{15}

215 51 35
                                    

Sorim's pov

Aku merenung ke arah sampul surat yang berada di atas meja aku. Aku mengusap daguku bak detektif.

"Something fishy...." Omelku lalu aku mengecilkan mataku yang sedia sepet ini.

"I agree... Memang something fishy duh. Kenapa dia kasi kau surat cinta jugak even satu sekolah tahu kau dengan Hwiyoung?"

Aku menoleh ke sebelah kanan aku untuk memandang Rowoon yang turut mengusap dagunya itu.

"Kan..."

"Dan aku sangatlah tak sangka yang yeoja cam ko pun ada peminat. Puih, cukup ah si Hwiyoung tu je yang gi- adoiiii! Babi sakit lah!" Hambur Taeyang lalu dia memandang aku dengan tajam. Kemudian dia mengusap pipinya yang dicubit oleh aku tadi.

"Tu makan dia bila mulut kau tu takde insurans! Lain kali belilah insurans bodo!"

"Eh, eh! Eh, perempuan ni ewah, ewah! Sedap mulut dia je cakap kita bodo amacam lah kau tu tak bodo?! Eh, sedar lah diri woi! Rumus math pun ko tak hafal lah perempuan!" Sindir Taeyang terhadap aku. Sesungguhnya sindirannya itu menusuk kalbu siyal.

"A-aku hafal ahh!"

"Hafal? Oh kalau macam tu, apa formula isipadu silinder?! Hahhh jawab lahhhh!"

Kening aku mula bertaut manakala otak aku mula bergerak. Aku memandang Taeyang dengan pandangan confused.

"Panjang × lebar × tinggi !!!!!"

Rowoon dan Taeyang saling berpandangan dan wajah mereka tersangatlah nampak bodo sebab mereka pun macam taktahu je jawapannya.

"Yeke weh? Itu ke formula nya?"

"Engko tanya aku buatpe, aku math dapat 30 markah je duh."

"Betul la tu formula en en en ennnn?" Soalku sambil tersengih seperti orang bengong.

"Salah! Jawapannya a2 + b2 = c2 !!!!!"

"Eh, bodo. sebodo-bodo aku pun, at least aku tahulah tu formula teorem pythagoras bodo." Maki aku lalu kembali memandang ke arah sampul surat yang berada di atas meja ku ini.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA TU LAH ACAH PANDAI LAGI PADAN MUKA KOO!" Sindir Rowoon kepada Taeyang yang sudah seperti singa betina kelaparan itu.

"Ei, dah la tu korang.... Aku call korang suruh datang bukan sebab nak bergaduh pasal rumus math ah! Ni aku suruh korang siasat siapa dalang bagi aku surat cinta kejadah nii!" Semburku dan membuatkan mereka berdua diam.

"Kau yakin ni surat cinta?"

Soal Taeyang dengan serius.

"Kenapa?"

"Sebab kalau surat cinta selalu ada sticker kiut miut pastu ada lukis love-love bagai pastu kaler pink. Ni surat ko dapat ni kaler hitam siyal dah macam surat ala death note pun ada aku tengok. Entah-entah memang death note?! Dia dah tulis tarikh kemati-"

Pantas aku mencepuk mulut bertuah Taeyang dengan kuat.

"Adoiiiiiii! Sakitttttt!!!"

"Kau memang takde function. Rowoon? Kau rasa macam mana?"

Rowoon mengusap dagunya dengan wajah serius sebelum dia mengutarkan tiga perkataan yang amat menyakitkan jiwa aku selama tujuh keturunan ko.

"Aku tak tahu."

"HANOTTTT MUKA MACAM TAHU LA SIYAL!"

"ALAAA BIARLAH AKU NAK ACAH SIKIT CAM DETEKTIF PUN TAKLEH KEE?!!!!"

"EH JEBON SEK-"

"Eo? Wae? Wae?"

Aku dan Rowoon memandang ke arah pintu. macam nak tersembul bijik mata aku bila nampak figura seorang Kang Chani di depan aku. Pantas aku memandang Taeyang yang sudah bersiul itu. Taik, ni mesti dia yang call ni.

