Bab 137

4K 137 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Perut yang membesar diusap perlahan. Sekarang ni aku rasa aku jalan mengalahkan mak penguin. Slow gila. Maklumlah kandungan aku dah pun masuk 8 bulan. Alhamdulillah...start kandungan aku 3 bulan aku dah tak mengidam macam-macam. Yang seronoknya Harris cakap selamat duit dia. Tak apa...aku faham. Memang aku banyak menghabiskan duit dia!

"Sayang...nak pergi mana tu?" tegur Harris bila ternampak Farina hendak melangkah keluar dari bilik. Dia baru sahaja selesai mandi.

"Nak ke dapur kejap...haus..."

"Sayang duduk je dalam bilik ni. Biar abang pergi ambik," ujar Harris lalu keluar dari bilik dengan tuala di pinggangnya.

Farina mahu tak mahu hanya akur. Dia kembali duduk di sofa bilik. Haish...sehari dah ni terperuk dalam bilik ni. Mana taknya? Harris care sangat dekat aku. Nak turun tangga pun dia kena pimpun. Adoi...parah macam ni.

"Nah..." Harris menghulurkan segelas air kosong kepada Farina. Farina menyambutnya perlahan lalu mengucapkan terima kasih.

"Sayang...malam ni kita balik rumah umi ye? Umi cakap dia ada masak western food. Sayang suka kan? Ibu dan abah pun ada jugak dekat rumah umi dan baba nanti..."

"Ibu dan abah pun ada?! Betul ni?!"

Harris memegang pipi Farina lalu senyuman manis diukirkan. "Ye...ibu dan abah pun ada jugak nanti."

"Dah plan awal-awal ke macam mana?" mesti plan ni.

"Saja...family gathering? Why not? Lagipun, dah lama kita tak jumpa ibu dan abah kan?" Farina mengangguk.

"Sayang bersiaplah. Abang nak pakai baju..." Harris bangun lalu menuju ke arah almari dan mencapai baju dan seluarnya. Farina pula mencapai shawl. Lagipun, sejak-sejak kandungan aku dah besar ni, memang aku suka pakai gaun mengandung. Jadi, tak payahlah nak tukar baju dah apa.

Pasal Nia...hmmm dia dah jadi tunang kepada Farhan. Majlis perkahwinan pulak berlangsung dalam masa 3 bulan lagi. Haih...suka betul buat majlis time aku pantang kan? Hari tu Daliya, ni Nia pulak? Faliq dengan Sofea? Hmmm...entahlah. Tak buat dahlah kot?

"ABANG nak singgah 7eleven kejap. Sayang nak apa-apa?" tanya Harris sebelum memakirkan keretanya tidak jauh dengan 7eleven. Dia memandang Farina di sebelahnya.

"Nak air orenlah. Tropicana twister..."

"Yang tu je?"

"Ye..."

"Ok, tunggu kejap?" Farina mengangguk. Harris segera keluar daripada kereta menuju ke 7eleven.

Farina mengeluarkan telefon bimbitya. Dari tadi telefon aku ni bergetar. Mesti 3 manusia ni tengah bergosip hebat sangat. Dia memandang ke hadapan seketika. Matanya membulat bila ternampak Zehra berjalan masuk ke dalam 7eleven.

Kemudian, dia ternampak Zehra mengikuti Harris keluar dari 7eleven. Gaya macam tengah merayu je tu? Hesy! Dia nak apa lagi dari Harris?! Kurang ajar betul! Tak cukup selama ni what's app laki aku, ni nak kacau pulak! Tak betah lagi dia nak duduk dalam kereta bila tengok Zehra mula memegang tangan Harris. Bertudung tapi sedap-sedap je pegang tangan laki orang!

Farina membuka seat-belt lalu melangkah keluar dari kereta. Kakinya laju menuju ke arah Harris dan Zehra. Kisah pulak aku perut aku bonyot ke apa ke, janji aku nak berhadapan dengan Zehra sekarang ni!

"Woi! Tak malu ke pegang laki orang hah?!" Farina menepis kuat tangan Zehra yang masih lagi cuba memegang tangan Harris.

"Woi perempuan! Kau dah pehal hah?! Kau ni perampas kau tahu tak? Kau dah rampas Harris dari aku! Harris ni milik aku! Aku dah tunggu dia lama!" suara Zehra menengking.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now