{29}

195 44 14
                                    

No one pov

Bilik wad bernombor 9 tampak sunyi walaupun ada lapan jejaka di dalam bilik tersebut. Masing-masing diam melayan gelodak perasaan sendiri. Sesekali terdengar keluhan kecil dari para jejaka tersebut serta tangisan seorang perempuan yang usianya dalam lingkungan 40-an itu.

"Sorim... Bangunlah, nak...." Pintanya sambil menangis. Kemudian salah seorang daripada lapan jejaka tersebut memegang bahu perempuan tua tersebut lalu digosok perlahan.

"Eomma.... Eomma janganlah menangis lagi.. Nanti Sorim sedih tengok eomma menangis macam ni..." Pujuk jejaka tersebut terhadap eomma nya. Ya, dia ialah Kim Youngbin.

"Macam mana eomma tak menangis, Youngbin-ah.. Sudahlah Sorim ni hidup sebatang kara, ditinggalkan oleh ibu bapa yang langsung tidak kisah akan anaknya. Eomma sedih tahu tengok Sorim terlantar macam ni..."

"Eomma... Sorim tak hidup sebatang kara... Dia kan ada kita semua. Appa. Youngbin sendiri. Kawan-kawan Youngbin pun sama. Dia tak sendirian. Dia ada kita semua."

Mendengarkan kata Youngbin, lagi sekali air matanya menitis ke pipi dengan lebih deras. Hatinya dipagut rasa sayu.

"Ahjumma.. Janganlah sedih.." Pujuk seorang jejaka yang tinggi lampai itu.

"Yelah, ahjumma tak sedih lagi.." balas eomma Youngbin lalu dia mula bangun dari duduk di kerusi.

"Yedra, eomma ada hal ni tadi pun terpaksa cancel sebab Sorim... Eomma terpaksa pergi ke office jugak kali ni.. jaga Sorim ya? Malam nanti eomma datang lagi..." Jelas eomma Youngbin lalu dia melemparkan senyuman tawar sebelum mempamitkan dirinya.

"oh, okay... Hati-hati, ahjumma.."

"Okay, eomma.. Jumpa malam ni.."

Eomma Youngbin menggangguk perlahan lalu sempat dia memandang Sorim yang masih tidak sedarkan diri itu dan hatinya kembali sebak. Kepala Sorim dibalut manakala tangannya juga dibalut. Eomma Youngbin tidak sanggup menahan rasanya lagi kemudian langsung meninggalkan bilik wad Sorim ditempatkan.

Kini, hanya tinggal mereka berlapan. Pantas Taeyang bergerak ke arah Sorim lalu dia duduk di kerusi. Wajah Sorim ditenung lama sebelum air matanya menitis tanpa disedarinya.

"Weh.. Bangun ah weh..." Taeyang bersuara dan suaranya kedengaran bergetar. Kemudian dia meraih jari-jemari Sorim.

"Weh,So.. Cepatlah bangun.. Ak-aku.. Aku nak dengar kau membebel weh. Lepastu! Lepastu kau dah janji en nak sokong aku esok... Bangunlah, Sorim..!" Desak Taeyang dan akhirnya dia menangis sambil menggenggam erat jari-jemari Sorim.

"Taeyang.." Pantas Chani menepuk bahu Taeyang untuk menenangkan dia.

"Mesti Hwiyoung suka kan tengok Sorim masuk hospital? Puas la tu hati dia."

Pantas mereka semua kecuali Taeyang memandang ke arah Dawon. Mereka agak tersentak dengan kata-kata Dawon itu.

"Excuse me?" Rowoon bersuara dan suaranya kedengaran tegas.

"Apa kau cakap tadi?" Kini Inseong pula bersuara.

Dawon tersenyum sinis, "Mesti Hwiyoung suka bila dia tahu So--"

Dush!

Kepala Dawon terteleng ke kiri. Pipinya terasa perit dek ditumbuk kasar oleh Youngbin.

"KAU JANGAN CAKAP SEBARANGAN LAH." Hambur Youngbin dengan bengang. mana tidaknya, bila Dawon  sesuka hati sahaja mengatakan yang Hwiyoung sebegitu. Dawon salah, sememang salah besar. Hwiyoung bukan orang yang macam tu. Hwiyoung lah yang paling risau bila Sorim demam walaupun demam biasa, Hwiyounglah yang sering melawat Sorim tika dia dimasukkan ke hospital disebabkan apendiks dulu. Hwiyounglah yang sering mengendong Sorim tika kecil dulu bila Sorim terjatuh ataupun penat berjalan.

[C] wish {+} sf9.Where stories live. Discover now