Bab 84

3.4K 128 0
                                    

“Hai…makan bekalan dari isteri yang tercinta ke?” soal Faiq lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan adiknya.  Harris menutup bekas Tupperware lalu memandang abangnya.

“Harris…Harris…abang bukanlah nak masuk campur sangat tapi kalau hati tu kata sayang dan cinta lagi, berjuanglah sampai habis.  Lagipun, takkan nak biarkan Farina macam tu je? Kesian dia…” aku bukanlah nak bela sapa-sapa tapi melihat balik keadaan yang berlaku, aku lebih kasihankan keadaan Farina.

“Abang nak cakap pasal ni je ke?”

“Dengar dulu eh? Sekarang ni, abang cuma nak cakap yang Harris yang abang kenal dulu dah hilang.  Hilang di mana sifat lembutnya, hilang sifatnya yang sangat mementingkan perasaan orang yang dia sayang, hilang sifat bertolak-ansur dan yang paling penting sikap dia yang mengutamakan orang yang paling penting dalam hidup dia dah hilang.  Lesap!”

“Abang…tak payahlah nak cakap macam ni ok.  Harris tahu Harris jahat…”

“Tak…abang tak cakap pun macam tu cuma apa yang abang nak Harris sedar di sini yang Farina tu masih isteri Harris dan layak mendapat kasih sayang daripada Harris.  Dia tengah mengandung Harris dan abang tahu tu bukan anak Harris tapi sapa yang nak kahwin dengan dia? Harris jugak kan yang jadikan dia isteri Harris? Bak kata baba, jangan pernah mainkan hati perempuan.  Kalau sekali dia terluka, luka tu memang payah nak sembuh dan waktu tu jangan kita nak menyesal tak sudah.”

Faiq berhenti seketika lalu memandang Harris dalam-dalam. 
“Abang tahu Harris baik dan masih cintakan dia.  Cuma, abang nak cakap peluang yang ada ni jangan pernah sia-siakan.  Oklah, abang keluar dulu?” Faiq bangun lalu melangkah keluar daripada ofis Harris.

Harris meraupkan wajahnya dan memandang ke arah pintu yang sudah ditutup oleh Faiq.  Tipulah kalau hati aku tak cintakan Farina lagi.  Memang aku masih cintakan dia.  Habis tu?! Apa yang kau tunggukan lagi?! Nak jawapan? Harris tak ada jawapan untuk itu.



PAGI itu mereka memulakan aktiviti mereka dengan menuju ke Shinjuku Gyoen National Garden.  Lagipun, taman ni merupakan taman tertua di Jepun.  Kebayakan pelancong dibawah agensi mereka mengambil gambar dengan kecantikan taman Shinjuku Gyeon ni.  Gila tak cantik? Pemandangan taman ni nampak seperti keemas-emasan
memandangkan sekarang musim luruh dan bunga sakura kembang dengan cantik sekali.  Memang lawa kalau bergambar.

Daliya menghampiri sebuah jambatan lama dan berdiri di atasnya yang dikelilingi dengan tasik kecil.  Memerhati suasana tersebut.  Memang rezeki aku tahun ni dapat nak tengok bunga sakura.  Tahun lepas, tak dapat tengok sebab bukan musim dia lagi.  Kali ni datang, hah memang best lah! Dapat hayati pemandangan di sini.  Pelancong yang lain ikut Iliya pusing sekitar taman Shinjuku Gyeon ni.

“Cantik kan?” ujar Megat Naufal Iskandar sambil berdiri di sebelah Daliya yang dari tadi asyik memerhati suasana di taman Shinjuku Gyeon.

“Memanglah cantik.  Sapa cakap tak cantik memang butalah….” balas Daliya lalu menangkap gambar di sekitar tempat dia berdiri sekarang ni.  Sempatlah selfie satu dua gambar.

“Tapi aku taklah buta lagi nak menilai kecantikan yang dikurniakan oleh Allah kan? Tambah-tambah lagi orang sebelah aku ni…”

Daliya memandang Megat Naufal Iskandar lalu mencebik.  “Nak ngorat aku ke?”

“Eh? Sapa cakap nak ngorat kau? Aku cuma memuji je.  Tak sangka tahap keperasanan kau ni boleh melambung tinggi jugak eh? Tak baik tau perasan sendiri!”

Bahu Megat Naufal Iskandar ditumbuk kuat.  Geram dengan sikap mamat selamba ni! Ya Allah!!! Sabar jelah hati!

Megat Naufal Iskandar tergelak besar bila dapat mengenakan Daliya.  Lama tak cari gaduh macam ni.  Alang-alang peluang dah ada depan mata ni, cari pasal jelah.  Tak salah kan?

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now