{30}

185 44 11
                                    

Hwiyoung's pov

Aku melangkah masuk ke dalam bilik dengan langkah yang lemah. Panggilan eommaku diendahkan. Kemudian aku melepaskan beg dibahuku dan ia jatuh ke lantai. Tiba-tiba phone aku berbunyi. Dengan perasaan malas gila babi aku membaca pop out yang keluar di skrin phone aku.

Jantung aku semacam nak terhenti tika membaca mesej dari Taeyang itu. Lututku terasa lemah. Lagi sekali aku membaca mesej tersebut, mengharapkan ianya tak betul tetapi, ianya benar-benar betul dan sedang terjadi.

Taeyang
9/6/2017

-Hwiyoung. Jujur sekarang aku still bengang dengan kau tapi ni soal Sorim. Sorim masuk hospital dan dia masih tak sedarkan diri. Dia kena langgar time nak jumpa kau. Baik kau datang weh sebelum aku terajang kau.

Hwiyoung menatap lama skrin phone miliknya, "Sorim..." Kemudian pantas Hwiyoung berlari keluar daripada biliknya.


---


No one pov

Taeyang mengerling jam di tangannya. Sudah menginjak jam 8 malam dan kelibat Hwiyoung langsung tidak kelihatan. Taeyang mengeluh kemudian dia memandang ke arah Sorim yang masih tidak sedarkan diri itu.

Hanya dia sahaja yang setia menunggu Sorim untuk sedar, yang lain sudah ke cafe hospital untuk mengisi perut masing-masing. Taeyang meraih jari-jemari Sorim kemudian digenggamnya erat. Sayu hatinya melihat rakan karibnya sejak kecil terbaring kaku di atas katil dan hanya bunyi mesin hayat yang mengisi kesepian di ruangan bilik wad Sorim.

"Kau taknak bangun ke?" Soal Taeyang seakan merintih itu. Air matanya menitis deras ke pipi tetapi hanya dibiarkan sahaja.

"Kau tak sayang aku ke sampai taknak bangun? Kalau taknak bangun demi aku, please ah bangun demi Hwiyoung.... Kau tak kesiankan Hwiyoung ke weh? Dia dah pernah rasa kehilangan orang yang dia sayang, Sorim... Tak-takkan kau pun nak ikut Soyoung...." Rintih Taeyang sehingga dia membawa tangan Sorim ke pipinya lalu air matanya menitis lagi.

"Hwi...Young.." Kedengaran satu suara lemah memanggil nama Hwiyoung kemudian Taeyang merasakan tangannya mula digenggam. Pantas Taeyang mengangkat mukanya dan matanya membesar.

"So-Sorim..!"

---


Hwiyoung's pov

Langkah aku terhenti. Fikiranku yang sedia serabut ini menjadi semakin serabut tika melihat figura Byul sedang berbual mesra dengan eommaku.

[C] wish {+} sf9.Where stories live. Discover now