Bab 26 : Tamat

18.9K 346 32
                                    

10 Tahun kemudian...

"Umi, tabung abang dengan adik dah cukup nak pergi Australia."

Ujar Aqil sambil menggulung dan mengikat duit kertas lalu dimasukkan ke dalam balang jernih yang dijadikan tabung.Begitu juga Maisarah.

Sejak Aqil berumur tujuh tahun, Naura dan Nazim telah memberikan wang saku secara mingguan kepada  Aqil. Mereka telah mendidik dan mengajar Aqil menabung sejak Aqil berusia lima tahun. Kini Aqil sudah pun berusia sepuluh tahun dan Maisarah pula berumur tujuh tahun. Sejak awal tahun lepas, Aqil dan Maisarah telah mewujudkan tabung khas untuk ke Australia selepas mendengar cerita keseronokkan sepupu mereka yang pernah pergi ke Australia.

=====

Flashback

Satu tahun enam bulan yang lalu....

"Abi, umi, jom lah kita pergi Australia."

Naura dan Nazim saling berpandangan, hairan dengan permintaan anak mereka.

"Adik pun nak pergi. Please abi, please umi."

"Kenapa nak pergi Australia?" Tanya Nazim inginkan kepastian.

"Tadikan Rayyan, Dania dengan Hanna cerita diorang pergi Australia, lepas tu diorang  pergi tengok kanggaro dengan beruang koala."

Naura tersenyum. Faham akan keinginan anak-anaknya.

"Bagi masa untuk abi dengan umi bincang dulu ya abang, adik."

Pinta Naura lembut. Aqil dan Maisarah menarik muncung. Masing-masing diam, hanya lagu di dalam kereta yang kedengaran. Akhirnya Aqil dan Maisarah tertidur.

"Sayang rasa macam mana?" Tanya Nazim.

"Naura ikut je abang. Tapi rasanya kena kita tetapkan beberapa syarat untuk budak-budak ni." Jawab Naura.

"Hmmm.. syarat apa yang kita nak letak?" Nazim menggaru kepalanya yang tidak gatal.

=====

Selesai makan malam, Nazim dan Naura mengajak anak mereka untuk berbincang.

"Abi dan umi setuju nak bawa abang dengan adik pergi Australia."

"Yeay.. Terima kasih abi, umi."  Serentak mereka bersorak dan bertepuk tangan.

"Ehem.. Abi tak habis cakap lagi. " Naura mencelah. Keadaan menjadi sunyi sekali lagi namun jelas terpancar keterujaan di wajah Aqil dan Maisarah.

"Abi dan umi ada beberapa syarat untuk abang dengan adik. Nak tahu tak?"

Kedua-dua anaknya menganggukkan kepala.

" Abi bagi masa untuk abang dengan adik kumpul duit. Tak lama lagi sekolah dah nak mula kan? Umi, bagi tahu pasal syarat-syarat tu umi."

Meski pun agak keliru, Aqil dan Maisarah tetap menumpukan perhatian. Naura tersenyum kepada anak-anaknya sambil menghulurkan dua keping kertas kepada dua anaknya.

~ Syarat-syarat untuk pergi ke Australia ~

1) Kumpulkan duit tabungan sendiri.
2) Untuk tahun depan, tak boleh pilih trip dan mesti setuju dengan keputusan Abi dan Umi
3) Kena sabar

" Umi tahu anak umi rasa berat, tapi umi akan ajar kamu berdua untuk kumpul duit. Kita target bulan enam selepas tahun depan. Jadi abang dengan adik kena berjimat dari sekarang. Pergi Australia ni , mahal tau kosnya. Sanggup tak abang? Adik sanggup? "

NAURAWhere stories live. Discover now