Bab 23 : Bangkit

10.8K 185 4
                                    

Nazim gigih menjalani fisioterapi dan sentiasa mematuhi jadual temujanji dengan doktor bagi membantu proses penyembuhannya agar lebih cepat. Dalam pada itu, Nazim juga mengamalkan pengambilan supplement serta diet yang seimbang. Dia perlu kuat demi Naura dan anak mereka yang bakal lahir. Dia perlu cepat sembuh.

Naura pula bertekad menjaga kandungannya sebaik mungkin dan sentiasa menyokong suaminya. Taufiq Nizamuddean tetap dalam hatinya, namun hidup perlu diteruskan. Dia telah berjanji dengan anaknya untuk menjaga dirinya.Walaupun sedang sarat mengandung dan sibuk menjaga Nazim serta menguruskan hal ehwal rumahtangga, Naura tetap nekad menyambung pelajarannya.

Setelah enam bulan berlalu, Nazim pulih sepenuhnya.

"Naura, meh sini sekejap." Panggil Nazim yang sedang duduk di mejanya.

" Ya, ada apa ya abang?"

Nazim menatap lembut wajah isterinya lalu tersenyum.

"I have something to tell and discuss with you Naura Insyirah."

"Orite, then what?"

Nazim menghulurkan sebuah fail kepada Naura. Naura membelek isi fail itu dan meneliti penuh tanda tanya.

"Urmmm, banyaknya. Kenapa abang bagi Naura tengok semua rekod harta abang ni?"

"Abang nak ajar Naura kendalikan harta abang bila abang tak ada nanti."

Baru Naura ingin membuka mulut, Nazim meletakkan jarinya di bibir Naura.

"Shhh.. Naura Insyirah, please. Jangan fikir bukan-bukan ya. No feeling and keep rational.I'll explain to you all about this and teach you how to manage this. Understand?"

Naura mengangguk.

"Yes, sir !" 

"Dalam ni mengandungi hampir 90% maklumat mengenai hartanah dan bon yang abang ada. Macam yang Naura sedia maklum, sekarang ni bisnes sublet abang diuruskan sepenuhnya oleh Azizan, my share partner. Yang sayang tengok ni cuma listing properties yang abang jv dengan Azizan. Abang juga dah standby kan back up persaraan hari tua kita dengan dua belas rumah yang abang sewakan. Margin keuntungan bersih setiap rumah bagi setiap bulan kebiasaannya sekitar RM200- RM500  bergantung pada kawasan di mana terletaknya unit sewaan. Abang tahu Naura pun dah pandai mana nak uruskan cukai, zakat dan perkara yang berkaitan sebab Naura pun ada unit hartanah Naura kan?"

Naura menganggukkan kepala. Dia membiarkan Nazim menyambung kata-katanya.

"Okay, Good! So now apa yang penting abang nak bagi Naura tahu dan ambil perhatian mengenai dua unit rumah yang abang beli which is  satu di Korea dan satu di London. Dua unit ni special sebab abang cuma sewakan pada pelajar Malaysia yang duduk di sana. "

"Sayang kena belajar lebih sikit pasal currency, time, and perkara basic dulu. Then slowly, time by time, abang akan ajar Naura pasal hartanah di sana." 

Naura terasa kepalanya berat. Menguruskan unit sewaan dan homestaynya pun masih lintang pukang, inikan pula nak menguruskan harta Nazim. Nazim tersenyum memandang mulut muncung dan dahi isterinya yang berkerut seribu itu. Lantas dihamburkan ketawa.

"Hahahhhaaha... Naura ni,  tak payah la sampai macam tu sekali fikir. Abang hidup lagilah. Slow-slow sampai biasa ya sayang. Sekali sayang dah faham, bukan setakat harta abang dengan Naura je yang sayang pandai urus, harta raja pasir berdengung pun tak jadi masalah."

Naura turut ketawa mendengar ketawa Nazim. Selepas itu Nazim mula serius kembali dengan menerangkan satu-persatu mengenai apa yang terdapat di dalam fail. Hampir empat jam mereka berbincang.

NAURAWhere stories live. Discover now