#1 ; Pelajar Baru 👑

16.2K 850 35
                                    

Di kelas 5 Permata,

Suasana dalam kelas tersebut sungguh bising. Ada yang berbual, bergelak ketawa dan berkejar-kejaran di dalam kelas. Huh, macam budak tadika je main kejar-kejar nih. Umur dah 17 tahun pun perangai macam kanak-kanak ribena.

Sofia hanya duduk di tempat duduknya sambil menconteng bukunya.

'Hish, bosan betul! Mana cikgu ni tak sampai-sampai lagi'

"Hoi!" tegur Emily lalu mengetuk meja Sofia.

"Oi mak kau tergolek!!" Sofia melatah.

Emily ketawa. Lucu melihat muka sahabatnya itu. Sofia memandang tajam ke arah Emily.

"Emy!!"

"Haha, what? Aku tegur je kot" kata Emily dengan sisa tawanya.

"Ish, kau nih. Terkejut aku. Nasib baik aku tak ada penyakit sakit jantung. Kalau tak.."

"Opp.. Jangan cakap lebih-lebih. Okay lah, aku minta maaf ye. I'm sorry" Emily membuat muka comelnya.

"Erk, yelah-yelah. Aku maafkan. Dah, tak payah nak buat muka comel tuh. Tak cair pon!"

"Hehe, ok-ok" kata Emily lalu duduk di tempat duduknya iaitu di sebelah Sofia.

"Wei! Duduk cepat. Cikgu datang!!" jerit Azam, ketua kelas.

Semua pelajar kelas 5 Permata duduk di tempat masing-masing.

Cikgu Raudhah, guru kelas 5 Permata masuk ke dalam kelas. Di belakang cikgu Raudhah ada 7 orang budak lelaki yang kacak dan bergaya.

"Bangun!" Arah Azam.

"Selamat pagi, cikgu!" ucap Azam

"Selamat pagi, cikgu!!" semua murid mengucapkan selamat pada cikgu Raudhah.

"Okay, selamat pagi pelajar. Sila duduk"

Semua murid duduk.

"Hari ini kamu semua ada 7 orang pelajar baru"

"Oh My Gosh! Handsomenya!!" kata Liana.

"Melting wey!" kata Salina.

"Cair!!" kata Julia pula.

Sofia hanya memandang 7 budak lelaki tersebut dengan perasaan yang kosong.

'Ceh, apa yang handsomenya? Biasa je aku tengok' bisik hatinya.

"Dah, cukup lah tuh nak memuji. Ok boys, perkenalkan diri masing-masing" celah cikgu Raudhah.

Seorang budak lelaki daripada 7 orang tersebut tampil ke hadapan.

"Hello, guys! Nama saya Muhd Adam Mikael. Just call me Adam. Ok guys, introduce yourself" arah Adam pada ahli kumpulannya.

"Nama saya Muhd Nazri Zulhelmi. Call me Nazri"

"My name is Muhd Syukri Aiman. Call me Syukri"

"Muhd Aidil Ifwan. Call me Aidil" kata Aidil sambil mengenyitkan matanya.

"OMG! Cairr" kata Liana dengan gaya gediknya.

"Ok, next."

"Nama saya Muhd Iqmal Darwish. Just call me Iqmal"

"Muhd Irsyad Haziq. Call me Irsyad"

"Muhd Amirul Hareez. Call me Mirul"

"Okay, thank you. Kamu semua boleh duduk di tempat duduk belakang sana" kata cikgu Raudhah sambil menunjukkan tempat duduk mereka.

Mereka bertujuh mengangguk lalu berjalan ke tempat duduk mereka.

********

Okay tak? Kalau tak okay, komen lah. Jangan lupa vote sekali yaa.

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now