{25}

169 44 40
                                    

Sorim's pov

Aku memandang Hwiyoung dengan ekor mataku. Sedari cikgu masuk, dia hanya diam. Tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan oleh Hwiyoung. Dia hanya memandang ke arah depan tapi aku tahu dia tak fokus sebab dia langsung tak catat apa yang cikgu duk bebelkan kat depan kelas.

"Baiklah, sampai di sini saja pembelajaran kita hari ini. Jangan lupa buat homework yang saya bagitahu tadi, okay?"

Satu kelas menjawab kecuali Hwiyoung. Sebaik sahaja kelibat cikgu math mereka sudah keluar daripada kelas, langsung Yeol bersuara.

"Hwiyoung, kau okay?"

Tiada respons. Hwiyoung hanya buat derk. Aku mula terasa dipalau.

"Hwiyoung, kau dem-" belum sempat tanganku ingin mendarat di dahi Hwiyoung, pantas dia menepis dengan wajah yang keruh kemudian dia langsung bangun dan keluar daripada kelas.

Sumpah weh, aku terasa gila bila dia tepis tangan aku macam tu. Aku menoleh untuk memandang Hwiyoung, hampa. Dia dah keluar kelas pun.

"Sorim, kau okay?"

Aku memandang Taeyang.

"O-okay.."

"Kenapa Hwiyoung macam tu?"

Pantas aku memandang Rowoon yang sudah membuat wajah tertanya-tanya itu.

"Aku tak tahu...."

"Dia badmood kot. Eh dahlah, jom pergi kantin! Aku laparrr!" Ajak Chani.

---

Aku mula memperlahankan langkah tika banyak mata memandangku dengan pandangan jengkel. Sejak pagi tadi lagi aku perasan ramai budak sekolah usha aku semacam tapi aku bodoh je.

"Hey, si peminta hati Chani!"

Pantas kami berempat menoleh kebelakang. Kelihatan BTS sunbaenim sedang mengatur langkah ke arah kami sambil tersenyum sinis.

"Sah kau ni muka tembok kan?"

Dahi aku berkerut. Apa jadah siyal dia cakap? Aku tak paham.

"Sunbae cakap apani?"

Taehyung tersenyum sinis.

"Kau tak tengok papan kenyataan lagi kan? Takpe, biar aku tunjukkan kat kau apa yang membuatkan aku panggil kau muka tembok! Nah! Tengok!" Pantas Taehyung mencampak gumpalan kertas ke muka aku.

Aku memandang Taehyung sunbae dengan bengang.

"Kau ingat muka aku ni tong sampah ke hah?!"

"Apahal sunbae ni?!" Jerkah Chani dengan bengang.

"woah, Chani... Easy.. Kau sepatutnya berterima kasih tahu tak?"

"Berterima kasih dekat kau buat apa?!"

Aku hanya membiarkan mereka berdua lalu aku mengambil gumpalan kertas tersebut kemudian aku membukanya dan mataku langsung terbeliak besar.

Ni..!

Ni surat cinta aku yang kena tampal kat papan kenyataan dulu..!!!!

Tangan aku menggigil hebat kemudian surat cinta aku buat Chani dua tahun lepas terlepas dari genggamanku tetapi Rowoon sempat menyambutnya.

"Eh.."

"Apa benda tu?"

Aku terasa malu tahap petala tujuh. Gentle aku rasa nak gali kubur sekarang jugak. Aku tak sanggup nak berhadapan dengan Chani. Sumpah weh aku rasa nak hempuk kepala aku dekat dinding sekarang.

"Bacalah, Chani! Surat tu khas untuk kau!! Peminta hati weiiii! Bahahahahahaha."

Aku menjeling Jungkook sunbae dengan tajam. Sebelum sempat Chani membacanya, aku langsung mengoyakkan surat tersebut tetapi perbuatanku hanya mengundang tawa BTS sunbaenim.

"Sia-sia je kau koyakkan. Kitorang dah fotostat bebanyak weh. Siap tampal kat papan kenyataan. Kat setiap papan kenyataan kat sekolah. Kat bilik guru pun kitorang tampal."

Aku terkedu habis. Kemudian aku memandang BTS sunbaenim dengan pandangan jelek.

Keji!

Jahat!

