#22 Realiti

74 9 13
                                    

"Keguguran."

Seolyeon trdiam. "Awak cakap apa ni... Bila masa saya mengandung?" Balas Seolyeon. "Dah lah... Esok je ok? Dah, kau tidur." L memegang kedua dua pipi Seolyeon. Seolyeon memegang lengan L.

"Awak...." Seolyeon memandang L. L memegang lembut bahu Seolyeon. Seolyeon mengharap dia bermimpi je sekarang ni. Seolyeon memegang lengan baju L, mahukan jawapan.

Ya, cuma mimpi buruk. L tiada pilihan.

"Badan kau terlalu lemah sebab kau demam panas. Mungkin kau tak perasan yang kau dah lebih sebulan tak period. Tapi doktor kata untuk badan macam kau, its normal kalau keguguran baby pada minggu minggu pertama." Balas L

L cuba mencarinayat yang lebih baik tapi otaknya gagal berfungsi. Air mata Seolyeon jatuh. Badannya terus lemah.

Seolyeon terbaring, L menyambut belakangnya sebelum kepalanya terhantuk ke kepala katil. "Tapi ni bukan salah kau. Bukan rezeki kau nak pregnant lagi." Balas L. Butir mutiara halus jatuh ke pipi Seolyeon perlahan.

"Seolyeon, dah la... Aku minta maaf ok?" L membaringkan kepala Seolyeon ke bantal. Selimut ditarik ke paras dada. "Awak... tapi saya..." "Shhh... dah lah..." L menenangkan Seolyeon perlahan.

"Awak..." Air mata jatuh perlahan dan semakin lebat. "Dah la tu. Omma dengan appa dengar nanti." Ujar L. "Omma dengan.... appa?" Tanya Seolyeon

"Aku bagitau pasal ni. Diorang nak bermalam beberapa hari dekat bilik sebelah nak jaga kau." Balas L. Seolyeon serba salah. "Kau ni budak kecik ke nak menangis setiap masa? Hah?" L mengesat air mata Seolyeon.

Seolyeon memeluk L erat. Terasa memerlukan seseorang di sisi tatkala ini. L hanya diam membiarkan. Rambut panjang Seolyeon diusap perlahan. Suasana bilik senyap dan gelap. Pintu dikuak dari luar.

Pelukan terlerai. L mengesat air mata Seolyeon dengan ibu jarinya. "Masuklah." L bangun dari baring. Seolyeon hanya diam, kaku tak bergerak.

"Kamu jamah lah sikit, jangan biar perut tu kosong." Tegur puan Kim. Sedulang sup bersama nasi dan sayur diletak bersama air suam. Seolyeon menunduk, rasa serba salah pada ibu mentuanya.

"Tak apalah, sayang. Adalah sesuatu yang lebih baik akan datang nanti. Kamu rehat banyak banyak, jangan buat kerja masa ni. Doktor kata kamu penat dan stress sangat." Balas puan Kim.

Seolyeon tak membalas, sekadar mengangguk kecil. "Dah malam ni, lepas jamah sikit kamu tidurlah." Seolyeon hanya akur. Mereka tinggal berdua lagi selepas wanita itu berlalu keluar.

"Nah kau makan sikit, jangan biar perut kau tu kosong." Tegas L. Seolyeon tiada pilihan selain menjamah sedikit makanan yang tersedia. L sekadar memerhati hingga gadis itu berhenti, dulang dihantar ke depan dan dia kembali semula ke bilik

"Omma suruh kau tidur, rehat dulu. Doktor cakap kena prevent kau dari aktiviti jugak seminggu dua atau lebih ni sebab keadaan kau dah teruk masa masuk ICU tu." Ujar L. Seolyeon membaringkan kepalanya ke bantal.

L membiarkan Seolyeon lena dalam pelukannya. Biarlah gadis itu mengambil masanya sendiri. Apa pun, dia tetap kena hadapi realiti walaupun menyakitkan.

-

L masuk ke bilik dan ternampak Seolyeon menangis sendirian tanpa henti di atas katil. L menutup pintu dan mendekati Seolyeon. Dia tahu, hati gadis itu hancur lumat dan kecewa serta rasa serba salah menyelubungi

"Seolyeon." L memegang bahu Seolyeon yang terduduk di atas katil. Tapi tiada reaksi, Seolyeon hanya menangis teresak esak tak henti. "Seolyeon, dah la... please?" L memegang kedua dua bahu Seolyeon erat.

