#52 ; Terbang Ke Los Angeles 👑

6.7K 326 0
                                    

Pada hari yang ditunggu-tunggu oleh Afieq.
Hari ni dia akan terbang ke Los Angeles. Yahoo!

Di KLIA,

Sofia dan keluarganya menghantar Afieq ke KLIA. Termasuklah 7 Prince Hots sekali ikut.

"Fiq, jaga diri ya dekat sana nanti. Belajar rajin-rajin ok?" kata Encik Ammar.

"Baiklah, papa" Afieq menyalam tangan Encik Ammar. Kemudian, dia memeluk pula tubuh ayahnya.

"Fiq minta maaf dekat papa. Fiq degil. Fiq tak dengar cakap papa" kata Afieq.

"Tak apa lah Fiq. Dah, pergi salam mama pula"

Afieq berjalan ke arah Puan Atiqah.

"Hati-hati ya, Fiq. Dekat sana belajar elok-elok. Kalau ada masa, Fiq balik lah Malaysia ya" kata Puan Atiqah.

Afieq menyalam tangan ibunya.

"Baiklah, mama. Nanti kalau Fiq ada masa, Fiq call mama ya"

"Hm, dah sampai sana jangan lupa call" kata Puan Atiqah.

"Ye lah, mama"

Afieq menghampiri Sofia. Sofia menundukkan mukanya.

"Adik.."

Sofia tidak menyahut.

"Adik.."

Tiba-tiba, Sofia memeluk Afieq. Dia menangis di dada Afieq. Afieq terkejut.

"Abang.. Jangan lah pergii"

"Adik, abang pergi study je. Nanti abang balik"

"Abang jangan lupakan adik tau" Sofia memandang Afieq.

"Ye, abang tak akan lupakan adik" Afieq mengusap kepala Sofia.

"Nanti abang selalu lah call adik tau. Adik sunyi tak ada abang"

"Ye lah dik. Nanti abang call ok. Dah, jangan menangis"

Sofia meleraikan pelukannya.

"Abang sayang adik tau" Afieq mencium dahi Sofia.

"Adik pun sayang abang" Sofia mencium pipi Afieq.

Afieq tersenyum. Dia berjalan ke arah 7 Prince Hots pula.

"Hati-hati dekat sana, bro" kata Aidil.

"Belajar rajin-rajin" kata Amirul.

"Jaga diri" kata Nazri.

"Jangan lupakan aku" kata Iqmal.

"Selalu ingat kami dekat sini" kata Syukri.

"Jangan nakal-nakal dekat sana" kata Adam.

Afieq tersenyum.

Ada-ada je lah diorang ni!

"Ye lah. Korang pun sama. Belajar rajin-rajin" kata Afieq.

"Ye lah!" balas mereka serentak.

Afieq mendekati Irsyad.

"Selamat tinggal, bro! Take care" kata Irsyad.

Afieq memeluk Irsyad.

"Jaga adik aku okay? Jangan buat dia menangis" bisik Afieq.

"Aku akan selalu jaga adik kau" balas Irsyad.

Afieq meleraikan pelukannya.

"Fiq, baik kamu pergi balai berlepas sekarang. Nanti tertinggal flight pula" kata Encik Ammar.

"Ye lah. Bye semua! Fiq pergi dulu!" kata Afieq sambil melambaikan tangannya.

"Byee!!" balas mereka semua.

Semakin lama, Afieq pun hilang dari penglihatan.

"Liya, jom balik" kata Puan Atiqah pada Sofia.

"Mama, berapa lama abang pergi sana?"

"Em, hari tu abang cakap dia dekat sana 5 tahun" jawab Puan Atiqah.

"Hahh?! 5 tahun? Ala, kenapa lama sangat? Adik nak abang!"

"Liya, behave yourself. Jangan jadi budak-budak ok! Abang pergi study je tu" kata Encik Ammar.

Sofia terdiam.

"Liya balik dengan Syad. Mama dengan papa balik dulu"

"Ha, ye lah. Jangan balik lewat sangat" pesan Puan Atiqah.

"Okay"

Sofia melangkah ke arah Irsyad yang sedang berkumpul dengan 7 Prince Hots.

Semasa dia melangkah, tiba-tiba..

*********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now