#54 Catherine Yoo

34 6 6
                                    

Catherine Yoo

Nama baru untuknya. Dia nak melupakan dirinya sebagai Kang Seulgi. Segala butiran butiran palsu telah siap dia lakukan dari syarikat penipu.

Wajah baru, gaya baru, nama baru, identiti baru. Sebelum ini rambutnya berwarna perang gelap dan sedikit kerinting di bawah tapi sekarang rambutnya dipotong pendek paras leher dan berwarna blonde.

Dia menjalani full face surgery. Jika sebelum ni matanya agak sepet di hujung, sekarang ia menjadi bulat. Hidungnya yang sedikit panjang dipendekkan sedikit. Bibirnya dimungilkan.

Tulang pipinya dibetulkan sedikit, bahagian dahinya turut sama dibetulkan. Segalanya berubah termasuk bahagian badannya. Dia menjadi semakin kurus dan seksi melalui pembedahan.

"Memandangkan awak ada pembedahan seluruh badan, ia akan ambil masa yang lama. Bersabar lah sikit ya?"

Seulgi mengangguk. Wajahnya berbalut. Bahagian dada dan pehanya turut berbalut. "Ini kad pengenalan dan beberapa barang awak. Lepas wajah awak dah diluluskan untuk buat apa apa, kami akan lepaskan awak."

"Baik, terima kasih."

-

Seulgi membaca majalah tentang penjagaan diri selepas pembedahan plastik. Walaupun wajah berbalut tapi dia masih boleh membacanya. Dia makan makanan hospital yang boleh disedut, hanya cecair.

Seulgi menutup majalah itu. Dia mengambil butiran baru dirinya. Gambar akan diletakkan lepas wajah barunya selesai.

Name : Catherine Yoo
Birth Date : 16 September 1994
Birth Place: Nova Scotia, Canada
End of Study: University of Waterloo, Toronto, Canada
Course: Software Engineering

Mujurlah dia memang pandai bidang komputer cuma tak berapa bagus. Biodata palsu ni perlu disimpan dengan rapi dan sentiasa ditunjuk agar semua percaya kewujudannya sebagai Catherine

Dia tak nak ada satu pun yang sama. Salinan asal masih ada dengannya. Dia memandang salinan asal di tangannya

Name : Kang Seulgi
Birth Date : 10 Febuary 1994
Birth Place : Ansan Gyeonggi Do, Seoul Korea
End of Study : Seoul Performing Art School
Course : Theathre And Performance

"Kang Seulgi, sekarang kau adalah Catherine Yoo. Lupakan siapa Seulgi. Seulgi dah tak wujud dalam dunia ni lagi." Seulgi memandang biodata itu. Tidak, Catherine.

Catherine tak sampai hati untuk memusnahkan biodata ini. Ibu bapanya tidak tahu bahawa dia buat semua ni. Yang mereka percaya bahawa dia dah menghilangkan diri.

Catherine melipat kertas itu dan masukkan kertas bukti itu di dalam sebuah kotak dan kunci lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Dia tak boleh biar ia di dalam rumah.

Sekurang kurangnya Wendy, Irene, Joy dan Yeri tak boleh tahu terutama L dan rakan rakannya. Dia juga terpaksa jauhkan diri dari keluarganya. Benda ni kena ada dalam simpanannya

Dan L tak boleh tahu tentang ni.

-

L mendukung Hyunsoo. Genap 2 minggu budak kecil ni. Dia mendukung Hyunsoo berhati hati. Masa berlalu sekejap perlahan dan sekejap laju. Si kecil itu kelihatan ceria setiap masa

Seolyeon pula masih cuba membiasakan diri ada seorang budak kecil dalam hidupnya. "L! Sorry omma! Sorry! L! This is incredible! OMG! Kau kena dengar ni!" Woohyun tercungap cungap

"Hyung! Relax lah! Kejap kejap! Cuba sabar!"

Hyunsoo diserah pada ayahnya. Seolyeon turut keliru melihat Woohyun. "Duduk dulu, Woohyun. Sabar. Ambil nafas dulu." Ucap puan Kim. Woohyun duduk, rasa nak tercabut kakinya

"Fail apa tu?" Tanya L. "Ni! Pemalsuan data Seulgi!" Woohyun meletakkan fail itu di atas meja. "Pemalsuan data maksudnya?" "Jap..." Woohyun meneguk air yang dihidangkan

"Maksud kamu, Seulgi buat identiti lain?"

