Special Part; Temu Ramah Bersama Adam

8K 250 4
                                    

Hello,  bertemu kita dalam sesi temu ramah.. Hari ni saya akan menemu ramah ketua dalam group 7 Prince Hots iaitu Adam Mikael !!

Adam : Haii semuaa. *melambaikan tangannya sambil tersenyum*

*semua hadirin menepuk tangan*

Okay Adam. Soalan pertama saya, sepanjang perwatakan Adam dalam cerita 7 Jejaka Hots ni, kami semua tak tahu nama penuh Adam. Betul tak para hadirin semua? *semua hadirin mengangguk* So, kami nak tahu apa nama penuh Adam. Boleh tak?

Adam : Nama penuh saya? Muhd Adam Mikael lah. *sambil ketawa macam orang gila*

Syukri : Eh budak ni, orang tanya betul-betul dia main-main pulak.

Ntah, apa lah Adam ni. Semua hadirin dekat sini nak tahu nama penuh Adam.

Adam : Hehe, sorry. Kalau nak tahu nama penuh saya, bacalah buku 7 Jejaka Hots yang kedua. Dekat situ nanti Adam ada bagi tahu nama penuh Adam. So, tunggu lah ye.

Semua hadirin : Alaaa

Adam : *tersengih-sengih*

Haih, tak apa lah. So, siapa-siapa yang nak tahu nama penuh Adam, bacalah buku 7 Jejaka Hots yang kedua ye.

Adam : Yeahh !

Ok Dam, ini soalan kedua. Macam mana korang bertujuh ni boleh jadi terkenal ye?

Adam : Well, kami kan hensem lagi bergaya. So, kami jadi terkenal lah.

Sofia : *buat muka hendak muntah*

Adam : Kau jangan nak buat muka eh, boyfriend kau tu pun terkenal sebab hensem jugak.

Sofia : Ada aku kesah?

Opp, stop bergaduh k. Jeles Irsyad nanti. Maaf ye Syad.

Irsyad : Tak apa. *menjeling tajam ke arah Adam*

Adam : *telan air liur* Sorry

Ok, kita teruskan dengan soalan yang seterusnya.

Adam : Silakan.

Apa pendapat Adam tentang Sofia?

Adam : Hm, bagi saya Sofia ni seorang kawan yang baik, walaupun kadang-kadang tu dia jahat. Dia juga seorang yang peramah tapi kasar perangainya. Aku tak tahu lah macam mana si Syad tu boleh sangkut dengan minah kasar ni.

Nazri : Kau jangan cakap Syad je. Dulu pun kau sangkut dekat dia jugak kan.

Irsyad : Betul! Aku sokong kau.

Adam : Perkara dah lepas bro! Jangan dikenang.

Baiklah, ini soalan terakhir ye.

Adam : Ok, cepat sikit tanya tu. Saya nak balik rumah ni. Nak tidur.

Haa, ok-ok. Saya nak tanya, apa ucapan terakhir Adam untuk cerita 7 Jejaka Hots ni?

Adam : Emm, saya nak ucapkan beratus-ratus, beribu-ribu dan berjuta-jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi membaca cerita 7 Jejaka Hots yang terlampau best bagi saya. Bagi saya lah. Sebab sayakan heronya, dah tentulah ceritanya menarik. Kalau tak ada saya dalam cerita ni, tentu tak best punya!

Aidil : Eleh, watak kau dalam cerita ni kau just jadi mamat ego jerk. Bukan best pon.

Adam : Hek eleh kau. Tahu lah kau jeles dengan watak aku. Daripada kau tu, kau just jadi mamat sweet talker.

Aidil : Tak ingin nak jeles. Jadi mamat sweet talker lah best. Ramai perempuan nak. Tak macam kau, tak ramai perempuan minat kau. Yana pun sama tak minat kau. Sebab tu lah dia reject kau.

Adam : *bersedia nak tumbuk Aidil*

Haipp, jangan gaduh dekat sini. Hal-hal macam ni jangan bawak sampai sini ok. Aidil, please jangan menyemak dekat siaran saya ni. Ini temu ramah bersama Adam. Jangan kacau.

Aidil : Baiklah.

Adam : *menjelir lidah*

Baiklah Adam. Teruskan ucapan anda.

Adam : Baiklah, saya juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada readers yang vote cerita 7 Jejaka Hots ni. Kepada readers semua, jangan lupa vote bahagian ni sekali ye. Hehehe. Ok lah, saya rasa itu je lah yang saya nak ucapkan. Penat nak bagi ucapan panjang-panjang.

Okay, terima kasih ye Dam sebab sudi meluangkan masa bersama kami di sini.

Adam : Sama-sama.

Baiklah, kita berhenti sampai sini ye. Kita jumpa di special part yang lain ya! Kita akan menemu ramah 7 Prince Hots yang lain pulak. Ok bye!

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now