BAB 11 - Senyuman

2.9K 115 3
                                    

°°Abang atau adik? Siapakah yang bakal jadi pilihan°°


"Weh Ju pergi panggil cikgu Adibah." Aku mencebik bila Tieya menyuruhku untuk panggil cikgu. Mahu saja aku persoalkan jawatan yang dia pegang selaku penolong ketua kelas. Geram betul. Aku melangkah keluar sambil membebel.

"Dia tu penolong ketua kelas. Dialah yang kena panggil cikgu. Ini aku ahli jawatan kuasa kebersihan pula yang kena panggil. Dasar perempuan gedik." Aku mengumpat Tieya seorang diri. Kaki dihentak- hentak menuju bilik disiplin yang berada di kantin sekolah.

Aku perlahankan langkah bila ternampak kelibat cikgu Uwais bersama beberapa cikgu lelaki sedang berbual. Mereka duduk lepak di meja pelajar lelaki makan semasa rehat. Aku menyungging sengih curi-curi pandang muka cikgu Uwais. Tampan.

"Abang borak tentang perkahwinan kita ke? Eheks." Aku tertawa kecil sambil membuka pintu bilik guru disiplin. Pintu ditutup rapat lalu kaki melangkah ke arah meja cikgu Adibah. Dia sedang leka berbual bersama beberapa guru yang lain.

"Cikgu." Aku memanggilnya buatkan cikgu Adibah memandangku sebelum menepuk lembut lenganku.

"Oh cikgu lupa, ambil buku cikgu. Kamu naik kelas dulu, kejap lagi cikgu sampai." Buku laporan dan buku teks matematik tambahan yang selalu digunakan cikgu Adibah aku ambil. Terus bergerak keluar dari bilik guru disiplin. Usai memakai kasut sekolah, buku cikgu Adibah di bawa ke dada. Aku bangkit lalu mengemaskan kain sekolah.

Bunyi suara cikgu ketawa menarik perhatianku. Langkah kaki terhenti bila melihat senyuman cikgu Uwais. Buat pertama kalinya cikgu Uwais tersenyum sebegitu lebar. Aku terpaku melihat senyuman menawannya. Aku ketawa kecil berlari anak menuju ke kelas. Tidak sabar rasanya mahu ceritakan pada Huizhen.

    "Nah. Kali ini aku belanja kau." Ujar Huizhen menolak bihun sup padaku. Terima kasih aku ucapkan lalu menyambut mangkuk berisikan bihun sup. Cacing diperut mula menyanyi bila menghidu aroma bihun sup. Lapar terus dibuatnya.

"Dah lama rasanya aku tak makan bihun sup pak cik kamal." Komenku buatkan Huizhen ketawa kecil. Dia mengoyang garfu ditangan.

"Betul tu, nasib baik aku keluar awal." Tutur Huizhen menghirup sup bihun. Aku meniup perlahan bihun sup. Panas betul.

Suara lelaki bersin mengegarkan satu kantin. Laju aku angkat kepala. Cikgu Uwais ke yang bersin itu?. Dia mengosok hidung mancungnya mula hilang di balik dinding konkrit.

"Eiy tak senonohya dia." Komen Huizhen meneruskan makan yang tergendala. Aku mencemik mendengar kritikan Huizhen.

"Tetap handsome okay." Aku cuba tegakkan kebenaran bahawa cikgu Uwais. Aku mengeluh pasrah, esok dan lusa terpaksalah aku menanggung rindu yang tidak terubat pada cikgu Uwais.

      Aku bersorak gembira di pagi hari. Badan digoyang ala tarian zapin. Semasa turun dari kereta abah, aku menunggu Huizhen melintas jalan raya. Aku memeluk erat lengan Huizhen.

"Huizhen hari ini aku tak sabar nak jumpa cikgu Uwais." Aku menjerit kecil. Huizhen mengangguk kepala sambil menguap lebar.

"Aku tahu Ju, kau banyak kali cakap perkara yang sama tahu tak." Aku ketawa suka, aku menekup kedua belah pipi. Senyuman aku terus mati bila melihat kereta honda civic berwarna maroon milik cikgu Uwais elok terletak di sebelah bangunan tingkatan dua.

