#56 ; Jumpa Irsyad 👑

7.1K 319 0
                                    

"Roh Fitri.."

"Hah, serious kau boleh nampak dia?"

Sofia mengangguk.

"Dia akan muncul waktu aku sedih dan gembira. Tapi kebanyakkan nya dia muncul waktu aku sedih" kata Sofia.

"Ouh. Kau tak takut dengan dia?"

"Nak takut buat apa? Kawan aku je tu"

"Memang lah kawan kau. Tapi tu roh kan? " kata Aidil.

"Dia roh. Tapi tak seram. Lagipun dia selalu muncul. So, aku dah biasa lah"

"Kau tak pernah bagi tahu aku pun yang kau boleh nampak dia" kata Aidil.

"Buat apa aku nak bagi tahu? Nanti kau ingat hijab aku terbuka pulak"

Aidil tersengih.

"Kau buat apa dekat sini? Kenapa tak tunggu dengan diorang dekat dalam?" tanya Sofia.

"Saja nak teman kau dekat sini"

Sofia terdiam.

"Aku tak sangka, rupanya kau bercinta dengan Syad dalam diam. Bila korang couple ni?" soal Aidil.

"Em, dah lama lah jugak. Tapi tak ada lah lama sangat. Macam mana Adel tahu eh?"

"Dia kata, dia terdengar reporter tanya Syad, betul ke yang dia bercinta dengan kau. Lepastu balik rumah, tiba-tiba dia mengamuk. Dia pukul Syad. Ingatkan kenapa lah dia mengamuk. Rupanya pasal benda ni" jawab Aidil.

"Ouhh. Hm"

"Em, Yana. Aku nak bagi tahu kau"

Sofia memandang Aidil.

"Sebenarnya, lepas habis SPM. Aku kena terus pergi Australia" kata Aidil.

"Australia? Jauhnya. Buat apa dekat sana?"

"Keluarga aku ada dekat sana. So, lepas SPM aku kena terus pergi sana. Keluarga aku ada uruskan sebuah syarikat dekat sana"

"Keluarga korang bertujuh ni memang ada syarikat dekat luar negara ke?" kata Sofia.

Aidil mengangguk.

"Keluarga kau, semuanya tinggal dekat Australia ke? Kau je yang tinggal sini eh?"

"Yer, aku tinggal sini dengan diorang bertujuh lah" balas Aidil.

"Kau ada berapa adik-beradik?"

"2 orang je. Aku anak sulung"

"Adik kau lelaki ke perempuan?" tanya Sofia.

"Lelaki. Nama dia Muhd Aidid Ikhwan. Umur dia baru 15 tahun"

"Dil!"

Seseorang menegur Aidil.

"Eh, abang Man!"

"Buat apa dekat sini?"

"Hantar Syad dekat sini. Tadi dia pengsan. Ha, abang Man. Ni kawan kami. Nama dia Puteri Aliyanna Sofia" kata Aidil.

"Ouh. Saya Syakir Iman. Abang Syukri"

Sofia hanya senyum.

"Em, Sofia ni girlfriend Syad eh?" tanya Syakir.

"Eh, mana abang Man tahu ni?" kata Aidil.

"Well, korang kan terkenal. Ada sorang nurse ni selalu nampak Syad dengan Sofia selalu keluar berdua. Pekerja dekat sini kaki gosip. So, tersebar lah berita tu"

"Ouhhhhh" kata Aidil dan Sofia.

"Mana Syuk eh?"

"Ada dekat dalam. Abang man masuk lah" kata Aidil.

"Ok, abang masuk dulu. Bye!" Syakir terus masuk ke dalam bilik wad tersebut.

"Em, abang Man tu umur dia berapa?" tanya Sofia.

"Umur dia 19 tahun"

"Wow, muda lagi dah pandai uruskan hospital" kata Sofia.

"Memang lah. Dia start uruskan hospital ni sejak dia form 5 lagi. Lepas SPM, dia terus ambil alih jaga hospital ni"

"Ouh, abang Man tu hensem lah. Kalah Rian" kata Sofia.

"Hamboi kau! Ingat sikit eh. Kau tu dah ada boyfriend. Puji pakwe kau sudah lah"

"Ehh, sibuk lah!"

Tiba-tiba Syakir dan 7 Prince Hots keluar dari bilik wad tersebut.

"Yana. Syad dah bangun. Dia nak jumpa kau" kata Nazri.

"Ha, okay"

"Kami nak turun bawah beli makanan. Kau nak pesan tak?" tanya Iqmal.

"Em, tak apa lah. Aku tak lapar"

"Tak apa. Aku belikan kau air je ok?" kata Amirul.

"Ye lah"

Sofia terus berlalu masuk ke dalam bilik wad.

Dia berjalan menghampiri Irsyad.

"Puteri.."

"Yaziq. Kau okay tak? Sakit lagi ke?"

"Tak. Aku okay je. Macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini?"

"Rian call aku. Dia kata kau dekat hospital sebab pengsan. Aku datang lah sini nak tengok kau" kata Sofia.

Irsyad memandang Sofia.

*************

Bersambung ..

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now