  "Seolyeon, jangan macam ni." Tapi gadis itu tak bergerak seakan tak sedar L masuk ke dalam bilik dari tadi. Seolyeon hanya menangis dan menangis.

L duduk lebih rapat. Wajah gadis itu ditekup erat atas bantal. L membiarkan Seolyeon menangis terbaring di atas pehanya. Dia langsung tak sedar bahawa dia dah baring atas peha L.

L mengusap rambut Seolyeon lembut. Gadis itu masih menekup wajahnya dengan bantal dan menangis teresak esak seakan akan takkan berakhir air matanya. L memegang bahu Seolyeon lembut

Apa nak buat sekarang? Takkan nak biar ia macam ni je?

-

Seolyeon termenung sendirian lepas terjaga. Matanya sedikit bengkak kerana menangis malam tadi. Apa pula dia perlu buat sekarang?

Dia memerhati seluruh kawasan bilik. Kosong, gelap. Mungkin L berada di luar. Selimut ditarik menutup separuh wajahnya. Air mata tak mampu nak keluar lagi, takut hatinya terluka lebih lagi.

Rasa bersalah menggunung di dalam hatinya. Bersalah sebab tak notice sejak dia mula pengsan dan muntah dulu. Sepatutnya dia pergi je klinik masa diajak, tapi dah terlambat nak kesal

Realiti tetap realiti

Kepala yang terasa berat dibiarkan rehat atas bantal yang lembut itu. Hawa dingin menyapa wajahnya. Dia memeluk selimut yang terletak di dada. Sweater lengan panjang warna hitam itu tersemat kemas di badannya.

Entah bila dia tukar pun tak tahu lah. Tapi tertanya tanya juga, omma ke? Setahunya tadi dia pakai dress warna putih paras lutut dan seluar pendek warna hitam di dalam. Ok sekarang siapa tukarkan baju ni?

Pintu bilik ditolak dari luar. L. Kelihatan kedua dua mertuanya sedang makan di meja makan sebelum L menutup pintu itu kembali. Seolyeon bangun perlahan. L meletakan dulang di meja kecil

"Emm pasal baju ni..." "Kau nak tanya siapa tukarkan?"

Hah, dia ni memang ada kuasa baca fikiran orang ke?, desis hati Seolyeon. "Riak muka kau aku dah tahu la." Balas L. Seolyeon tak menjawab.

"Aku la yang tukarkan."

Segera pipinya bertukar merah. Takkanlah dia... "Apahal muka kau macam tu? Salah ke aku tukarkan?" Tanya L tanpa serba salah. "Kejutlah untuk tukarkan." Balas Seolyeon

"Dah aku kejut kau tak bangun, kau tu yang lena sangat tidur." Balas L. "Tak pun letak je la baju dekat situ, nanti saya tukarlah." Balas Seolyeon. "Kau nak turun katil pun aku takkan bagi lah."

Seolyeon hanya menjamah perlahan nasi dan sup di depan matanya. "Kenapa? Takkan aku nak minta izin kau pulak?" Balas L. "Yelah." Jawab Seolyeon, perlahan tapi boleh didengari L.

Muncul di fikirannya yang selalu overthinking tu, kalau lah Seulgi jadi seperti dia kan...

"Hah kau fikir apa tu?" L mengetuk sudu Seolyeon yang tak bergerak dari tadi. Seolyeon tersentak, nasib baik tak menjerit je. "Apa kau fikir tadi, baik kau cakap." L tak nak mengalah. Mesti dia panggil namanya banyak kali tadi.

Seolyeon menggeleng. "Kau fikir kalau aku ada perempuan lain? Atau kau fikir kalau Seulgi dekat tempat kau?" Tanya L. "Awak ni boleh baca fikiran orang ke?" Seolyeon takut takut pandang L.

"Otak kau tu, jangan fikir jauh sangat." L menyelak rambut Seolyeon. Seolyeon menunduk. "Yang dah jadi tu jadi la. Dah tak boleh nak buat apa." L memegang wajah Seolyeon, memujuk.

"Pandang aku."

Seolyeon tak boleh abaikan pandangan L padanya. L memaksa Seolyeon memandangnya. "Dah kau rehat dulu. Kau tu lemah lagi. Ok?" Tuturnya lembut.

Seolyeon akur sahaja. Badannya dijatuhkan ke katil semula setelah tekaknya tak mampu terima makanan lagi.

Lampu ditutup mengaburi pandangannya.

Realiti

Dia kena berdepan dengan nya juga. Tak kira apa pun.

Name Of Love [Malay] [C]Where stories live. Discover now