Bab 6 : Keluarga Naura

14.2K 333 2
                                    

"Hujung minggu ni Naura sibuk tak?"

Tanya Puan Hanim. Tangannya ligat menggubah bunga yang baru siap dicuci siang tadi.

"Naura tak ada plan apa-apa hujung minggu ni. Jadi tak sibuk. I'm freeee" jawab Naura dengan girang.

"Mama nak Naura hantarkan ke rumah kawan mama, adik kamu si Naufal tu tak boleh nak hantar mama. Ada kerja katanya."

"Okay mama. Naura nak masuk tidur dulu. Esok mama tolong gerakkan Naura ya. Takut terlajak. Naura cuti umum ni."

"Yelah, pergilah tidur sana tu."

Faham benar dengan anak sulungnya  itu. Kalau datang bulan, biasanya akan terlajak tidur sehingga ke jam enam setengah pagi. Pernah juga Naura bangun jam tujuh pagi danw akhirnya tak sempat nak bersarapan di rumah.

Naura mempunyai empat orang adik beradik.Dua lelaki dan dua perempuan. Naura Insyirah, Naufal Ahmad, Nazrin Hakimi dan Nuril Ayuni.

Hanya Naura dan Naufal saja yang sudah bekerja manakala Nazrin kini sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya untuk semester tiga, dan Nuril pula baru tingkatan empat.

Puan Hanim hanya bekerja sebagai kerani sekolah. Dia merupakan ibu tunggal setelah bercerai dengan Encik Amirullah Husni semasa Naura berusia enam belas tahun.

Encik Amirullah pula telah berkahwin lain semasa Naura di tingkatan enam. Naura memang jarang sekali bersua dengan papa yang tinggal di Sabah. Faktor jarak dan wang adalah salah satu faktor yang menyebabkan mereka jarang bertemu.

Selepas penceraian, Naura dan adik-adiknya berhijrah ke Selangor iaitu negeri kelahiran mama mereka. Mereka menetap di Shah Alam. Setahun adalah sekali dua Naura dan adik-adiknya akan bertemu dengan papanya.

Naura bersyukur yang papanya tidak tergolong dalam golongan lelaki yang mengabaikan tanggungjawab setelah bercerai.Papanya masih lagi memberikan wang dan melawat mereka setahun sekali paling kurang. Naura dan adik-adiknya memahami papanya yang turut mengalami masalah kewangan dan tanggungan lain selain mereka.

Naura merenung syiling dengan pandangan kosong. Tangan dan kakinya memeluk bantal peluk dalam posisi badannya yang mengiring. Tiba-tiba persoalan yang di tanya oleh Nazim kembali berlegar di mindanya.

"Naura tak nak kurus ke?"

Naura melepaskan keluhan berat. Sebenarnya semangat Naura untuk mengurangkan badan tidaklah sekuat semangatnya mencari kerja dan menyimpan wang. Naura sering kali tewas dengan perasaan.

Ya, perasaan. Malu apabila ada yang memandang sinis apabila dia memulakan langkah untuk bersenam. Pernah juga Naura diperli oleh orang yang tak dikenali sewaktu berjogging di taman. Terasa Self Esteem nya rendah. Serendah dirinya yang berketinggian 148 cm saja.

Nasib baik di sepanjang pengajiannya, rakan sekuliahnya tidak ada yang menghinanya disebabkan tubuhnya yang renek dan gemuk itu. Malahan mereka banyak membantunya. Rakan-rakan baik masa universiti juga amat memahami Naura dan sentiasa menyokong Naura.

Naura memejamkan matanya. Tiba-tiba telefonnya bergetar.

Eh, aku tak tutup data rupanya.

Dibuka WhatsApp untuk melihat takut-takut ada mesej dari pelanggan yang masih belum dibalas. Naura berjinak-jinak dengan business online sebagai dropship agent semenjak tahun ketiga di universiti. Sehari adalah dalam dua atau tiga orang pelanggan yang membeli produk daripadanya. Pernah juga seminggu berturut-turut tiada sale yang dibuat Naura.

Naura tersenyum melihat satu mesej daripada En. Nazim.

"Good night Naura. Sleep tight."

Hampir setiap malam sejak pertemuan mereka tempoh hari Nazim akan menghantar mesej selamat malam. Naura membalas ringkas mesej itu.

"You too En. Nazim. Assallamualaikum. "

Mesej-mesej mereka hanya sekadar berbasa basi begitu. Naura hanya tersenyum merenung mesej daripada Nazim. Tidak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaannya. Suka. Walaupun hanya mesej ringkas, namun Naura terasa sesuatu yang istimewa.

"Ah, kau jangan nak perasanlah Naura. En.Nazim tu biasa ja, anggap kau kenalan biasa ja. Dia sunyi sebab tu cari kau. Sedar diri sikit. Orang handsome pasangannya orang cantik. Lagi pun mesti dia dah ada someone special. Kan umur dia dah 35 tahun."

Naura bermonolog lantas terlelap, malas mahu melayan perasaan. Tak pasal-pasal hatinya yang sakit nanti.

NAURATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon