{02}

418 67 32
                                    

Sorim's pov

Aku termenung melihat loker kasut aku yang sudah kosong itu. Aku mengeluh berat. Satu persatu barang kepunyaan aku hilang tetapi aku tetap sabar. Makin lama aku makin sabar, lagi menyetan perangai mereka itu. Kau rasa siapa je boleh sabar?

"Hey, Sorim. Kenapa?"

Bahuku disentuh oleh seseorang lalu pantas aku memndang gerangan yang menyentuh bahuku itu. Rupanya Chani. Aku tersenyum tawar.

"Kasut aku hilang." Jawabku, pendek lalu aku terus menutup pintu lokerku dan aku bersandar.

"Chani, aku dah penatlah...." Keluhku lalu aku mengeluh berat.

"Hey, jangan la macam ni.. Mana perginya Sorim yang kuat membantah? Come on, jangan la macam ni. Semangat la sikit, ada setahun lagi kita kena redah Sorim." Pujuk Chani lalu dia menepuk-nepuk bahuku, kononnya ingin mengalirkan semangat ke dalam diriku.

"Chani..." Aku memandang Chani dengan lama.

"Dah sshhh! Jangan cakap pape. Kau pakai lah kasut aku." Pelawanya kepadaku.

"Eh, tapi nanti kau balik pakai apa? Nanti yeojachin kau kata apa pulak?" Soalku dengan pandangan bimbang. Gila tak risau sebab yeojachin Chani ni dah kaki ngadu duh! Dah la tu ngadu kat Youngna pulak tu. Eh serius lah aku dah penat dengan perempuan-perempuan tu. Yang aku pelik sekarang, Chani bercinta dengan kawan Youngna dan bukannya dengan Youngna yang Youngna tu nak over apasal?! Rabak sial mental aku.

"Yah, gwaenchana..?" Soal Chani kepada aku.

Aku tersenyum nipis. "Aku okay... Kau takpayah la pinjamkan kasut kau dekat aku. Aku okay je balik dengan kaki ayam." Ujarku sambil tersengih.

"Eh, betul ke takpe?"

Aku angguk.

"Oi, Chani! Dari jauh aku dah nampak yeojachin kau dah muncung sedepa kat depan pagar kot! Pi la weh! Nanti merajuk kang payah lepastu ngadu kat kawan dia yang perangai serupa sialan tu." Sampuk Hwiyoung tiba-tiba.

"Sorim, ni aku ada kasut lebih.. Pakailah.." Kata Rowoon sambil menyerahkan kasutnya kepada aku.

Aku memandang Rowoon dengan pandangan seriusly-dude?

"Dude, your shoes is way tooo big ah. Mana muat kaki aku..!" Jerkah aku lalu mengangkat kaki aku di depan wajah Rowoon. Oh, jangan risau aku pakai seluar kat dalam.

"Entah, dude..!"

"Laaa pakai jelah..!"

"Taknakkk aku maluuu!"

"ISH PAKAI JELAHHHH!"

"TAKNAKKK!"

"Woi, woi apani bising-bising?!" Sergah seseorang dan membuatkan Rowoon dan aku berhenti bertengkar. Kami bertiga memandang ke arah suara itu. Kenapa bertiga? Tsk, Chani sudah pun pulang bersama dengan yeojachingunya, Byul. Rupanya Taeyang bersama geng sf9 yang lain sedang mara ke arah kami.

Sebaik sahaja aku ternampak Youngbin, pantas aku berlari ke arahnya lalu aku memeluk dia dengan erat.

"Hoi, awat hang ni?"

"Kasut dia hilang, hyung." Jawab Hwiyoung bagi pihak aku.

"Aku suruh dia pakai kasut aku dia taknak. Dasar barua degil."

Membulat mata aku bila Rowoon mengelar aku barua. Puaka punya chingu!

"Aku mana muat ah pakai kasut kau! Dah lah kaki panjang cam apa ntah!" Jerkah aku lalu aku menjelir lidah terhadap Rowoon.

[C] wish {+} sf9.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora