tanya Seolyeon. "Jangan bagitau omma tapi masa aku sekolah dulu aku memang peminat kau tahu."

Seolyeon berjaya merampas gambar itu dari tangan L. "Hisyy kau ni!" L geram. "Dia ni Shin Hyesung kan? Awak nak ambil tandatangan dia ke?" Tanya Seolyeon. "Diorang debut masa kau baru setahun, kau tahu apa?"

"Habis umur awak berapa masa tahun 1998?" Tanya Seolyeon. "Tak reti mengira ke? 6 tahun lah." Balas L. "Tak payah la marah." Komen Seolyeon. "Diam la, konsert dah nak mula." Balas L.

-

Konsert itu bermula. Ramai peminat datang. Bukan selalu kumpulan lagenda ni akan buat konsert zaman ni. Dah hampir 20 tahun, ramai peminat dah berusia 20 hingga lewat 30-an juga.

Budak budak pun ada juga.  L menarik Seolyeon agar tak tercampur dengan orang lain. Hampir dekat dengan pentas, nampak dengan jelas.

Salah seorang daripada kelima lima mereka, Andy melambai tepat kepada Seolyeon. Seolyeon tersenyum kecil dan membalas lambaian itu. L hanya memandang dan berdehem kecil.

Seolyeon memandang L. "Kenapa?" Tanya Seolyeon. "Tak ada apa, aku dahaga." Balas L. Seolyeon membuka beg kecilnya dan mencapai sebotol air mineral. "Nah."

L mencapai sahaja dan meneguk sikit. Mereka menyanyi dan menari dalam pusingan membuatkan peminat teruja melihatnya. Kali kedua, member bernama Andy memandang Seolyeon tepat pada matanya.

L menjeling Seolyeon sikit. Ada senyuman di bibirnya. 'Kenapa tersengih macam tu? Gedik betul budak ni.' Desisi hati L. Kemudian member seterusnya yang digelar Hyesung turut sama buat benda yang sama.

Name Of Love [Malay] [C]Where stories live. Discover now