Bab 2

278 7 0
                                    

Tatkala Thaqiff membuka pintu keretanya, seorang lelaki yang lengkap memakai pakaian serba hitam dengan jaket kulit sama tona turut menyarungkan topi keledar ke kepalanya. Lalu, ngauman enjin bergema sama lantangnya dengan kereta BMW X5 yang Thaqiff pandu merentas lebuh raya.

Mereka dari arah yang berlainan namun menuju ke destinasi yang sama dan atas tujuan yang sama dan apabila mereka berdua bertemu...

"Apa seorang peguam syariah buat kat sini?" soal Tariz sinis.

"Aku juga tertanya-tanya, seorang pegawai polis yang sedang digantung tugas, buat apa kat sini? Kat balai polis," seraya kening Thaqiff turut sama terangkat. Tak sinis, tapi sarkastik.

"Nampaknya encik peguam ambil berat tentang aku, sampaikan soal kerja aku pun kau tahu."

"Apa pun kita tetap keluarga dan aku bukan jenis yang tak ambil peduli soal keluarga sendiri," balas Thaqiff bersahaja meskipun disambut dengan sengihan di hujung bibir oleh Tariz.

"Keluarga? Huh!" Tariz tertawa. Kemudian tawanya mati serta-merta seraya melangkah setapak.

"Not anymore Thaqiff Akhtar," tuturnya perlahan namun setiap ayat yang dituturkan kedengaran tebal dan jelas berbaur kebencian.

"Hentikan sifat keanak-anakan ni, apa pun kita boleh bincang."

Thaqiff masih ingin tunjuk cara diplomasinya tapi tidak bagi Tariz. Segala derianya diselubungi dengan aura kebencian dan dendam yang tidak terlunas. Sampaikan ingin bersemuka begini pun kesabarannya sudah mula terhakis apatah lagi ingin berdiplomasi!

"Diplomasi kau tu, boleh kembalikan nyawa kakak aku ke ha!" Semakin tinggi nada Tariz mencabar kesabaran Thaqiff.

"Cakaplah, kenapa diam? Tak kanlah peguam handal Thaqiff Akhtar terkedu depan pegawai polis biasa macam aku ni? Ke... konsep soalan tu yang buat kau takut untuk buka mulut! Takut rahsia pecah! Betulkan?" Dada Thaqiff ditolak kasar. Alang-alang dia sudah digantung dari tugas, apa salahnya kali ini dia kasi pecah wajah lelaki di hadapannya ini.

"Aku cuma takut pada yang satu. Allah s.w.t dan Allah jugaklah yang telah tetapkan takdir kau, aku dan juga Kak Raisha. Andai aku ada kuasa, bukan saja Kak Raisha malah, seluruh ahli keluarga aku yang telah meninggal pasti aku akan bangunkan semula. Tolonglah berfikir dengan waras bukan atas pengaruh baran kau tu!"

"Oh... peguam, memang pandai bercakap. Putar belit fakta dan segala pembohongan memang bidang kau kan?"

Panas gegendang telinga Thaqiff mendengarnya tapi apakan daya, memang itulah sosok Tariz Mursyid. Dari dulu sampai sekarang, cakap tak bertapis dan baran tak pernah nak hilang! Kalau ikutkan rasa hati, mungkin mereka berdua bakal menjadi orang pertama yang bergaduh di hadapan balai polis.

"Terpulanglah pada kau Inspektor Tariz Mursyid. Now, can you excuse me?" pinta Thaqiff. Kali ini dia pula yang menapak ke hadapan
sampaikan mata mereka berdua seakan-akan menghasilkan medan magnet yang saling bertolakan.

Tariz dengan pandangan yang penuh rasa amarah dan kebencian manakala Thaqiff dengan pandangan penuh harapan. Harapan agar kisah lama boleh ditutup dan dihentikan sampai di sini saja. Walaupun dia sedar kehilangan yang Tariz rasakan, bukan mudah untuk dia lepaskan begitu saja.

"Kau memang pengecut!"

"You better watch your mouth Tariz Murshid!"

"Why? Kau nak tumbuk aku? Tumbuklah kat sini!" Tariz memukul-mukul pipinya dan Thaqiff yang rasa tercabar pun mula mengepalkan buku limanya. Dia pun manusia juga, bukannya robot mahupun malaikat yang langsung tidak terpengaruh dengan provokasi Tariz yang makin menjadi-jadi itu.

"Apa tunggu lagi? Tumbuklah!"

"Kau..."

"Hoi, kau orang ingat ni jalan mak bapak kau orang ke ha!"

Automatik, Thaqiff dan Tariz memandang ke arah wanita yang baru keluar dari pintu balai polis.

"Tepilah!" tolak wanita berambut pendek ala-ala Victoria Beckham itu. Dahlah mereka berdua menghalang laluannya, lepas tu main tenung-tenung muka orang pulak!

"Apa tengok-tengok? Tak pernah nampak perempuan cantik?"

Terpempan Thaqiff. Tariz apa lagi, terkedu tak bersuara dia.

"Hey, tak dengar ke! Aku kata tepi, tepilah!" Kuat juga wanita itu cuba menolak dua tubuh sasa di hadapannya tapi sikit pun Thaqiff dan Tariz tidak berganjak sebaliknya mereka seperti tergamam memandangnya.

"Woi! Woi!" Menari-nari tangan wanita itu di hadapan Thaqiff dan Tariz bila mereka berdua masih juga khayal.

Pekak ke alien ni? Aku cakap bahasa Melayu kut, tak kan itu pun dia orang tak faham? Nak cakap orang hutan, seorang pakai kemeja Polo, seorang lagi pakai jaket Harley Davidson. Dua-duanya jenama mahal. Tak tahulah kalau mereka ni dari sarkas tapi sejak bila pula haiwan dalam sarkas ni pakai baju jenama terkenal?

"Kak Fay."

Dia menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil. Seorang lelaki yang berada di hadapan kereta sana melambaikan tangan kepadanya. Siap dengan gigi terpamer lagi tapi macam mana dia nak ke sana bila dua orang lelaki ini menghalang laluannya.
Dahlah tenung orang macam nak telan.

Aku kenal ke dengan dua orang ni? Ke klien aku dulu? Eh kalau klien aku, tak mungkin aku lupa. Fayruz geleng kepala beberapa kali kemudian buku limanya dinaikkan.

"Hoi dua orang lelaki tanpa nama!" Nyaring suara Fayruz keluar.

"Boleh saya lalu tak? Ke kau orang berdua nak saya buat laporan polis sebab menghalang jalan saya ha!" gertak Fayruz.

Thaqiff dan Tariz saling berpandangan seraya berundur ke belakang. Itu saja reaksi yang mereka berikan walhal dah nak tercabut anak tekak Fayruz dek menjerit saja dari tadi tapi mereka berdua ni, bukan main pasang wajah selenga saja. Hey... sakit pula hati. Kaki pun rasa berat nak melangkah. Mulut pun gatal sangat nak cakap sesuatu.

"Kamu berdua..." Fayruz berdiri betul-betul di tengah-tengah antara Thaqiff dan Tariz. Silih berganti wajah dua orang jejaka itu ditatapnya.

"Lain kali, kalau rasa nak borak panjang-panjang, masuk dalam lokap sana, senang! Kat situ nak borak sampai tahun depan pun boleh. Menyusahkan orang je!" marah Fayruz seraya pergi dari situ.

Padan Muka! Baru lega hatinya kini. Kali ini barulah ringan kakinya ingin melangkah.

Thaqiff dan Tariz terkebil-kebil. Sikit pun mereka berdua tidak bersuara. Hanya memerhatikan setiap langkah Fayruz yang semakin menjauh.

"Kak Fay, siapa tu?"
Ini satu lagi, dah buat salah pamer gigi pulak! Fayruz mengayun tangannya ke belakang kepala Furlan. Pantas, sehingga tak sempat Furlan mengelak.

"Aucchh! Sakitlah Kak Fay."

"Sakit? Habis tu hati aku ni tak sakit? Kau tahu tak aku kena menghadap muka polis kumis melentik tu kat dalam berapa jam?" Fayruz bercekak pinggang. Kalau bukan sepupu punya fasal, memang taklah dia nak bermalam kat lokap sejuk tu.

"Sorrylah Kak Fay."

