Bab 126

3.3K 132 1
                                    

Takbir raya bergema di setiap siaran televisyen.  Menandakan umat Islam sudah melepasi bulan Ramadhan.  Nia menilik bajunya di hadapan cermin. 
Baju ni dia beli dengan Farhan seminggu sebelum habis puasa. 
Lagipun, baju ni pun Farhan yang tolong pilihkan.  Kononnya nak pakai sedondon dengan akulah tu.  Tapi, cantik jugak baju yang dia pilih ni.

Selepas siap melilit shawl di kepalanya, Nia melangkah keluar dari bilik.  Baru dia sedar yang sekarang dia keseorangan di apartment.  Kalau tak, Sofea ada temankan dia di apartment ni.  Tapi, Sofea dah jadi isteri Faliq dah pun.  Hmmm…nasib kaulah Nia duduk sorang-sorang memandangkan kau pun tak kahwin lagi.

Ding dong! Ding dong! Doorbell berbunyi.  Nia memandang ke arah pintu seketika.  Amboi…ada yang datang nak beraya ke? Awalnya? Tanpa berlengah, Nia menuju ke pintu.  Kunci pintu dibuka dan…

“Selamat Hari Raya!!!” jerit tiga orang manusia di hadapannya.  Sapa lagi kalau bukan Farina, Daliya dan Sofea.  Weyh! Aku baru je teringat dekat diorang.  Adoi! Terharu dan sebak betul aku.

“Awalnya korang datang?” hesy! Asal tiba-tiba aku rasa nak nangis ni?

“Yelah! Kitaorang teringat dekat kaulah! Kesian kau duduk sorang-sorang dekat apartment ni…” ujar Daliya dan yang lain hanya mengangguk.

Awwww…suka buat aku terharu kucing macam ni.  Dahlah hari raya pulak tu.  Buat aku rasa nak menangis je sekarang ni.  Jangan menangis Nia.  Buat malu je.  Dahlah ada Harris, Naufal dengan Faliq.  Tapi, rindu nak berkumpul macam ni balik.  Dalam mimpi kau jelah Nia.  Kau je yang tak kahwin lagi.  Lepas ni, giliran kau pulak yang kahwin.  Tak adalah kau sunyi lagi.

“Jomlah masuk…” Nia menuju ke dapur lalu mengeluarkan jag air.  Nak buat air.  Tetamu datang rumah kan?  Hahaha…bajetlah kau Nia.

“Hai Nia…rajinnya nak buat air?” tegur Sofea bila Nia menuangkan cordial oren ke dalam jag air.

“Lah…dah orang datang rumah, takkan tak hidang apa-apa? Aku ingatkan nak masak lepas aku balik solat hari raya.  Tengok-tengok korang datang awal macam ni.  Tak sempat pulak aku nak masak,” balas Nia sambil mengacau air di dalam jag.

“Kau nak masak? Biar betul?” suara Daliya menyampuk.

“Tak percaya ke?” apa? Aku pandai dah masak ok!

“Bolehlah…isy tapi pelik jugaklah kalau kau masak.  Hahaha…”

“Pagi-pagi dah buat dosa,” sampuk Farina pula yang turut datang berjemaah di dapur.

“Mana ada!” nafi Daliya.  Dosa ke?

“Kitaorang semua dah kahwin.  Kau
pulak bila Nia?” tanya Farina bila semuanya diam.

Nia berhenti mengacau air di dalam jag lalu mencapai penutup jag. 
“Entah…” balasnya sambil tangannya mencapai 7 biji gelas di hadapannya.

“Entah tu bila?”

“Entah tu tak tahu bila…” balasnya
senang.

“Tak kesian dekat Farhan ke?” Nia menoleh memandang Daliya, Farina dan Sofea serentak.

“Huh? Kesian? Kenapa pulak aku nak kena kesian dekat dia?” tak ada punca aku nak kena kesiankan dia.

“Yelah…dah 7 tahun dia tunggu kau weyh.  Lama tu.  Takkanlah kau tak nampak lagi betapa setianya dia dekat kau?”

“Setia aku…demi dirimu…” tiba-tiba suara sengal Daliya menerjah pendengaran mereka.  Masing-masing memandang Daliya dengan pandangan kau dah kenapa? Mentel?
Daliya pula tersengih.  Sorry…sorry

“Tak baik tau kau buat macam tu dekat dia.  Apa kata kau try.  Kau ni dah naik taraf jadi girlfriend dia tapi aku tengok kau ni buat tak tahu je,” giliran Sofea pulak komen.