"Aku buat apa kat korang sampai korang dengki kat aku macam ni?! Yah, Kim Taehyung! Kau kata kau dah bakar surat tu! Kau tipu! Dasar penipu besar!" Tempikku sambil air mataku mula mengalir deras ke pipi.

"Eleh bila orang buat dia, marah. Dia tak sedar yang dia pun buat orang eh bukan gunakan orang untuk kepentingan sendiri, kan jagi?" Sampuk seseorang.

Pantas aku memandang ke arah gerangan yang bersuara tersebut. Mataku membulat tika melihat Hwiyoung sedang duduk disebelah Byul sambil Byul menyandarkan kepalanya di bahu Hwiyoung. Dia tersenyum mengejek ke arah aku.

"A-apa semua ni..." pantas aku berjalan ke arah meja kantin lalu aku berdiri betul-betul di depan Hwiyoung. Hwiyoung sedar akan kehadiranku lalu dia memandang aku dengan pandangan kosong.

"Y-oung ah.. A-apa semua ni..? Kenapa kau dengan--- aku tak paham." Kataku dengan confused. Sesungguhnya aku tak paham langsung dengan situasi sekarang. Apa dah jadi dengan Hwiyoung?

"Kau tak nampak ke? Aku dengan Byul sekarang."

Jantung aku terasa macam terhenti.

"Mwo...?"

"Aku nak putuskan hubungan kita, Sorim."

Aku terasa lutut aku lemah tetapi aku masih mampu mengundur sebelum tiba-tiba..

"Argh, sejukk!"

"Opps! Mian tangan aku licin pulak hahahahahahahahahahaha."

Baju aku basah lencun.

"Sorim..!"

Aku dapat merasakan badanku dibaluti oleh jaket iaitu jaket milik Taeyang. Kemudian Rowoon menarikku agar berdiri disampingnya lalu dia terus memelukku untuk menenangkan aku.

"Apahal kau buat Sorim macam ni, Hwiyoung?!!! Kau dah janji dengan kitorang kan kau nak jaga dia elok-elok?!" Tempik Taeyang dengan berang.

"Kenapa Byul, Young?! Kau sendiri tahukan Chani baru je break up dengan Byul?! Kenapa kau buat Sorim macam ni?!" Hambur Rowoon pula.

Aku langsung tak dengar suara Hwiyoung sebaliknya Byul yang menjawab.

"Kenapa kau tak tanya Sorim kesayangan kau apa yang dia dah buat sebenarnya? Kajja, Hwiyoung.."

Hati aku bagaikan ditikam oleh pedang. Dalam sehingga menusuk kalbu.

"HWIYOUNG!!"

"DIA GUNAKAN AKU UNTUK LUPAKAN CHANI LAH BODOH! DIA TAK SUKAKAN AKU!"

Aku tersentak hebat kemudian aku memandang Hwiyoung yang sudah berdiri di depan Taeyang itu. Gaya mereka seperti mahu bergaduh pada bila-bila masa. Air mataku mengalir lagi deras.

Pantas aku pandang Chani yang membuat muka confused itu.

"KAU TAKYAH BUAT CERITA LAH SIYAL!" Tengking Rowoon pula.

Aku mula mengundur. Tak... Bukan ni yang aku impikan... Bukan perkara ni... Aku cuma nak beri peluang pada diri aku je...

"Hwiyoung, aku tak mempergunakan kau... Aku ikhlas, Hwiyoung... A-aku cuba beri peluang pada diri aku je... Please... Ja-jangan tinggalkan aku..." Ucapku sambil air mataku tidak henti mengalir. Aku dan Hwiyoung bertentangan mata. Sesungguhnya aku trauma. Aku takut kejadian dulu berulang lagi. Kejadian yang mana, eomma dan appaku meninggalkan aku. Aku takut. Aku taknak Hwiyoung tinggalkan aku..

"Please... Jangan tinggalkan aku, Hwiyoung.. Jebal.. Jebal..." Aku akhirnya melutut di hadapan Hwiyoung sebelum tiba-tiba semuanya berubah gelap.

"SORIMMMM!!!"

///

Meleleh wei aku buat chapter ni.. Dah la dengar lagu '4 O'CLOCK' Ah babilah aku meleleh tahap tak hengat dunia huhuhuhuhu huaaaaaaaaaaa sedihnyaaaaaaaaaaaa huhuhuaaaaaaaaa

[C] wish {+} sf9.Where stories live. Discover now