°°Abang atau adik? Siapakah yang bakal menjadi pilihan°°Hari ini ada sesi ambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah gigih, hari yang paling aku nantikan. Pagi ini aku sudah terpacak di tangga penghubung antara tingkatan dua dan perpustakaan semata-mata untuk menunggu Uzair. Sengaja mahu buat kejutan untuknya. Semalam dia ada menyatakan dia pergi sekolah bersama cikgu Uwais. Senyum mula terbit dibibir bila melihat bayangan Uzair muncul di sebalik garaj kereta pengetua sekolah. Kami saling berbalas senyum.
"Aku tak sangka kau betul-betul tunggu aku kat sini." Ujar Uzair berdiri depan aku. Wajahnya putih bersih Uzair menjadi santapan mataku.
"Terima kasih Uzair untuk semalam." Luahku apa yang terbuku. Uzair terdiam beberapa saat sebelum tersenyum kecil. Dia mengigit bibir sambil ketawa kaku.
"Err aku-."
"Aku tahu niat kau baik tapi aku tak boleh terima semua ni." Ujarku semasa dalam perjalanan balik ke kelas.
"Ana aku beri tu secara ikhlas, aku beri sebab aku nak beri. Tolong jangan pulangkan balik telefon tu dekat aku. Aku tak akan ambil." Ujarnya sambil menyilang kedua tangan di dada. Aku mencebik bibir melihat kelakuan Uzair. Pemberian Uzair itu sangat mahal, aku rasa aku tidak untuk menerima telefon canggih itu.
"Yelah, terima kasih aku tak mampu nak balas apa yang kau buat." Uzair tersenyum nakal bila dengar luahan hatiku. Aku menjeling tajam ke arahnya.
"Hehehe janji kau ikhlas kawan aku itu pun dah memadai." Tutur Uzair buatkan aku tersenyum lebar.
"I will." Bunyi orang berdehem menganggu masa kami. Faiz dan Akmal memandang aku dan Uzair silih berganti. Muka mereka berkerut. Aku terus naik memanjat anak tangga, malu pula bila rakan Uzair memerhati aku sebegitu.
Semua pelajar 4 Gigih diarahkan pergi ke dewan Za'ba untuk sesi pengambaran untuk edisi tahun ini. Figura Uzair yang muncul disebelahku sedikit buatkan aku terperanjat terus aku mendengus kecil.
"Ish kau ni nasib baik aku tak sakit jantung." Uzair hanya diam meneruskan perjalanan. Aku pandang Uzair tatapan tidak puas hati.
"Hai adik manis. Eh nak ke mana tu janganlah lari nanti jatuh, abang juga yang susah." Uzair mula menyakat pelajar tingkatan tiga di depan pintu masuk dewan. Sempat aku lihat pelajar perempuan itu tersenyum malu berlari laju tinggalkan aku dan Uzair. Lengannya aku siku.
"Bukan main lagi kau eh?." Uzair tersengih memandang ke arah aku. "Kenapa kau jealous ke." Aku mencebik memeluk tubuh. Pandangan terus di lempar ke setiap kelas yang mengambil gambar.
"Mestilah, aku kau tak nak layan. Sibuk layan perempuan lain." Ujarku sengaja buat suara mengada, bulat mata Uzair memandangku seakan tidak percaya. Aku tayang gigi padanya. Aku bergurau saja.
"Kan aku dah cakap Uzair dah ada awek." Ikhwan bersuara lantang dan nyaring, aku mencerlung tajam ke arah Ikhwan. Uzair menolak kepala Ikhwan.
"Agak-agaklah nak cakap tu, abang ada dekat sini." Keras suara Uzair berkata. Cikgu Uwais ada sekali di dalam dewan ini. Mata aku meliar mencari kelibat cikgu Uwais.
Jantungku seakan berhenti bila aku melihat renungan cikgu Uwais memerhati kami dari pintu masuk seberang sana. Tajam. Nasib baik ada Mimi dan Marsha di sebelahku, tidaklah cikgu Uwais tahu siapa awek adiknya.
YOU ARE READING
Hot teacher ✔
Romance(BOOK EDISI CRUSH) Megat Uwais atau Megat Uzair? Siapakah yang bakal menjadi pilihan. [STATUS ;- COMPLETE] Start:- 20 May 2019 End:- 25 September 2019 Hak milik kepada Mina_Matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste, 100% my idea