“Nia…memang macam tu.  Bila orang serius, dia buat bodoh.  Bila orang buat bodoh dekat dia, mulalah meroyan,” sesedap rasa je Daliya komen.  Menyentapkan hati Nia.

“Tak! Bukan macam tu! Isy…aku tak tahulah.  Aku takut dia main-main je dengan aku.  Korang faham kan aku…”

“Fobia tak semestinya kena fobia selama-lamanya.  Yang lama tu biarlah jadi yang lama,” bidas Farina membuatkan Nia terdiam seketika.

“Betul cakap Far tu.  Aku takut Farhan fed up dengan kau dan masa tulah kau nak menyesal tak ada gunanya lagi,” Sofea turut menyokong.

“Kenapa korang cakap macam ni? Janganlah bagi aku takut…” ni yang
aku mula rasa nak takut.  Kalau Farhan fed up macam mana? Tapi, untuk aku terima dia sebagai suami aku, aku tak bersedia lagi.

“Nia…tak salah kalau mencuba.  Kau jangan lupa.  Kami semua ada untuk kau.  Paling tidak pun, adik-beradik kau, keluarga kau ada untuk sokong kau.” isy, rasa sebak dowh bila Sofea cakap macam tu.

“Dah! Apa ni? Sekarang ni hari raya kan? Kita kenalah happy! Nak sedih-sedih kenapa? Jangan nak buat slot akasia sangat dekat sini!” ujar Farina bila dirasakan tiba-tiba pulak jadi slot sedih dekat sini.  Hari raya orang happy, kita pulak dok buat menyedih dekat sini.

Weyh Sofea, aku lupa nak tanya.  Macam mana family kau bila dah dapat tahu kau dengan Faliq dah kahwin?” aku lupa nak tanya pasal benda ni.  Aku nak tahu jugak reaksi mak ayah dia macam mana.

“Mula-mula tu memang nak meletup jugaklah.  Diorang ingat aku dengan Faliq terlanjur dan sebab tulah kami kahwin awal-awal.  Jenuh jugak aku nak susun ayat bagi diorang faham.  Aku pun jenuh bersilat dengan abah aku bila abah aku asyik tanya aku kenapa kahwin diam-diam? Terlanjur ke apa.  Lepas Faliq dah terang, barulah diorang boleh terima…buat habis minyak je aku terang.  Last-last yang Faliq terang diorang faham,” huh…kalau aku tahu baik aku suruh Faliq je cakap waktu awal tu.

“Muka abah kau mesti dah tahap singa taring kan?” aku tak boleh bayang muka abah dia waktu tu.  Fuh! Seram! Apa-apa pun muka abah aku seram lagi. 

“Gila tak keluar segala singa taring dia tu? Tunggu nak baham aku je.  Wuish…naik cuak jugaklah aku waktu tu.  Buatnya dia naik tangan, fuh! Berbirat jugaklah muka aku,”
berbirat tu memang confirm! Tangan abah bukan tangan besa-besa lerr.  Sekali kena, tak tidur malam kau.

Telefon Farina berdering.  Farina
meminta diri untuk menjawab telefonnya.  Dia mengambil telefonnya yang berada dalam beg dan memandang nama pemanggil.  Dari ibu.

“Assalamualaikum ibu…”

“Ye ke? Serius ke ni ibu?!” aku dah nak meleleh ni bila dengar masakan yang dimasak oleh ibu.

“Ok! Lepas solat hari raya, Far terus ajak Harris pergi rumah ibu! Wah! Tak sabar gila nak makan masakan ibu!!! Muah!!! Ni yang sayang ibu gila-gila ni!” isy…aku dah boleh terbayang nasi tomato ibu dengan ayam masak merah dia.  Omaigad! Buat aku terliur je sekarang ni.

“Cakap dekat kak Sandra jangan nak habiskan dia sorang je! Oh! Lemak arrr!!!”

Hahahaha…biarlah dia gila sorang-sorang! Badan up dia bising!”

“Yelah…waalaikumussalam…” dia menyimpan kembali telefon ke dalam beg tangan.  Balik rumah ibu, aku nak makan puas-puas! Fuh! Tak terbayang kesedapannya.  Memang buat perut aku berkeroncong gila sekarang ni.

Jodoh Ke Bodoh? Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt