Bab 4

199 4 0
                                    


"Hai Abang Qiff!" lambai Armani usai pintu kaca ditolaknya. Sakit hati juga bila Thaqiff sikit pun tidak mendongak memandangnya.

"Hurmm... kenapa Ar datang sini? Ada apa-apa yang penting ke?"

"Aik... macam mana Abang Qiff tahu ni Ar..." beralun-alun nadanya. Dah macam gaya irama Malaysia pulak.

"Suara Ar kan unik. Sekali dengar aje, Abang Qiff dan boleh agak itu Ar," ujar Thaqiff sambil tangan rancak menulis sesuatu di atas kepingan borang yang berada di atas meja.

"Kalau macam tu boleh Ar duduk?" tangannya melingkar naik ke bahu Thaqiff. Sambil-sambil tu sempat lagi matanya mencuri pandang pada tulisan Thaqiff.

"Boleh tapi bukan kat sini." Thaqiff mendongak menatap wajah dan gaya rambut Armani yang bagaikan antena TV.

"Ala... baru aje Ar nak duduk dekat hati Abang Qiff."

Nadanya yang manja memang berlemak tepu! Kalau tutup mata, confirm dalam bayangan tentulah seorang gadis muda yang manja dan seksi tapi cuba buka mata!
Nauzubillah... Tangan berotot, dada kekar, siap berjambang lagi! Sakit mata Thaqiff tengok.

"Hey, gugur bulu roma abang dengar suara Ar tulah. Boleh bercakap normal tak?"

Armani muncungkan mulut.

"Ala... sekarang tengah bercakap normallah ni...." rengeknya.

"Normal eh. Okey, kejap." Thaqiff membuka laci.

Dia kata normal kan. Tak apa, tunggu...

Thaqiff mencapai stapler gun lalu dihalakan ke arah Armani.

"Okey... okey! Ar gurau ajelah!" terus suaranya yang tipis dan manja tadi bertukar garau. Barulah jantan!

"Ha, tahu pun takut!" Thaqiff geleng kepala. Senyumannya tak dapat disembunyikan.

"Gurau-gurau manja jelah Abang Qiff. Tu pun nak ambil hati, jantung bagai," kritik Armani. Jarinya yang dari tadi tak reti diam mencapai kertas yang berlonggok di hadapan meja Thaqiff.

"Banyak kes masuk ke Abang Qiff? Mesti duit pun banyak masuk juga kan, kan, kan..." kening Armani terjongket-jongket memandang Thaqiff. Kalau banyak duit yang masuk, bererti dia bolehlah makan free hari ini.

"Bila nak belanja? Ala kat kedai mamak pun jadi juga apa."

"Setakat nak belanja tu no hallah Ar. Cakap aje bila, cuma hari ni memang tak bolehlah." Thaqiff menutup fail di hadapannya.

"Kejap lagi abang kena gerak ke mahkamah. Ada kes yang abang kena uruskan. Lagipun siapa suruh Ar datang tak bagi tahu. Main terjah aje."

"Bukan main terjah, cuma kebetulan lalu kat sini jadi singgahlah. Lagipun Ar nak bagi tahu Abang Qiff sesuatu ni."

Thaqiff duduk menegak menghadap Armani. Jemarinya disulam dan diletakkan di atas meja. Raut wajahnya mula serius.

"Ni soal..."

Tergantung di situ ayat Thaqiff sebaik melihat sampul surat yang Armani tolak ke arahnya.

"Apa ni, kad kahwin?"
Armani geleng.

"Abang Qiff bukalah tapi terlebih dulu Ar minta maaf."

Kedengaran lain saja nadanya sampaikan jantung Thaqiff tak semena-mena rasa berdebar. Nak buka surat itu pun Thaqiff teragak-agak. Tak dapat dia meneka apalah isi kandungan sampul itu hinggalah sekeping kad tertulis 'Majlis Pembukaan' tercatat besar di hadapan kad itu.

"Betul ke ni?" Thaqiff bangkit dari tempat duduknya mendekati Armani tapi matanya masih tidak berganjak dari memandang kad yang kini berada di tangannya. Macam tak percaya, sungguh ia sukar untuk percaya.

"Ar..." panggil Thaqiff. Bahu Armani ditepuk.

"Tahniah! Abang tumpang gembira!"

"Dah tentulah. Kalau bukan abang yang tumpang gembira untuk Ar, siapa lagi? Apa pun, thanks Abang Qiff. Ni semua pun sebab peluang yang Abang Qiff beri."

"Apa pulak sebab abang. Ar tu yang berbakat. Memang dah lama Ar patut buka butik tahu!"

"Tapi tanpa modal yang abang beri, mustahil Ar dapat realisasikan impian Ar ni. Ar terhutang budi dengan abang."

Tiada lagi nada riang Armani melainkan suara yang diselubungi dengan perasaan sebu. Sebu dan terharu bila membayangkan dirinya tanpa bantuan Thaqiff. Dia cuma anak yatim yang bekerja biasa-biasa saja. Nak sewa tapak pun tak lepas.

Topeng Si Pemuja HatiWhere stories live. Discover now