Bab 11

5.2K 184 3
                                    

Farina hanya diam di tempat duduknya.  Air mata masih lagi setia mengalir.  Lebam matanya akibat banyak menangis dah tak terkira ketebalan dia.  Aku masih tak boleh terima dengan apa yang dah jadi dekat aku.  Rasa jijik dengan diri sendiri.  Macam mana aku nak bagitahu dengan ibu dan abah nanti?
Macam mana kalau aku mengandung? Macam mana kalau aku dibuang keluarga? Ah!! Sakit kepala aku dibuatnya.

Harris berhenti di stesen minyak.  Tak sampai hati rasanya dia tengok Farina yang dari tadi asyik menangis.  Aku tak suka tengok dia mengalirkan air mata dia ni! Ini semua Hardy si sial!
Harris keluar dari kereta untuk membeli air mineral kepada Farina.  Biarlah Farina tenang sikit.  Dia kembali masuk ke dalam kereta selepas air mineral dibeli lalu dihulurkan kepada Farina.

Farina hanya memandang.  Langsung buat tak endah dengan pemberian Harris.  Aku tak nak air! Aku nak maruah aku balik! Aku nak balik kesucian aku yang Hardy dah ragut! Aku nak balik diri aku macam biasa!

“Farina…kau tak patut menangis sampai macam ni sekali.  Ambil air ni.  Minum sikit…”

“Aku tak nak!”

“Farina, boleh tak dengar cakap aku? Kau tak payahlah menangis macam ni disebabkan perangai tak semenggah Hardy tu.  Kalau kau menangis macam ni, aku takut benda yang lain jadi dekat kau.  Kau nak jadi Kassim Selamat yang dah tak selamat tu?”
buatnya buta mata tu macam mana?

“Kau menangis air mata darah macam mana sekalipun walaupun penuh sebaldi, ia takkan mengubah apa-apa.”

“Kau cakap senanglah Harris! Kau bukannya perempuan! Kau lelaki! Kau tak faham apa yang aku rasa.  Kau ingat aku ni pelacur ke? Kesucian kena ragut aku nak gelak je.  Kau ada fikir apa penerimaan keluarga aku kalau dia tahu aku dah kena noda macam ni?”

Harris memandang Farina seketika sebelum melepaskan keluhan kecilnya.  Ya, aku tak faham perasaan perempuan.  Tapi setidaknya sekarang ni aku cuba memahami. 
Aku cuba untuk mendalami perasaan perempuan.  Aku tahu yang dia tak boleh terima apa yang dah berlaku. 
Tapi, nak buat macam mana? Masa tak boleh diputar kembali.  Kita kena move on.

Ah Harris! Kau cakap move on senanglah! Kau bukannya pernah dan takkan pernah ada dekat tempat dia.  Sebab tulah kau cakap senang je.  Cuba kalau kau kena sexual abused, agaknya kau rasa apa? Sama jantina pulak tu! Tak rasa geli? Tak rasa jijik?

“Sekarang ni kau nak apa Farina?”

“Aku nak kesucian aku balik…”

“Takkan kau nak buat treatment?” haih…tak berbaloi kalau buat treatment pemulihan dara.

“Aku buntu Harris! Aku buntu! Kalau keluarga aku tahu yang aku dah kena rogol, apa yang diorang fikir? Mana muka diorang nak letak?! Even semua yang jadi ni bukannya salah aku!”

Harris memicit kepalanya.  Tiba-tiba pulak rasa sakit.  Tak tahu macam mana caranya nak memujuk si Farina ni.  Yang Hardy pun satu! Buat kerja terlampau mulia sangat! Aku sampai KL, aku terus cari kau Hardy! Aku akan cari kau sampai dapat! I don’t care! Kalau perlu, aku bunuh kau! Kurang ajar punya kawan! Sedap lagi bunyinya musuh!

“Aku kahwin dengan kau…”
Empat patah perkataan sahaja membuatkan Farina memandang Harris dengan pandangan tak percaya.  Kahwin?Hahaha…so funny!

“Kau jangan buat lawak Harris!”

“Apa yang lawaknya? Apa? Kau ingat
aku main-main ke Farina? Buat aku nak main-main?”

“Sekarang ni masalahnya kenapa kau pulak yang nak kena kahwin dengan aku? Bukan kau yang rogol aku tapi Hardy! Hardy yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas apa yang dia dah buat dekat aku!”

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now