Aku tarik lengan Huizhen untuk menyorok didinding kantin sekolah. Huizhen yang terpinga-pinga terpaksa mengikut langkahku. Aku panjangkan leher untuk meninjau siapa ada didalam kereta.

"Eh ada Uzairlah, awal pula dia datang." Bisik Huizhen pelik. Aku masih tekun melihat riak wajahnya berubah dan menghempas pintu kereta sekuat hati. Aku terpenpam. Terkejut. Aku dapat rasakan ada aura yang tidak kena antara dua adik beradik itu.

"Uzair bergaduh ke dengan abang dia?." Aku menjongket bahu dan pusing menghadap Huizhen.

"Entah jomlah kita masuk kelas, kesian Uzair dahlah kunci aku yang pegang." Kami bergegas pergi ke kelas masing-masing.

   Sepanjang pagi tadi Uzair langsung tidak masuk ke dalam kelas. Ke mana dia pergi, itu aku malas ambil tahu. Tidak penting langsung. Dia masuk ke dalam kelas bila waktu mahu perhimpunan. Teruk sangat ke dia bergaduh dengan abang dia.

"Aku perhati je dari tadi, Uzair tu asyik tunduk kepala je." Huizhen berbisik perlahan. Uzair yang duduk didepan, aku pandang dengan tatapan ragu. Rasanya dia tiada mood hari ini.

"Biarlah nanti dia okaylah tu." Aku beri tanggapan. Aku mengangkat kepala bila pengacara majlis menyebut nama cikgu Uwais sebagai guru bertugas untuk minggu lepas. Semasa cikgu Uwais hendak memberikan ucapan secara tiba-tiba mikrofon tidak dapat keluar suara buatkan semua pelajar ketawa lucu.

"Halo." Ujarnya sedikit kuat menambahkan lagi gelak tawa pelajar serta guru. Dia turut ketawa kecil bila guru lelaki mula menyakatnya. Aku amati suara ketawanya. Garau dan tidak aku lupa senyumannya.

"Senyuman dia petaklah." Huizhen ketawa kecil. Aku turut ketawa, aku sendiri akui senyuman cikgu Uwais petak tapi lebih kepada berbentuk hati. Comel saja.

"Hmm bila sebut petak nikan aku teringat Uzair kutuk abang dia. Dia kata otak cikgu Uwais petak." Membulat mata Huizhen tidak percaya. Lengan aku ditampar lembut.

"Seriuslah, berani betul dia kutuk abang dia." Aku senyum senget. Siapa tidak kenal Megat Uzair. Lelaki mulut yang tiada insurans.

   Cikgu Uwais masuk saja dalam kelas mendapat sorakan dari pelajar 4 Gigih. Aku juga turut bersorak tanpa usul periksa.Dia meletakkan buku yang selalu dibawa ke atas meja lalu disingsing kameja hingga paras lengan.

"Cikgu comel lah masa perhimpunan tadi." Usikan Tieya berjaya buatkan cikgu Uwais tersenyum kecil. Dia berdehem kecil sambil matanya meliar melihat sekeliling. Aku mengenggam erat jari jemari rasa terkilan. Cikgu Uwais langsung tidak menoleh padaku walaupun sekilas.

"Okay kelas, kita sambung balik bab minggu lepas." Semua pelajar mula merungut. Tahu saja cikgu Uwais tidak akan buang masa berborak bersama anak muridnya. Sifatnya lebih kepada tegas dan pendiam. Susah rasanya mahu lihat senyuman dia. Mahal sangat.

Di dalam tempoh pembelajaran, Uzair diam membisu dan dia banyak buat hal sendiri. Tidak bising dan menyibuk seperti selalu. Aku memandang cikgu Uwais dan Uzair silih berganti.

Otakku ligat berfikir apa yang berlaku antara dua beradik ini. Sah mereka bergaduh. Aku mengeleng kepala. Tidak apalah itu hal peribadi mereka yang penting aku dapat melihat senyuman cikgu Uwais.

Manis orangnya hehe.

*****

Give me love ma dear baby

Hot teacher ✔Where stories live. Discover now