Nekadnya Dia Demi Sekelumit Damai

64 2 0
                                    

Susunkata sudah mula melalut. Badan pun dah tak lalu, dia salahkan pula cuaca yang dingin. Tak mengapa, demi sekelumit damai.

Mukanya mula pucat, otak berdenyut mengemis O2. Pembuluh darah pun bila-bila bisa meletus. Tak mengapa, demi sekelumit damai.

Di mercu tersejuk dia mendongak 90 darjah, mendepa lengan bersama sulaman imaginasi dia sepersis merpati buncit dengan bulu pelepah nan tersusun rapi, amat menyedihkan sekali, hanya bulu bawah lengan sahaja yang dia punyai. Tak mengapa, demi sekelumit damai.

Jadi disini, apakah sebanyak ini harga yang perlu diperjudikan demi sekelumit damai? Mengapa kedengaran begitu menyusahkan? Jawapannya; Nah, tak semestinya.

Carilah 'Dia'.
Maha segala Kedamaian.

Navigasi Masa SilamWhere stories live. Discover now