"Asal ni..?"

"omg, Chani!!!! Meh siniiii! Ada cerita tergemparrr!" Pantas Taeyang menarik Chani memasuki ke dalam bilik aku.

"Hah? Apanya?"

"Sorim dapat death note dari seseorang!!!"

Membulat mata aku bila Taeyang cakap 'death note'. Cibainya....

"Death note?"

"Haah! Ni hahh!" Pantas Taeyang memberikan sampul surat berwarna hitam itu kepada Chani.

"Yah! Aku tak baca lagi lah!" Teriakku lalu aku merampas sampul surat tersebut dari pegangan tangan Chani.

"Laaaa ingatkan kau dah baca, rupanya belum baca lagi? Abodo la engko ni..."

Aku menjeling Rowoon dengan geram.

"Aku takut lah nak bacaaaa!"

"Takpe, jom kita baca ramai-ramai? Okay?" Cadang Chani.

Kami bertiga memandang Chani.

"Hmm, okay..."

---

"Bye korang..." ucapku sambil melambai tangan ke arah Taeyang, Rowoon dan Chani.

"Bye weh jumpa esok." Balas Rowoon dengan senyuman nipis.

"Sorim.."

Aku memandang ke arah Taeyang bukan aku saja yang pandang Taeyang, Chani dan Rowoon turut memandang Taeyang.

"Eum?" Balasku.

"Kau pasti kau okay?"

Aku tersenyum nipis. "aku okay jelah. hey! Don't worry, be happy lah!" Kataku sambil tersengih sebelum belakang kepala aku kena cepuk dengan Chani.

"Adoiii yah! Ap-" aku tidak menghabiskan kata-kataku kerana Chani memelukku dengan erat kemudian kepalaku diusapnya perlahan.

"Kau tak okay... Siapa je yang okay bengong bila dapat surat macam tadi tu.. Sudahlah melibatkan orang sekeliling kau pulak tu..." Ujar Chani lalu dia meleraikan pelukannya dan memandang aku.

"Kau betul taknak Hwiyoung tahu..?" Soal Chani lagi.

Pantas aku memandang Chani. "Dia... Tak boleh tahu..." kataku kepada Chani.

"Lambat laun dia akan tahu jugak, So..." Kata Rowoon kepadaku. Hah kan dah keluar nickname aku. Okay, bila Rowoon dah guna nickname aku maknanya dia marah.

"aku tahu... Tapi-"

"Tapi apanya? Kau nak tunggu masa sampai benda ni melarat baru kau nak bagi tahu? So, benda camni kau kena bagi tahu jugak Hwiyoung..." sampuk Taeyang dan ya, dia juga membahasakan aku sebagai 'So'. Apparently my bestfriend tengah bengang.

"A-aku.. Aku takut..."

Aku mula merasai bahuku disentuh kemudian badan kecilku ditarik dan dipeluk. aku memandang dan rupanya dia ialah Rowoon. Kemudian diikuti oleh Taeyang dan Chani. Mereka memelukku dengan erat.

"Kau tak perlu takut... Kitorang kan ada.. Kawan baik ni akan sentiasa ada dengan kau.." kata Rowoon.

"Betul tu, So. Jangan takut.. Kau sayang Hwiyoung, kan? Jadi buktikan yang kau betul-betul sayangkan dia..."

"Aku RT, quote, like apa yang Rowoon dengan Taeyang cakap."

Aku ketawa kecil dengan lawak spontan milik Chani itu.

"Yah, kau ingat ni twitter ke apa hah? Nak Rt, Quote, like bagai. Lawak Chani lawak."

Mendengarkan kata-kataku, mereka semua ketawa. begitu juga dengan aku tetapi jauh disudut hati aku...

Aku takut...

Risau...

///

Maaf kalau chapter kali yini amat membusankan...

Chapter seterusnya mungkin sedih :((

[C] wish {+} sf9.Where stories live. Discover now