Senyuman Kamu Seperti Tumbukan Holyfield Yang Merebahkanku

85 3 0
                                    

Rumah putih ini sebagai spektator akan tumbesaran kita. Aku terpaling-paling kecil diantara longgokkan yang kecil. Momen itu, kita semua begitu berani memateri janji dan mempersembahkan kepercayaan.

Kita juga pernah mempunyai sebaris gigi susu yang bisa mengukir senyuman yang menggeramkan disamping kulit mulus persis permukaan agar-agar.

Kita memusing-musing botol kaca yang kosong, berkongsi roti canai ditabur gula dan bermain-main kenyit-kenyit mata. Kita masih polos dari perasaan cinta insani kerana segalanya adalah olok-olok bagi kita.

Sehinggakan kita diusia dewasa pun kamu masih memperolok-olokkan cinta insani. Mungkin kamu patut aku kurungi di rumah putih ini bersama jembalang yang kita pernah takutkan sampai terkencing-kencing disuatu ketika dulu.

Navigasi Masa SilamWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu