Cinta Adalah Satu Marathon

50 2 0
                                    

Lelaki ini merupakan pelari yang bermodalkan serbuk ajaib. Terus-menerus dia berlari dalam buruan dari satu rangkulan afeksi ke afeksi yang berbeda dengan menghamburkan serbuk ajaib lalu akhirnya mensisakan lara. Belum pernah lagi dia menyudahi lariannya ini untuk bersenang-senang seketika.

Dia memburu jiwa-jiwa hening didalam satu tempo yakni benar-benar thrill bagi lelaki ini. Barangkali dia teruja dalam adrenaline rush.

Sial.
Sial sungguh perangai.

Sejenak dia dilanda kebingungan sendirian kerana masih belum lega. Dia tak ubah macam seekor kucing yang terpusing-pusing mengejar ekornya sendiri.

Bagi dia cinta adalah satu marathon. Aku katakan ini kerana itulah dia mudah rasa lelah. Relaks-relaks sudahlah brader.

Navigasi Masa SilamWhere stories live. Discover now