Bab 13 : Wedding

21.5K 342 3
                                    


Di KLIA 2, terlihat sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan keluar daripada balai ketibaan dan menuju ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) bersama sebuah bagasi besar.

Naura menghampiri pasangan tersebut dan menyapa mereka.

"Assallamualaikum papa. Lama tunggu."

Papa dan ibu tiri Naura yang sedang sibuk melayan Afiq memandang ke arah Naura.
Papa Naura yang sudah lama tidak bertemu muka dengan Naura sangat terkejut dengan perubahan Naura.

"Waalaikumsalam. Naura ke ni?"

"Ye lah papa, aik, tak kan papa tak kenal anak papa." jawab Naura sambil menyalami tangan papa dan ibu tirinya.

"Alhamdullillah. Anak papa dah kuruslah. Macam tak percaya pulak."

Pipi Afiq dicubit lembut oleh Naura. Afiq Wildan yang baru berusia tiga tahun itu ralit dengan mainannya.

Sambil menunggu papa dan keluarganya, Naura sempat membalas beberapa mesej daripada kawan-kawan dan juga pelanggannya menerusi WhatsApp.

Usai makan dan berbual dengan keluarga papanya. Naura menghantar papa dan ibu tirinya ke De Palma Inn Hotel. Naura telah menempah bilik untuk lima hari bagi papanya.

Sebulan sebelum majlis perkahwinannya, Naura telah menghantar jemputan kahwin melalui WhatsApp group kelasnya semasa di universiti.

Naura :

Assallamualaikum.

Kepada semua rakan/kenalan yang berkelapangan pada tarikh dan hari yang dinyatakan di dalam kad, saya Naura Insyirah binti Amirullah Husni dan keluarga dengan besar hati menjemput kalian menghadiri majlis kesyukuran sempena majlis perkahwinan saya.
Jemput datang ya semua.

Details rujuk pada kad ya. 😊

Anies :
Seriously weyh? Angin tak ada, ribut tak ada kau dah kahwin?

Siti Hajar :
Tahniah. Tak sangka wey. InsyaAllah aku datang.

Sofia :
Tahniah Nau, akhirnya sampai juga masa kau

Atha :
Wah, cik chubby nak kahwinlah. Siapalah lelaki tu.

Ammar :
Tahniah Naura, semoga kekal hingga jannah.

Faez :
Welcome to da club Naura. Kelab orang dah kahwin!

Nora :
Tahniah Naura, semoga dilancarkan segala urusan perkahwinan kau. Tak sabar nak pergi majlis kau.

Dan bermacam-macam reaksi yang diterima Naura. Selain daripada mesej di dalam group WhatsApp, Naura juga menerima ucapan tahniah yang dihantar secara peribadi kepadanya.

Rakan-rakan yang menghadirkan diri sebelum majlis pernikahan turut terkejut dengan perubahan Naura dan bermacam reaksi yang diterima menerbitkan rasa bahagia di hati Naura.

Hari yang dinanti telah tiba. Hanya tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya hati Naura. Semalaman Naura tidak dapat melelapkan mata.

Nazim terpaku melihat Naura sewaktu mereka tiba di perkarangan masjid. Naura yang dikenalinya dulu dan kini dilihat sangat berbeza. Perbezaan ketara dari segi saiz dan penampilan.

Naura berjaya menurunkan berat badannya. Berat terkini Naura adalah 49kg. Kali terakhir sesi 'fitting' baju dilakukan ialah dua minggu lepas. Baju nikah dan baju resepsi Naura telah diubahsuai sedikit disebabkan berat badannya yang berjaya dikurangkan. Naura hanya perlu mengurangkan lagi lima kilogram bagi mendapatkan bentuk badan yang diingininya.

" Aku terima nikahnya Naura Insyirah binti Amirullah Husni dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai."

Hanya dengan sekali lafaz, Naura Insyirah kini menjadi milik Nazimuddean. Usai upacara pernikahan, Nazim dan Naura meminta izin untuk mengerjakan sujud syukur bersama.

