#25 Perhatian

53 9 5
                                    

Seulgi mula rasa L tak beri perhatian padanya. Terasa L dah mula berubah sejak dua bulan lepas. Dia semakin tak puas hati. Kenapa pula L nak bagi alasan yang sama je setiap hari?

Mesej pun balas lambat, call selalu reject ataupun bagi alasan itu ini. Dia mula rasa ada sesuatu tak kena. Tapi dia tak nak syak banyak banyak takut L ugut dia macam biasa nak tinggalkan dia.

Beberapa minggu ni dia tak dpt mencuri perhatian L melalui panggilan atau mesej lagi. L seakan akan akan sedang mengabaikannya. Ya, mengabaikan dia

Seperti dia tak bermakna lagi, bukan macam dulu.

-

Sejak balik ke rumah, banyak panggilan yang L abaikan terutama dari Seulgi. Yang lain tu dia call balik kecuali panggilan dari Seulgi.

Seakan akan dah lupa apa yang dia selalu buat setiap hari iaitu call dan mesej gadis itu walaupun dia sibuk. Bukan sehari dua, dah seminggu lebih. Macam sengaja.

Seolyeon takut kalau Seulgi akan simpan dendam padanya. Tapi L takkan dengar kata katanya. Dia tak tahu sejak bila L berubah secara drastik macam ni. Tapi dia serba salah kalau dia menjadi penghalang persahabatan mereka

"L, berapa lama awak nak abaikan panggilan dia? Dia ada buat awak marah pasal sesuatu ke?" Tanya Seolyeon. "Tak ada apalah. Jangan sibuk lah." Balas L. "Awak dah makin peliklah. Awak sakit ke?"

L menggeleng. Sebelum Seolyeon sempat membuka mulut, L lebih pantas mencekup pipi putih gebu gadis itu untuk menghalangnya bercakap. "Kau tanya pasal Seulgi lagi, kau bersedia nak kena campak dalam kolam ikan sana."

Seolyeon terpinga pinga. "Awak ni. Memang pelik." Dia brlalu ke dapur. L sekadar memerhati. Sejujurnya tuan punya badan pun tak tahu kenapa dia jadi macam ni. Sendiri pelik dengan diri sendiri

Tapi semuanya cuba diabaikan dan diketepikan. Dia sendiri pelik dengan diri sendiri. Macam bukan dirinya. Kenapa dia berubah macam ni?

Takkan dah jatuh cinta dengan budak kecik tu?

Jatuh cinta?

Tak mungkin

Kan ni tanggungjawab je?

-

Seulgi cuba call L sekali lagi tapi gagal. Seakan akan perhatian L padanya dah hilang. Seulgi mencampak telefon ke tepi. Dia duduk di atas katil dan merengus marah.

Geram, benci

"Ni mesti perempuan tu dah hasut L. Perempuan tak tahu malu! Huh!" Tuduh Seulgi. Dia menjerit marah. L  dah selalu sangat mengelak berjumpa dengannya dan sentiasa reject call darinya

Mesej pun balas lambat dan pendek. Takkan lah kalau ada lawatan kerja sampai tak balik rumah dah sebulan dua? Seulgi mengetap bibir, marah. Hatinya mebentak.

Dia berkeras mengatakan Seolyeon telah menghasut L. Dia yakin tentang tu. Perhatian L padanya hilang sebab perempuan tu. Seulgi menggigit bibir menahan marah dalam dada

Dendam membangkit dan rasa benci semakin membuak

Kau tunggu, Seolyeon. Kau takkan bahagia! Apa lagi dengan L! Never!

-

L berhenti melihat Seolyeon sedang memotong buah di dapur. Dia sekadar memerhati gerak geri gadis itu. Matanya tak bergerak memandang Seolyeon seorang.

Hati dah berubah? Perasaan? Entahlah.

Entah kenapa dia yang sehari tak boleh tak jumpa Seulgi bertukar menjadi sehari tak boleh tak nampak muka Seolyeon. Rasa pelik kadang kadang tu. Kenapa semua ni berlaku padanya?

Name Of Love [Malay] [C]Where stories live. Discover now