{20}

192 45 25
                                    

Sorim's pov

"Sebelum Sorim bagitahu, cakap dulu yang oppa janji takkan bagitahu Hwiyoung tau.."

"Oppa janji."

"Betul ni?"

Youngbin oppa angguk.

"Okay," aku membetulkan letak punggungku dikerusi lalu aku menghela nafas gementar.

"Um.. Sebenarnya... Mmm, sebenarnya semalam Sorim dapat surat ugutan..."

"Mwo?!" Suara Youngbin oppa mula memetir.

"Tak guna...."

Aku perasan Youngbin oppa mula mengepal buku limanya dengan geram.

"Oppa..."

"Bagi oppa baca surat ugutan tu, Sorim...."

Aku mengemam bibir dengan lama sambil memandang Youngbin oppa yang sedang memandang aku dengan pandangan serius itu.

"Taknak kasi oppa baca? Oh takpe, biar oppa sendiri cari surat tu!" Hambur Youngbin lantas dia langsung bangun dan meninggalkan aku keseorangan di dapur.

"Oppa!!!!"

---

Hwiyoung's pov

"Aigoo, Nayoung berat lah sekarang. Sakit pinggang oppa angkat Nayoung." Omelku kepada Nayoung. Nayoung sudah menayang muka sedih dan membuatkan aku ketawa kecil.

"Oppa, shh..! Nanti eomma bangun.." Kata Nayoung lalu dia menekup mulut aku. Aku memandang Nayoung lalu aku mengalihkan tangan kecilnya dari mulutku menggunakan tangan kananku.

"Arasseo.." Bisikku kepada Nayoung.

"dah kajja.." Kataku kepada Nayoung. Nayoung tersenyum kemudian dia langsung memeluk erat leherku sambil mengatakan sesuatu dan aku jadinya tersenyum suka.

"Nayoung sayang Hwiyoung oppa.."

"Oppa pun sayang Nayoung..."

"Oppa.."

"Mm?"

"Muka Soyoung eonnie macam mana ya? Nayoung teringin nak tahu..." Ujarnya dengan petah sekali. Mendengarkan kata-kata Nayoung membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

"Muka Soyoung eonnie macam muka Nayoung lah..."

"Jinjja?"

Aku mengangguk sambil tersenyum tawar, "dah jom oppa hantar sampai bilik Nayoung.."

---

Usai aku mendodoikan Nayoung di biliknya, aku langsung ke bilik dan aku mengatur langkah ke arah tualaku digantung iaitu di belakang pintu. Dah kalau amik tuala kau rasa aku nak buat apa? Main libas muka orang pakai tuala? Kepala bana kau lah, ya aku nak mandi.

Belum sempat aku nak ke bilik mandi, tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dengan langkah yang malas tahap maksima, aku ke arah katil dan langsung merebahkan diri di katil kemudian aku meraba meja lampu dan akhirnya aku berjaya mencapai telefonku. aku langsung menjawab panggilan tersebut.

"...seyo..."

"Hwiyoung..?"

Menbulat besar mataku. Pantas aku melihat nama si pemanggil. Bahabeyyyy!!!! Cikgu Jongkook la siyal!!

"Ah yae, cikgu. ni saya, Hwiyoung. Kenapa, cikgu?" Soalku kepada cikgu Jongkook.

"ni cikgu nak tanya, kamu ada terambil report book saya ke? Saya nak tengok name list peserta yang masuk acara masa sukan nanti ni.."

[C] wish {+} sf9.Where stories live. Discover now