Usai upacara pernikahan, mereka bergerak ke De Palma Inn Hotel untuk upacara resepsi. Naura juga menyewa bilik di hotel yang sama untuk papa dan keluarga tirinya.Tepat jam dua petang, majlis resepsi dimulakan.

Naura kelihatan comel mengenakan gaun songket berwarna kuning manakala Nazim dilihat segak memakai sut tuksedo berwarna sama.

Mereka sempat bergerak dari meja ke meja dan mengucapkan terima kasih kepadaa tetamu yang hadir. Seramai 500 orang jemputan yang hadir terdiri daripada kenalan rapat, ahli keluarga dan rakan sekerja Nazim dan Naura.

Majlis selesai pada jam lima setengah petang. Usai majlis, setelah kepulangan semua tetamu, Nazim dan Naura beredar masuk ke honeymoon suite yang ditempah oleh bonda dan ahli keluarga Nazim serta Naura pulang ke rumah masing-masing.

" Terima kasih Naura sebab terima abang. Terima kasih sebab sanggup tolong jadi isteri abang."

Kata Nazim sambil tangannya mengusap kepala Naura yang masih bertelekung. Naura hanya senyum dan meletakkan kepalanya di atas peha Nazim.

" Terima kasih abang sebab pilih Naura jadi isteri abang. Walaupun mungkin hanya untuk sementara, Naura janji yang Naura akan cuba yang terbaik untuk abang."

Dalam hati Naura, dia berharap agar Nazim adalah jodohnya sepanjang hayat sehingga ke syurga.

Selepas makan malam, masing-masing terus melayan mimpi.

Tepat jam empat setengah pagi Naura terjaga. Terasa ada sesuatu di pinggangnya. Naura tersenyum apabila mendapati tangan Nazim yang sedang memeluk pinggangnya dari arah belakang.

Naura memalingkan tubuhnya ke arah Nazim. Direnung wajah insan yang bergelar suaminya yang sedang nyenyak tidur. Setelah beberapa ketika Naura mengalih tangan Nazim dan terus bangun untuk bersiap menunaikan solat sunat.

Nazim yang menyedari ketiadaan Naura di sebelahnya terjaga. Mata yang berat cuba untuk dibuka dan akhirnya dia ternampak satu figura yang cukup indah. Dilihat isterinya sedang mengerjakan solat.

Nazim mencapai telefon bimbit untuk melihat jam. Pukul enam pagi. Lagi beberapa minit akan masuk waktu subuh. Nazim tersenyum. Terasa betapa beruntung dirinya.

Nazim bingkas bangun dan menuju ke tandas. Sempat juga dia berbisik ke telinga Naura supaya menunggunya untuk solat subuh bersama.

Solat subuh pertama sebagai seorang imam dan juga sebagai seorang suami. Pelbagai perasaan menjelma di sanubarinya. Akan tersimpan kejap ingatan ini untuk selamanya.

Tepat jam sembilan pagi mereka mendaftar keluar daripada hotel. Nazim dan Naura menghantar papa dan keluarganya ke KLIA.

"Nazim, tolong jaga dan dilindungi Naura baik-baik ya."

Pesan Encik Amirullah Husni kepada menantunya.

Hampir setengah jam memandu, setelah dirasakan agak lama mendiamkan diri dan melayan lagu, Nazim bersuara.

"Naura, malam ni kita balik rumah bonda dulu ya. Malam esok kita tidur rumah mama, lepas tu baru kita balik rumah kita ya."

"Ikut abanglah. Naura okay ja. Rumah kita kat mana?"

"Rahsia." Jawab Nazim sambil tersenyum.

"Cuti Naura ada berapa hari lagi?" Soal Nazim

"Ada lagi lima hari. Hari tu Naura minta cuti dua minggu."

Keadaan kembali diam, hanya lagu di radiolah yang memecahkan suasana.

NAURAWhere stories live. Discover now