"Sorry... senangnya kau cakap sorry," ngilu gigi geraham Fayruz. Rasa nak gigit saja telinga adik sepupunya ini. Dah berapa kali diberi peringatan tapi tak juga mereka dengar. Sekarang pandai pula nak cakap sorry.

"Kau tahu tak aku tak makan sejak pagi tadi sampai sekarang sebab siapa?"

Kali ini Furlan angguk. Suara dah tak mampu nak keluar. Mata pun dah tak mampu nak pandang Fayruz. Senang cakap mati kutu dia dibuatnya.

"Tahu ke tak tahu!"

"Tahu!" jawab Furlan separa terkejut.

"Sebab Fur..." suaranya kembali perlahan.

"Apa dia? Aku rasa telinga aku dah tersumbat dengan soalan entah apa-apa dari pak cik polis kumis melentik kat dalam tu. Boleh kau ulang lagi?"

"Alamak..." mulut Furlan berkumat-kamit. Kenapa aku seorang je yang kena marah ni? Tak adil betullah.

"Sempat lagi nak berkhayal!"

Sekali lagi Furlan terkejut dibuat Fayruz. Entah ke berapa kali air liurnya ditelan. Fayruz hari ni macam nak jamah dia mentah-mentah. Gerun!

"Sebab Fur! Ala... sorrylah Kak Fay. Kami tak niat pun nak curi kereta dia. Kami diperangkap! Tak kanlah Kak Fay tak percayakan kami kut."

Gedebuk!

Kali ini tangan Fayruz mengena di perut Furlan. Tertunduk dia menahan sakit. Macam kena tumbuk dengan ahli tinju walhal tumbuk-tumbuk sayang saja. Drama king betul! cebik Fayruz.

"Dah jangan nak lebih-lebih sangat. Aku sepak baru tahu!"

Dengar perkataan sepak, terus Furlan berdiri tegak. Sepak jangan main-main. Kalau tumbuk atau penampar tak sakit sangat tapi kalau sepak memang sakit! Fayruz Nur Khairani tu, ahli bola sepak wanita di universiti dulu. Sikit saja lagi masuk pasukan kebangsaan.

"Apa lagi yang kau khayalkan tu? Tepilah, aku nak masuk. Lapar ni!"
Terkedek-kedek Furlan ke tepi. Siap bukakan pintu kereta untuk Fayruz lagi.

"Silakan masuk Kak Fay, kikita makan kat rumah! Fitri dah masak special untuk Kak Fay." Senyuman panjang ditarik dan makin lama senyuman itu rasa janggal pula bila Fayruz tiba-tiba memandangnya tajam.

Tadi kata nak masuk tapi kenapa sekarang masih tercegat pula.

"Apa yang tak kena lagi ni, Kak Fay?" Furlan masih cuba mempertahankan senyumannya sampailah jari telunjuk Fayruz tertuding betul-betul di batang hidungnya.

"Ingat, ini kali terakhir kamu berdua terlibat dengan polis. Kalau kamu buat lagi, nahas kamu berdua aku kerjakan," ugutnya. Serentak itu jari telunjuknya tadi bertukar menjadi penumbuk.

"Janji, tak akan buat lagi," tutur Furlan siap angkat tangan separa dada lagi.

"Jangan janji je tapi tunaikan. Kalau tak, siap!"
Penumbuk yang Fayruz kepal didekatkan ke wajah Furlan sampaikan Furlan terpaksa berundur ke belakang. Naya kalau kena wajahnya yang kacak ni. Cincin yang Fayruz guna tu bukanlah emas yang asli tapi tengok saja permatanya yang besar itu, kalau terkena di muka boleh jadi parut kekal pulak nanti.
Tatkala itu dari kejauhan, kedua-dua mata Thaqiff dan Tariz masih lagi setia tertancap ke arah Fayruz. Bila Thaqiff bergerak ingin menapak, langkah Tariz terlebih dahulu menghentikannya.

"Jangan dekati dia."

"Bukan kau yang tentukan." Kalau perkara lain, mungkin Thaqiff akan bertolak ansur tapi bukan kali "Hey Qiff, I know you will come. Thanks dear. That's why I love you," bisik seorang gadis yang terus berkepit dengan Thaqiff sementara Tariz yang melihat sekadar menjeling tajam.

Topeng Si Pemuja HatiWhere stories live. Discover now