"Ya! Betul tu appa! Seulgi buat identiti lain dan pembedahan plastik. Tengok ni! Pihak kami memang teliti dan kami telah meminta data ni dari doktor. Mungkin sekarang dia tengah jalani satu lagi pembedahan plastik."

"Ini semua salinan nya."

"Catherine Yoo? Nama siapa dia ambil ni?" Tanya L.

  "Ada seorang wanita bernama Catherine diragut oleh seseorang dan dia buat laporan polis. Tapi namanya adalah Catherine Aduster. Jadi tiada bukti. Tapi ada kemungkinan dia tukar nama itu dan hapuskan kad pengenalan dan segala milik dia"

"Dia buat kad pengenalan secara haram tetapi kalau siasat pun tiada bukti melainkan agensi tu sendiri tunjukkan bukti bahawa dia yang buat kad pengenalan palsu tu."

"Sekarang kita cuma kena cari agensi yang buatkan kad palsu tu dan dapatkan pengesahan dari dia. Kalau tak dia akan balas yang kita bercakap tanpa bukti kukuh." Ujar Woohyun.

"Nasib baik kita dapat tahu awal. Atau tak habis lah ditipu. Hyung kena hati hati. Mula mula hyung kena buat buat macam tak tahu. Tapi jangan tertipu."

Rancangan mereka disusun rapi. Tak kira apa pun, Seulgi kena terima hukuman. Sekurang kurangnya sekali

-

"My name is Catherine Yoo. I am born at Nova Scotia, Canada in 16 September 1994. My parents passed away in an accident and i am the only child in the family. I was raised by my aunt but I live alone after she passed away at 2008 when I was 14."

"I end my study at University of Waterloo, Toronto, Canada. And the course I take is Software Engineering. I studied there from 2012 until 2015. I can work with computer well and I can fix computers that broken."

"I hope that was enough for you to take me for this job. Thank you."

"Bahasa inggeris yang bagus, saya suka dengan kemahiran dan latar belakang cik Catherine. Tapi ada sebab ke cik tolak tawaran menjadi model sebelum ni?"

"Mulanya saya terima tawaran tu tapi sebelum tandatangan, saya sedar yang saya tak meminati bidang permodelan dan fesyen sangat. Jadi saya kesan yang saya ada kemahiran dalam bidang komputer."

Sesi temu ramah berjalan lancar dan Catherine diterima menjadi pekerja bidang pembaikian komputer. Dia diberi sebuah pejabat yang sederhana besar dan tenang. Cukup untuk seorang pakar komputer.

Catherine duduk di pejabat yang disediakan untuknya. Dia dah sampai ke sini

"Seulgi, bukan. Catherine. Kau dah berjaya hingga ke tahap ni. Berlakon tiada apa apa berlaku dan kau kena cari L. Kau kena rampas dia semula. Catherine, dia milik kau. L milik kau bukan perempuan tu."

Catherine membetulkan rambutnya. Ada beberapa komputer yang perlu dibetulkan dan cip komputer yang perlu diproses sebelum dimasukkan ke dalam komputer baru.

Ini bukan hidup yang baru tapi permulaan dendam yang baru

-

"Saya nak buka akaun di bawah nama Catherine Yoo. Ini duitnya, semuanya ada 700 ribu won."

"Baiklah puan. Sila tunggu sebentar, kami akan proses dan berikan buku bank untuk puan." Balas pembantu kaunter itu. Catherine duduk menunggu di kerusi dengam sabar.

Dia tka nak jumpa L sekarang, dia perlukan masa untuk fikir stratergi. Dia menunggu namanya dipanggil oleh pekerja. Dan dia harap tiada sesiapa akan mengenalinya atau syak apa apa.

"Cik Catherine Yoo?" 

Akhirnya, hidup yang baru dah benar benar bermula semula. Kang Seulgi telah dilahirkan semula sebagai Catherine Yoo. 

Duh adakah saya semakin hambar?  *face palm*

Name Of Love [Malay] [C]Where stories live. Discover now