'Made With Love'

39 1 0
                                    

Yuli cuba untuk tidak ambil pusing dengan kawan-kawannya yang mengata-ngata hajatnya yang kepingin ke Pulau Lelaki-Lelaki Sepi. Dia hanya berupaya menjeling sementara hatinya sudah kering mendengar kutuk-kutukan yang mempunyai unsur memondankan jati diri.

Setelah turun di pelabuhan dikemudikan kereta laut, Yuli menyaksikan timbunan lelaki-lelaki sepi yang dihumbankan ke pulau ini sedang menonggeng mencedok baki sisa-sisa harapan.

Rasa simpati terbit dihati. Terpilih-pilih dia yang mana satu mahu dekati. Lelaki-lelaki sepi itu memandangnya dengan wajah lapar dan keliru.

Ada yang menghampirinya dengan sekuntum senyuman layu dan menghuluri baju bayi yang dicetak mesej diatasnya, 'Made With Love'.

"'Dirty'nya," dia menatap lelaki itu dengan wajah menghakimi.

Yuli terus pulang tergesa-gesa sambil menyumpah-nyumpah. Kesal.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: May 19, 2017 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Navigasi Masa SilamOnde histórias criam vida. Descubra agora